HIGHLIGHT: Episod 12 - Melur Nak Gaduh Dengan Mawar?! | Melur Untuk Firdaus 2 (2023)
Firdaus dan Melur seronok ketika team building tetapi sering diganggu oleh Mawar termasuk ikut berjalan semasa sesi acara bebas hingga Melur perli Mawar. Ketika permainan keluarga bersama staff, Mawar sengaja jadi team lawan Firdaus dan Melur. Baling belon air sekuat hati pada Melur. Melur balas semula, malah berpakat dengan Nana dan isteri Saiful membaling serentak pada Mawar walaupun mereka team Mawar. Mawar terjerit basah kuyup.
Pelakon: Meerqeen, Anna Jobling, Eyka Farhana, Azim Yusof, Fimie Don, Haleeda, Hairi Safwan, Taib Zamannuri, Zainon Ismail
#MelurUntukFirdaus2
28 мар 2023