Тёмный

Hari Terbuka SKDS 2.0 Selangor Peluang Rakyat Bersemuka 

Jabatan Penerangan Selangor
Подписаться 767
Просмотров 136
50% 1

Hari Terbuka SKDS 2.0 Selangor Peluang Rakyat Bersemuka
Laporan/video: Norshazila Ahmad / Afiqq Rahman (Selangor)
SHAH ALAM, 26 Jun (Malaysiaaktif) -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menganjurkan Hari Terbuka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) negeri Selangor untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara bersemuka mengenai subsidi diesel.
Hari Terbuka SKDS 2.0 melibatkan semua jabatan dan agensi yang terlibat dengan SKDS seperti Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta syarikat minyak yang terlibat dalam membekalkan fleet card yang diadakan di Shah Alam Convention Centre di sini, hari ini.
Menurut Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, program hari ini merupakan platform yang paling mudah untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai subsidi diesel.
Beliau turut memaklumkan KPDN akan memberikan kelulusan serta-merta bagi permohonan lengkap melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan syarikat pengangkutan yang berjaya boleh terus membuat permohonan fleet card kepada syarikat-syarikat minyak hari ini.
KPDN terus komited menjayakan inisiatif penyasaran subsidi diesel dalam menangani isu ketirisan dan penyelewengan subsidi Kerajaan. #SubsidiDiesel #MalaysiaAktif #JAPENSelangor

Опубликовано:

 

6 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии    
Далее
Luahan Fattah Amin Selepas Sah Cerai Dengan Fazura
11:05
Agenda AWANI: Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diesel
26:02
Hari pertama tanpa subsidi, apa kata pengguna?
4:28
Просмотров 20 тыс.
Cara Mohon Bantuan Subsidi Diesel
4:56
Просмотров 17 тыс.