Тёмный

HOTEL REVIEW TOK AMAN BALI BEACH RESORT BEACHFRONT PASIR PUTEH KELANTAN | HOTEL TERBAIK DI KELANTAN 

AddaShuk Channel
Подписаться 10 тыс.
Просмотров 4,7 тыс.
50% 1

Assalamualaikum, hari ni abang nak kongsikan sebuah video review hotel iaitu Tok Aman Bali Beach Resort. Resort ni sangat istimewa bagi abang sebab kedudukan resort ni betul-betul di tepi Pantai BIsikan Bayu Pasir Puteh Kelantan dan dikelilingi oleh lagun menjadikan resort ini sangat unik. Fasiliti yang disediakan pun sangat menarik seperti tempat memancing, boleh naik bot, ada juga target shoting. Gym pun ada disediakan dan bermacam-macam lagi kemudahan termasuklah kolam renang untuk anda mandi-manda. Tok Aman Bali Beach Resort adalah salah satu hotel terbaik di Kelantan.
Lokasi Tok Aman Bali Beach Resort
goo.gl/maps/66...
Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik
www.addashuk.com
Tok Aman Bali Beach Resort ataupun dipanggil juga Tok Aman Bali Beachfront terletak di Pasir Puteh Kelantan, sekitar 9 km dari Pantai Tok Bali, lebih kurang 20 km dari bandar Pasir Puteh dan lebih kurang 7 km dari pekan Besut. Ia menawarkan Wi-Fi percuma di seluruh kawasan hartanah dan juga kemudahan dobi dan Kaunter penyambut tetamu 24 jam.
Lokasi Tok Aman Bali Beach Resort @ Beachfront terletak berhampiran dengan Bukit Peraksi. 50 minit memandu dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra. Bilik-bilik moden dengan sofa, bar mini dan kawalan suhu akan memastikan penginapan yang selesa. Tok Aman Bali Beach Resort @ Beachfront menawarkan bilik mandi yang dilengkapi dengan pengering rambut dan kelengkapan mandi. Untuk anda yang suka travel dalam Malaysia, hotel ini adalah hotel terbaik untuk anda. Bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort adalah satu pengalaman yang sangat best.
Sarapan bufet murah hati disajikan setiap pagi. Restoran hotel menyajikan masakan yang lazat dan menawarkan suasana hangat. Menu bar menawarkan pelbagai minuman seperti kopi dan teh. Hotel ini menawarkan pusat kecergasan serta sauna untuk tetamu menikmati penginapan mereka. Aktiviti-aktiviti sukan seperti berbasikal gunung dan golf turut disediakan. Perkhidmatan internet tanpa wayar boleh didapati di seluruh hotel secara percuma. Tempat letak kereta adalah disediakan secara percuma dengan jumlah yang agak banyak. Jumlah bilik yang disediakan adalah sebanyak 100 unit.
Setakat ini sahaja video Hotel Review Tok Aman Bali Beach Resort Beachfront Pasir Puteh Kelantan. Diharapkan penonton mendapat informasi dan pengalaman yang berguna untuk perancangan percutian anda. Jangan lupa subscribe addashuk channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

Опубликовано:

 

22 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 6   
@travelatmalaysiawithazmils
@travelatmalaysiawithazmils Год назад
Terbaik cantiknya resort ni
@Addashuk
@Addashuk Год назад
Memang cantik tp harga pun cantik juga😅😅😅
@izzaniielachannel
@izzaniielachannel Год назад
Waalaikumsalam tuan..terima kasih ats perkongsian
@Addashuk
@Addashuk Год назад
Tq tuan
@amalinamayusi8404
@amalinamayusi8404 Год назад
Rate untuk breakfast okay tak?
@Addashuk
@Addashuk Год назад
Rate harga bilik mungkin agak tinggi sikit tp harga tu dh termasuk breakfast
Далее
SELANGKAH KE ALAM TOK AMAN BALI BEACH RESORT
16:30
Просмотров 6 тыс.
Eco-hero strikes again! ♻️ DIY king 💪🏻
00:48
Kota Bharu - Apa yang menarik?
21:02
Просмотров 206 тыс.