HIGHLIGHT: Episod 6 - Tak Payah Nak Puji Sangat Nanti Jadi Keji! | Melur Untuk Firdaus (2022)
Dalam mood masih bercuti, Firdaus ajak Melur pergi membeli-belah walau pun Melur tidak suka membeli belah. Namun, Melur setuju kerana dia mahu membeli barang keperluan rumah yang tidak lengkap. Melur dan Firdaus membeli barang dapur bersama-sama. Haris terserempak dengan Melur dan Firdaus di mall. Haris sengaja menunggu Melur seorang diri apabila Firdaus ke tandas. Melur melayan Haris dengan mesra dan minta maaf sebab tak jemput majlis kahwinnya yang dibuat sederhana saja. Firdaus pula sebenarnya berjumpa dengan Dee yang tunggu dia di tempat lain. Dee marah-marah masih ungkit pasal berbulan madu Firdaus. Firdaus kembali kepada Melur, kurang senang tengok kemesraan Melur dengan Haris. Haris pula sengaja bakar lagi api cemburu Firdaus.
Pelakon: Anna Jobling, Meerqeen, Nesa Idrus, Fimie Don, Salina Saibi, Hairi Safwan, Nesa Idrus, Hazeeq Dean, Zac Zaky, Che Kem, Haleeda, Rahim Jailani, Kuza
#MelurUntukFirdaus
3 июн 2022