HIGHLIGHT: Episod 18 - Kalau Melur Tak Mandul, Baru Boleh Terima Ke? | Melur Untuk Firdaus (2022)
Firdaus simpati pada Dee yang konon setia menantinya. Dee tuduh Melur berskandal dengan Haris. Firdaus tak percaya. Dee tunjuk gambar Melur dan Haris yang kononnya dia terserempak dengan mereka siap bagi buku kanak-kanak. Dee syak Melur mengandung anak kerana Firdaus belum ‘bersama’ Firdaus. Firdaus terkejut dan tak mahu percaya terburu-buru, akan siasat dulu. Padahal dia menipu Dee yang dia belum ‘bersama’ Melur itu. Firdaus mula rasa ‘insecure’ dan tercabar lalu tanyakan Melur kalau ada rahsia yang disorok daripadanya. Melur hairan dan provoke hinggalah Firdaus terpaksa cakap dia nak tahu Melur mengandung ke? Melur selamba senyum nakal, kata belum tapi kalau nak buat sekarang, dia onz saja. Firdaus geram, mengelak. Melur kecewa lagi.
Pelakon: Anna Jobling, Meerqeen, Nesa Idrus, Fimie Don, Salina Saibi, Hairi Safwan, Nesa Idrus, Hazeeq Dean, Zac Zaky, Che Kem, Haleeda, Rahim Jailani, Kuza
#MelurUntukFirdaus
24 июн 2022