Hi Semua..kali ni Che Nom nak share resepi chicken wrap menggunakan ayam yang di perap dengan bahan-bahan dan rempah yang mudah, tapi akan dapat hasil yang sangat sedap, juga cara untuk grill ayam menggunakan pan serta hasilkan ayam panggang yang lembut dan juicy di dalam. Che Nom akan share juga cara untuk sediakan salad segar dan sayur-sayur lain yang sesuai dimakan dgn chicken wrap ni. Satu lagi resepi yang menarik ialah resepi salad dressing homemade ala-ala restoran western yang premium menggunakan bahan yang simple aja untuk dipadankan bersama salad dan sayur-sayur dalam chicken wrap.
Menu ni juga seimbang dari segi diet kerana kandungan karbohidrat yang agak rendah sbb kita gunakan roti/wrap jenis whole grain, kandungan protein yang tinggi dari pada isi ayam yang dimasak menggunakan sedikit sahaja minyak , dan minyak pun kita guna minyak zaitun….juga bnyk kandungan vitamin dan mineral yang dtg dari pelbagai jenis sayur…dan juga sedikit kandungan lemak dari mayonis. Memang well balanced diet meal.
//Bahasa Melayu
---------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk perapan ayam:
2 ketul dada ayam
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk paprika salai
Sedikit garam
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
Bahan-bahan untuk salad dressing:
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
3 sudu besar jus lemon
¼ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil dijon mustard
Secubit garam
1 sudu besar madu
Bahan-bahan lain:
Sayur salad
Timun
Tomato ceri
Karot
Roti tortilla bijirin penuh
//English
---------------------------------------------------
Ingredients for chicken marinade:
2 chicken breasts
2 cloves garlic
1 teaspoon black pepper powder
2 teaspoons smoked paprika powder
A little bit of salt
2 tablespoons extra virgin olive oil
Ingredients for salad dressing:
3 tablespoons extra virgin olive oil
3 tablespoons lemon juice
¼ teaspoon of black pepper powder
1 teaspoon dijon mustard
A pinch of salt
1 tablespoon honey
Other ingredients:
Salad
Cucumber
Cherry tomatoes
Carrots
Whole grain tortilla bread
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...
10 сен 2024