Molek la tu abang,saya pun amat menyukai irama n bait2 puitis irama dendangan Allahyarham R.Ismail n aDatin Rafeah Buang.n hero pujaan saya Allahyarham Nordin Ahmad
Hendak Mati Dihujung Kuku, Hendak Berkubur Ditapak Tangan. Hendak Mati Dihujung Kuku: hendakkan kasih sayang yang sentiasa hidup tak berkesudahan sehingga bila-bila juga pun. Kuku apabila dipotong akan kembali tumbuh. Begitu jugalah harapan penulis kpd nilai kasih sayang drpd/terhadap pasangannya. Hendak Berkubur Ditapak tangan: hendakkan agar dia sentiasa diingati didalam doa walaupun dia sudah tiada. Menjadi resmi orang-orang melayu nusantara apabila berdoa, telapak tangannya didepa (acup) seperti meminta kpd Allah dgn sesungguhnya.
Sewaktu saya belajar di USM 1990-1993, kursus yg saya ambil mengkhendaki kami mementaskan drama...dlm drama tersebut saya dan pelakon wanita menyanyikan lagu ini....akhirnya dia menjadi kekasih dan isteri saya hingga kini....nostalgia sungguh lagu ni
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.. Anak cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati, Di dalam hati tidak ku lupa, Sebagai rambut bersimpul mati.. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda, Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga.. Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman, Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.. Kalau tuan mudek ke hulu, Carikan saya bunga kemboja, Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga..
Bahasa puitis yg menunjukkan bahawa dia tak sanggup berpisah jauh,hendak mati dihujung kuku,begitu dktnya klu blh mati nya biarlh berdekatan cuma dihjg kuku sahaja, dan dikuburkn diatas tapak tgn saja.
@@Penasihat15 Di malaysia..Melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur bahasa melayu, beragama islam..Dan menjalani kehidupan adat, adap bangsa melayu beragama islam
Moon gs.sya paling 2minat sangt lagu ni... Gan irama dah seni kata nya sungguh mengusik jwa..sya selalu dpt dngr lagi di radio singapurs...94..2 .warna
Salam.. Agaknya mataku masuk habuk, mendengar lagu ini.. Teringat waktu tengok wayang ini dipanggung Semporna dalam tahun 1968 .. aku mendayung sampan dari Kg.Balimbang ke Pekan Semporna.
Babak ini sangat menyentuh hati kerana indahnya hasil seni lakon Nordin Ahmad serta Latifah Omar juga pengarahan Hussin Hanif, namun filem ini lebih berseri dgn lagu ciptaan, Wandy Yazid dan lirik Hamzah Hussin. Pun begitu.. ditambah nyanyian merdu lembut Datin Rafeah Buang juga Biduan R.Ismail. Inilah Pusaka seni cantik warisan Melayu.
This is the sweetest song ever exist 😍😍😍 Siapa setuju? Dia punya kiasan maksud tu alahaii. Memang tak jemu dengar. Saya yg umur 20 lebih ni pun suka sangat dengar lagu macamni
Keindahan yang tidak ternilai...khazanah warisan budaya negara Malaysia yang patut dipelihara oleh setiap generasi. Semoga anak muda yang melihat komen ini akan dapat memartabatkan lagi warisan budaya. Aamiin.
Lagu ini terlalu banyak kenangan arwah suami. 😭❤️ talak tiada.. 7 tahun sudah berlalu.. hanya Allah yang boleh memisahkan kita di dunia dan menyatukan kita di syurga bersama anak2 tercinta. Aamiin. 😭
@@todaklan4796 Amin Ya Rabbal’Alaamiin. 🤲🏼 Jazakallah khayran, Tuan. 🙏🏼 Allahyarham suami saya satu2nya yang meninnggal pada hari Jumaat pagi, 14 Feb 2014, di Singapura. Alhamdulillah beliau meninggal dalam keadaan khusnul khotimah. Saya menjadi saksi saat akhir. Hari pengebumian saudara dan rakan merebut untuk mandikan dia. Sungguh ramai yang hadir dan yang solatkan. Awan mendung sepanjang upacara pengebumian. Cuaca hujan setelah dikebumikan. Kubur terletak di tenpat yang mudah dikunjungi. Allahyarham meninngal sangat mudah dan pantas, dalam keadaan senyum. Setelah Allahyarham meninnggal saya dapat tahu beliau juga lahir pada hari Jumaat dalam bulan Haji. Allahu Akbar.. Hadiah terakhir pada saya adalah hadiah ulang tahun perkahwinan 2 bulan sebelum meninggal dan merupakan Al-Quran. 😭
@@sassymama6789 Indahnya pemergian arwah. Suami sy juga meninggal Sgt cepat, namun adalah sakitnye juga yg ditanggung hampir 2 tahun. Sy amat2 merindukan arwah. Tpi sy tabahkan hati dan redha dgn kehendak Allah. Arwah suami sy pun setelah meninggal seluruh Malaysia hujan x berhenti selama 3 hari. Sy selalu bermimpi dia dlm keadaan bahagia, tersenyum..yg paling penting sy dan Anak2 dpt memandikan arwah suami sy
inilah bukti ..lagu irama melayu itu indah.. tak perlu highnote menyiksa tubuh tuk terlihat tinggi atau melaut ikut adat tanah seberang hingga lupa irama kita iklas ya gemersik tenang dan berkasih irama.
Hahaha saya setuju. Penyanyi2 perempuan berlumba lumba siapa yang bolih sampai note paling tinggi. Saya tak minat nak cover lagu lagu mereka sebab suara saya rendah dan pernafasan pendek!
Tak tau kenapa, tiap kali dengar lagu ni automatik airmata mengalir😅😅 feel dia lainnn sangat..tak pernah jemu di dengar. Tambah tambah pelakonnya mmg kesukaan kita😁
Hubungan kedua dua negara sudah lama membaik.. Setiap kali acara pertabalan Raja2 Melayu, Malaysia akan menjemput Indonesia antara negara sahabat yang pertama bersama2 Brunei dan seluruh Kepulauan Melayu.. Cumanya, sejak tercatatnya sejarah jajahan barat ke atas kita, segelintir rakyat masih belum memerdekakan minda dan membanding2 antara negara masing2.. Pada saya, ibu bapa harus memainkan peranan mengajar anak2 tentang sejarah Bangsa kita yang hebat tiada tandingannya. Dengan cara itu, waris2 kita takkan pernah dijajah minda dan terus berjuang untuk bangsa..
Sungguh lunak sekali. Terkenangkan nasib kita semua ibarat roda. Pastinya tua bakal menjelma kpd insan yg muda. Dan mati itu sedang menanti kita semua. Subhanallah...
Lakunan Nordin Ahmad dalam filem ini amat mantap....Lirik Lagu Guridan Jiwa ni amat cantik dan penoh arti...Al fatihah untuk arwah Nordin Ahmad dan yg lain.
Saya suka lagu lama2 mcmni. Save dlm handset. Satu masa Bila suami bawa kereta lalu kawasan yg takde line dlm perjalanan balik kg dia, dia mintak saya pasang lagu ni dlm handset saya. Pastu nyanyi sama2. Tak sangka, lagu ni jadi kenangan ,antara saya dan arwah suami. Betul2 dia mati dulu.
Bercerai kasih tolak tiada=cerai mati Seribu tahun kembali juga=jumpa kat akhirat suami isteri lps dihisab(hukum) Tu ayat al quran lh Org hebat yg buat lirik kiasan mcm ni
Pasangan layar perak sepadan. Dari bangku sekolah ikut nyanyi lagu ni, sampai sekarang, 2020, masih minat lagu ni. Sampai dah jadi nenek!. Semoga Allah cucuri rahmat pd mereka semua.
Lagu mak menzahirkn Rasa cinta yg X berbelah bagi buat abah dn indahnya Rasa kecintaan itu menggambarkn betapa cinta mati bukan hanya dibibir.. pengorbanan.. perhatian dn timbang Rasa antara pasangan.. Al fatihah buat mak dn abah..
Tinggi nilai bahasa lagu ni... Kisah suami isteri.. Suami nak merantau cari rezeki, isteri risau yg dikejar tak dapat . isteri risau suami terpaut hati pada yg lain, suami kata dia setia. Dua2 berjanji Hidup mati setia bersama..
"Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga.." Begitulah kiasan org melayu dahulu utk menunjukkan kasih sayang antara pasangan mereka.Bukan sahaja di dunia tapi hingga ke syurga..Sama² membina kehidupan dengan penuh kasih sayang dan mengikut jalan yg diredhai sang pencipta Allah SWT.
05/06/24 masih Layan gurindam jiwa . Pasangan hero dan heroin yang sangat ideal. Cantik nya Allahyarhamah Latifah omar ,buat saya tertegun apa lagi hero nya , tambah seri filem nya. Semuga Allah Subhanawataala ampun kan dosa dosa mereka
Teringat saya kenangan bersama aruah Datin Rafeah Buang, kami makan disebuah restoren di Daerah saya suatu ketika dulu. Ramai peminatnya datang berjabat tangan. Banyak juga kisah dukanya namun biarlah rahsia. Suatu waktu kami bertemu lagi secara kebetulan di KLIA 1, Dia dan anak bungsunya hendak ke kucing, sempat berfoto, beberapa hari Kemudian saya dapat kabar anak bungsunya itu mendapat kemalangan dan meninggal aduhh sedihnya.
lagu ni selalu masa kecil dengar dalam kereta abah odw balik kg bersma abah & arwah mak .... sekarang hnya kenangan utk diriku.....Rindu arwah Mak .... Harap Abah akan sentiasa mencintai mak smpi akhiur hayatnya.... Dan aku tau Mak sgt sygkan abah dan Aku.... Al- fatihah buat yg tiada.....