Tengok video ini dulu sebelum isi UPU. Share dengan kawan-kawan atau anak saudara yang baru habis SPM tu. Layari / moheofficial untuk lebih lanjut. #nikakmal00 #pendidikan
ramai orang sangat kejar "kerjaya" and tak buat research about the background study that they want to persue. then masa belajar dah stress, depressed, takde motivation, menyesallah apa then berhenti SEPARUH JALAN masa study just bcs of mental health issues. mental health issues pon bende besar ok guys jangan buat main. kalau rasa diri tu tak minat and dipaksa by parents ke apa, better jangan persue nor korang akan buat keje separuh jalan. then dah buang duit. so my advice is please please, please know yourself better (minat theory or practical course. if practical, amik course yang less theory. haa gitu ) before persue course tu okayy. for you guys sake of future too. I mean, takut korang lost pertengahan jalan and contemplating your choice decision. at the end kita belajar kerana Allah dan ilmu right ? I'm talking based on experience sooo, tanak korang menyesal like me. and it teaches me something 😊
Pilih course berdasarkan minat dgn cita-cita dahulu. Sbb kite nak belajar biar ada passion terhadap bende yg kita buat. Ramai org salah sangka peluang kerjaya yang paling penting. Buat bende mestilah kite ade affection dan keikhlasan. Nih nak expect org ambil course yg dh la x minat dan susah. My advice is follow your passion and ambition. Jgn buat sesuatu kerje jika kita tiada minat atau ikhlas terhadapnya. Jangan tabur garam kat laut.
pertama, pilih course yang diperlukan oleh pasaran dan byk peluang pekerjaan. bukan tak bagi pilih based on minat tapi lepas grad, tapi peluang perkerjaan agak tipis. kedua, sekiranya gagal UPU, jangan risau. masih ada peluang lagi. boleh mohon 2nd intake. contohnya uitm. 2nd intake ni tak melalui proses upu.
Boleh saya tau bila sec intake utk uitm? 😭 saya dapat result upu utk course tk brapa minat (cuai dalam letak mengikut giliran) kalau boleh nk la try apply utk yg saya minat tuu, sbb kalau tahun depan macam lambat pula.
@@redmi2557 not sure exact date for 2nd intake. kena selalu tgk kat FB UiTM.. kat situ diaorg akan buat hebahan... rasanya diaorg start open for 2nd intake dlm bulan Ogos mcm tu.
Ambil lah course yang anda minat,jangan bazirkan masa belajar 3-5 tahun tapi tak sambung kerja bahagian tu pun lepas 10 tahun kerja,sebab kita last2 mesti nak buat perkara yg kita minat jugak walau berapa lama ko keje bidang lain. Kalau tak ada apa2 minat,barulah ambil course yg high demand tu. Kalau minat,sebanyak mana pun duit yg kau dapat kau akan gembira sbb kerja yg kau buat tu mmg kau suka,good luck adik2
Kalau kes aku.. dari minat awal.. lama2 belajar dah jadi kurang minat.. dan ada keinginan nak kerja ke bidang lain.. mmg kalau dah xleh nak keep straight, terpaksa jugak tukar haluan.. at least apa yg telah aku belajar sebelum ni ada ilmu yg berguna dan masih boleh dipakai
aku setuju dengan this perspective bro. ramai orang sangat kejar "kerjaya" and tak buat research about the background study that they want to persue. then masa belajar dah stress, depressed, takde motivation, menyesallah apa then berhenti SEPARUH JALAN masa study just bcs of mental health issues. mental health issues pon bende besar ok guys jangan buat main. kalau rasa diri tu tak minat and dipaksa by parents ke apa, better jangan persue nor korang akan buat keje separuh jalan. then dah buang duit. so my advice is please please, please know yourself better (minat theory or practical course. if practical, amik course yang less theory. haa gitu ) before persue course tu okayy. for you guys sake of future too. I'm talking based on experience sooo, tanak korang menyesal like me. and it teaches me something 😊
untung budak sekarang nak tau semua benda semua hujung jari je. Saya tak pasti waktu saya dulu ada ke tak semua ni tapi setahu saya tak da. Dan ya ramai yang terciduk atas banyak sebab antaranya tak lepas syarat, salah pilih kos, dan banyak lagi. Kurangnya ada eksposure untuk ambil mana yang terbaik dan bersesuaian dengan result dizaman kami. Jadi untuk pelajar sekarang ni dengan ada kemudahan sebegini serta eksposure yg lebih mudah semoga peroleh pendidikan yang bersesuaian dengan anda serta demand yg lebih baikkk 👍
teringat masa isi upu dulu .satu pun x dapat ..kena jual...lepas tu aku pulun habis2 tahun pertama kos bukan pilihan aku tu ..dapat pointer bagus....second year terus grab kos pilihan aku yg x dpt masa isi upu dulu...alhamdulilah dapat juga haha
Kos pelik2 jgn ambikla..ambik kos yg market nak..skrg zaman elektronic dan ev..yg tu still ada peluang nk keje..kalau minat engineering pon ok jgk..sbb kos engineering pelbagai..yg pentimg score la..ambik kos tvet..insyallah demand pon tinggi..skrg bukan zmn membaca..skrg zmn prktikal..dan experience..ijazah tu sbgai bntu loncatan jer nk naik gaji..apa pon all the best yer adik2 semua..semuanya brgntung pada niat anda..jgn ambik.kos.yg anda trpksa..heheheh
Untung zaman skrg . Kami batch² sebelum wujud perkataan "viral" "socmed" "medsos" "influencer" ni semua dh ramai yg terciduk sbb kurang nya maklumat dan pengetahuan sebegini . Bukan tiada bertanya , adaa .. cuma d zaman tu ilmu tips begini kurang meluas .. sekarang , Segalanya d hujung jari .
tak pasti yang abang cakap betul ke tidak, tapi ada sebelum ni ramai yang kena buang kerja drpd syarikat2 besar cam fb google. rasanya dah tepu market untuk sains computer ni
@@rollinghippo2940 Takpelah, kita kerja dalam syarikat-syarikat Malaysia ataupun tubuh syarikat sendiri untuk berbakti kepada negara. Lagipun, syarikat-syarikat gergasi dunia akan selalu akan tejebak dalam kontroversi dan komplot. Jadi, kita kerja mengikut keperluan negara walaupun kita bermula dari bawah.
@@rollinghippo2940 itu company restructuring mmg biasa kene lay off. Tapi ikutkan market masih tinggi demand CS ni. And CS x semestinya programming je, ada banyak lg mcm network, cloud, dev ops, server, etc2
Wow macam tu ye skrg ni, last saya guna upu 2017 kena bayar rm15 pastu entahla letak je main letak... Alhamdulillah diberi rezeki utk bekerja dlm bidang diimpikan
Sy sarankan amik course sprti marketing, logistic, finance,accounting, petroleum engineering,farmasi sbb ni course pling high demand dlm sektor pkerjaan
first minat mmg penting but ingat ukur baju kat badan sendiri kalau hang x amik bio chem phy waktu spm astu nk medic x dpt la mat minat mmg blh but ur result is everything .... bout that sediakan plan A dan plan B
ingat sini guys, merit tu jangan peduli, lepas tak lepas letak je dalam upu. Alhamdulillah sya sendiri dapat pendidikan dekat usm walaupun merit tak lepas tapi yang penting time inverview. percaya saya guys.
Tapikann kalau ikut segi logik ehh.. System akan tapis tau ikut merit, awk punya kes ni mmng rezeki dan gamble lah. But to play safe and tk wasted opportunities tu better plan. Sbb akak ni dah wasted my opportunities arrange tk ikut merit, nasib skrng alhamdulilah dah dpt kerja walapon masuk uni yang tk famous.
Seperti yang dah di-komen oleh beberapa orang dalam comment section ni, aku pn nak bagi nasihat yang sama: Pilih bidang yang akan beri peluang pekerjaan. Mungkin bidang tu bukan lah bidang yang korang minat, and memang akan perit kalau kita buat something yang kita tak minat kan? Tapi percaya lah, bila korang dah graduate degree nanti and ramai yang offer kerja kat kau, time tu memang kau akan rasa lega. Mungkin ada orang yang akan counter balik dengan kata "sambung ja apa yang korang minat. Rezeki tu milik Tuhan". Aku.....x nak la komen lebih2 yang tu sebab biasanya kalau libatkan Tuhan ni, cepat sentap. Cuma apa aku boleh kata, kita tak tahu apa akan jadi masa depan sebab kita hanya manusia, so why not we try our best to reduce any sort of risk while we are still aware of it.
Saya pulak belajar kos yg saya minat sangat2 dulu la sebelum dan awal2 sem.. bila dah masuk sem 3 ni dah beralih fikiran dh.. mcm aku ni dah terpaksa belajar semua benda ni.. tapi minat kerjaya aku dah ke bidang lain dah.. dah tak berkait dgn apa yang aku belajar sekarang.. bak kata lain, belajar benda minat, kerja benda yg minat.. tapi dua2 lain bidang.. sekarang saya dh msuk sem 6 iaitu sem terakhir.. habis belajar ni nak cuba test market dulu if bidang yg di belajar tu ada peluang yg cerah atau tidak.. aku ada plan B utk cari kerja lain yg aku minat juga
@@nuralalilalsaaa9214 xpe, saya sekolah dlu pun mmg x sntuh IT. zero knowledge pasal komputer. bile kite blajr bnde tu kt uni, aq makin tertarik rasa minat tu sbb minda aq ni rasa cam terbukak.. it ni luas bkn coding semata mata...luas cabang die lg lg zaman teknology skg ni...me 2nd year data science student from uni..adalahh😁
@@soupricemf1260 so awk suggest amik bahagian if x knowledge about kos tu..mcm saya tk tahu nk ambik apa basic pon x ada.. kalau saya ambil kos dlm bidang it apa saya perlu buat tolong beri suggestions... saya tk tahu apa yg perlu ambik?
nak tau cite aku😀, mase apply upu lu, first aku mmg minat ekonomi, tp aku tk nk uni lain selain uiam, so....aku apply dari pilihan pertama sampai la 7, ekonomi, akaun, business admin, kewangan islam, da da da semue pasal akaun, kewangan and ekonomi, tp sbb merit tk cukup untuk amik kos kos kewangan yg lain, so pilihan ketujuh tu la pilihan last yg kos uiam cukup ngan merit aku, KOS IT, then aku un letak yg lain sampai pilihan 12 kos eko akaun and business balik tp dr unisza usim ahaha uni lain, jeng.... bile result kuar, aku harap kalo tk dpt ekonomi atas tu un tk pe asal kos lain related ngan stpm aku, eko perniagaan semue, tp....pilihan last dari UIAM yg aku mintak tu gak yg aku dpt, KOS IT ahahahahah, mmg mantap mmg patutnye kalo aku nk kos eko, kos eko smue tp uni lain ii, tp aku nk uiam je, ahahaha tk pe aa.. dh takdir tp UIAM ko still ade chance nk tukar kos, first kalo ko bukan dari asasi UIAM ko kene exam EPT&APT mean english arab, tk lepas arab tk pe, tp kalo tk lepas english, ko mmg stuck, kene lepas band 6 dulu baru boleh masuk kulliyyah masing ii, tp kalo tk lepas, ko stuck kat sana 3 bulan, pastu exam EPT agi, dh lepas baru boleh masuk kos ko, tk lepas? extend agi kelas english tu sampai la lepas band 6. tk kisah la muet ko lepas syarat uiam un, ko still kene lepas EPT tu, tp....kalo MUET ko dpt band 5 or 6, ade chance untuk dikecualikan dari EPT test, tp ko kene gi mintak kat uiam tu sendiri tk silap. tp kalo ko lepas EPT tu, ko nk tukar kos...ko kene duduk kat kos yg ade dlm surat tawaran tu satu sem, lepas exam sem 1 tu, lepas bape pointer untuk ke kulliyyah yg ko nk, baru boleh lulus COP *(change of Program) tp ko kene apply la untuk cop tu, ade je, kalo ko dpt masuk uiam nnt ko tau aa ahaha so aku...satu sem masuk CELPAD (kelas english tu) dulu, lepas EPT, then sem 1 kat KOS IT tu , then skrg ni tengah tunggu nk diluluskan ke tak COP ke kos ekonomi aku tu ha ha ha, sedih aku ni🤣
Saya batch lepas, saya isi ja course yg saya suka😂 tpi bkn main ambik ja tngk la layak ka tk. Tpi yg atas 2 tu bnyk gak la uni sama tpi course lain. Dpt uni tu alhamdulillah. And sya tk kesah kat mana but sabah sarawak tu memang tk la.
@@fahmy2351 cost utk pergi dan balik. Cth skrg dri pahang ke penang ticket bas 65 so pergi blk 130+ grab ke stesen bas 20 so 40 total if nk blk dh 170 ni if dri sabah or sarawak beratus habis di flight
@@ustazustazah3043 1. Competition 2. 1st choice is the most important choice. People who put Uni A in 2nd choice, failed to masuk UM/Fail interview UM got a high chance to not be able to enter Uni A. Meanwhile the smart kid who got subpar results, put Uni A first, can manage to book a spot before the rejects from UM come knocking at Uni A. 3. Interview is how they discriminate. Normally they call it 'meritocracy' but if you are a B40 from an Indian family they can discriminate by saying that you were not confident in your interview and screw you over. I rather not take such risks at all. And yes, I thought about all of this when I was at Matrikulasi before making my choice. I managed to get my 1st choice in UPU btw. Also, I would rather keep my knowledge instead of sharing it during that time as it was every man for their own. But now, I think sharing is better.
@@roz5868 High competition + interview. Imagine you got accepted for Course A in UM. You have to go interview. You have chance to fail the interview. But if you pick Course A in UTM, you can straight enter. Difference is that after you fail the interview, you might not be able to get inside the other top unis without interview because dah full. Ergo, you are going to have to pick a lower ranking uni.
@@mikhailbotnovik1594 well yep mostly courses yang ditawarkan oleh um ada interview chance tu sikit nevermind tak letak um first choice pun nanti tambah pulak tengah bandar banyak duit kene guna😭tq for explanation
@@brad1brad287 mcm 123 tuh Uni utk IV kan, 4 hingga akhir uni utk fasa 2. Jika IV gagal, kebiasaannye sistem akan scanning dan pilih contoh pd 4,5,6,7, ikut turutan. Tetapi jika ada Uni melompat. Sistem tidak akan scan ikut turutan, contoh 4,5,6,7, masa pilihan 4 masih lagi scan tetapi kemudian ia detech yg no.7 tuh ade Uni tuh. Jdi no 5 & 6 dia xscan. Itu wktu batch18 aa xtau aa, kalu batch kali ni sistem lain.
Tajuk: Ini Cara Isi UPU Supaya Tak Terciduk Penerangan: Tengok video ini dulu sebelum isi UPU. Kongsi dengan kawan-kawan atau anak saudara yang baru habis SPM tu.
Possibility kes awak ni sbb: - repeated same University minta - quota from every school/foundation.. Contohlah foundation awak ramai budak 4 flat.. Then dia limitkan untuk batch foundation awak berapa ramai akan dpt masuk UM. Sbb dia limit untuk bagi opportunity kepada budak yang lain foundation or lain sklh awak.
Just a side note, utk sesape baca ni. Jgn ambik medic UM if you're not in PASUM, membazir first choice tu. Sbb Medic UM only ambik 50 org through upu, 70 from PASUM. So basically you're competing with the whole nation for 50 spots. Besides, kau kena bayar this screening exam utk medic UM sahaja, BMAT if im not mistaken. Dgr cite nama dia akan tukar, tapi x pasti aku
adakah result spm sngt penting untuk lepasan diploma?.means, saya mempunyai keputusan math agak kurang baik dan tidak lepas syarat khas untuk apply course tersebut.adakah ada harapan untuk diterima masuk ataupun memng takde peluang langsung untuk diterima.
bergantung pada requirements course tu. biasa requirements tiap course lain lain. boleh buat research untuk tau lebih detail. now everything is on our fingertips. but in your case, pihak atasan biasanya utamakan those yang lengkap requirements nya. if masih ada kekosongan in that course baru diorang akan consider balik those yang tak cukup syarat khas. inshaAllah ada peluang, but better not to put much expectations and focus on course yang you minat and lengkap requirements 😊👍🏻
@@Nabila-dx8xf Best sebab ada kat semua hostel ada wifi, dekat dengan exit tol, dekat dengan terengganu, dekat dengan air terjun, dekat dengan suraya, banyak tempat healing
Nk tnayaa, baru2 ni result upu sudah keluar, saya dpt tawaran tp masa saya apply saya tktau pulak kena ikut giliran yang paling minat dekat atas.. Jadi saya dapat tawaran utk course yg saya tk beberapa minat.. Kalau tahun depan saya apply yang baru, upu yg baru saya masih boleh terima ke? Sbb result saya bagus, saya mmg nk sambung belajar. pls anyone rep sebelum 20/8 sbb takut terlepas peluang, kalau tk boleh apply dh, tkpe la saya terima je la huhu
Kiranya kedudukan nombor dalam pilihan tidak memberi apa apa manfaat ke? Macam course yang saya memang nak sangat no1, then yang no2,3 ngan 4 tu course yang lebih kurang dengan course yang saya nak?
nak tanya jika tidak hadir ke temuduga UPU , ADAKAH pilihan temuduga course tersebut akan dibatalkan atau removed daripada list permohonan UPU pada fasa kemas kini dengan final result telah keluar ?
Saya matriks sains hayat, tak prnh ambil subjek asas sains komputer masa sekolah…. Tapi nk sambung degree dlm sains komputer atau IT agak2 susah tak? Sbb mmg takde basic langsung
Bismillah, Jalan.. Inshaallah boleh je. Saya pun xde basic addmath, sekarang degree engineering. NGL, agak huru-hara. Tp saya pegang quote ni "at the end of the day, it's those who resilient enough were able to make their dream a reality". So nk x nk, terpaksa cekalkan diri gak demi menghabiskan belaja ni *even engineering not my passion
Kalau ikut pengalaman orang2 kampung aku.. sikit je yg dapat kekal kerjaya ni.. itu pun yg berjaya tu smbung buat master sebab nak jadi lecturer dalam bidang IT.. selain dari tu auto takde kerja.. atau tukar bidang kerja yg tak berkaitan dengan IT.. ramai kata stress ngadap laptop, tengok nombor2 huruf yg berterabur yg xde manfaat.. katanya.. then jadi antisosial, depress, orang hina mereka tak boleh buat duit dan sebagainya.. but let say lah korang ambik course yg korang tak minat or minat sekali pun.. kerja lah apa ikut korang suka.. janji korang boleh buat duit
Haiii boleh je. Saya sebelum ni pun sambung asasi sains hayat dan takde sangat basic, sekarang saya amik degree sc comp. Nanti awak dah masuk degree, sebenarnya ramai je yang takde basic jugak hahaha dont worry. Lecturer akan ajar one by one 👍🏻
Sampai sekarang saya x leh mohon padahal baru je bulan 3 hari tu abis spm mungkin sebab upu tau saya b0d0h sangat dlm pembelajaran so dia x kasi sambung belajar.
faham dohh mmg la rezeki masing2 tapi upu ni kadang budak pandai yg dpt tajaan pi oversea pun pi isi pastu apply, dapat. Tapi last sekali dia tolak tawaran upu. So dah rugi peluang utk org lain kat situ.
saya SPM 22 sains tulen. tapi subjek ii sains saya atas pagar je. kalau nak amik tvet, or bidang yg related dgn kemahiran macam mana ye. tak payah masuk matriks ke?
Rasanya program bertemu duga ni dia akan letak tanda '#'. Kalau xsilap sistem dah sort course mana yg kita layak dan xlayak. So kalau course tu xkeluar maknanya xlayak
Basically dia belajar bahasa japan or korea or china boleh pilih nak major mana, lepastu belajar about culture, society, politic, history, modernization. But yang paling utama language sebab dia core subject.
Tak boleh. Tawaran program cuma akan ada satu dan tidak boleh ditukar sekiranya tidak berminat. Kalau tak minat, lebih baik awal2 program tu dikeluarkan dari pilihan.
Boleh kemaskini sehingga 28/03. Kalau tak kemaskini pun, masa fasa 2 nanti masih boleh pilih program yang layak dengan keputusan. Tapi course temuduga dah takkan muncul waktu fasa 2.
Kalau dah lepas syarat am & syarat khas tapi purata merit agak ketinggalan sikit masih sangkut ke? Nak apply degree mechanical engineering UTM tapi risau tengok purata merit tinggi tu. Pointer diploma mech eng saya 3.41 + aktif dalam persatuan fakulti
Kerja terus la mat, malaysia ni majikan semua close minded nk cari yng ada experience kerja je.. Yng ad degree bkn dia tengok sngt pn.. Bazir je masuk U ni..pastu hutang bnyk🙄🙄
@@satisfiedkeyaru9153 seriousla ko nk jadi doctor ngn engineer kat malaysia? Takrasa rugi ke?.. Cikgu tu maybe ok la.. Kalau ko ambik kos2 macam engineer gitu semua better smbung smpai master or PHd la sbb ramai orang buat gitu, kalau ad degree je tapi nk lawan ngn yang ada master phd tu sakit sikit la😌
Hang ja bodo rasa rugi masuk uni.. org masuk uni score first class degree.. ptptn pun boleh jadi scholarship..😂😂nak jadi golongan professional semua nak kena ada degree mat..awal awal memang la gaji skit .. org 5 tahun experience+degree engineering dah boleh gaji 5 angka..nak kerja company besar semua nak kena ada minimum degree mat..😂😂
@@Daniel_0778 jadi siapa nak jadi doctor, engineer kat Malaysia ni? Orang luar ke? Memang kalau banding gan Singapore lebih lumayan. Tapi kalau tiada siapa yang nak sambung belajar..ko dpt la doctor Dari Pakistan, engineer bangladesh.. nurse Dari Sri Lanka.
@@jeffAR8513 bukan orang luar, nak jadi bileh tapi persaingan bnyk kalau takat degree je mmng susah. Sebab orang lain ada master ngn PHd mohon benda tu... And nak smbung master dan PHd guna duit lagi plus masa lagi and belum tentu ko dapat kerja tu lagi.. Tapi ikut la ak cakap je, ko nk gi teruskan..
Sekolah aku dulu.. kaunselor akan pantau suruh tanya itu ini, nak belajar apa, nak kerja apa lepas belajar tu semua.. sudah ada guidance.. skrang aku dah 3 tahun di unimas
So aku baru habis SPM22. Aku nak jadi architech sangat tapi tula… aku ambik science stream takde seni or any related with art and result trial pun tunjuk aku susah nak dapat. So in the end, aku pilih Law after talking with my parents and someone yg expert dlm bidang tuu(and banyak cable :D). Which I dont mind cause aku kinda into Law and politics too apart from art stuff
eh salah ni. saya spm sains stream+agama SPM tanpa seni/lukisan kejuruteraan dapat je Ijazah Sarjana Muda Senibina UTM. Sebab kos ini masuk guna interview. Bawak je sketches buktikan anda mampu/minat melukis.
Boleh je. Classmate saya tak amik seni, tapi dia sambung matriks and mohon course architecture kat UPM for degree and program tu ada temuduga. So ada part temuduga tu, bakat melukis akan dijalankan. So kena keluarkanlah semua bakat melukis. And now, dia sedang belajar degree architecture kat UPM sebab lulus temuduga tu.
@@fetzmusix REALLY? That’s a good news for me. Sebab my mom and family member aku cakap dont go for it sebab risiko skit. Down gak la when they say that. Well aku letak as choice 3 or 4 for architect sebab still risk depend on result
@@NopalTheRock yeszza. just go for it if u really want architecture. n kalau apply for diploma for architecture instead of masuk matriks pun still advantage sebab 1) boleh terus fokus ke bidang yg anda mahu. (matriks tidak specific bidang yang kita nak) 2) belajar start dengan diploma architecture lebih dapat tekankan 'foundation' dalam basic knowledge of architecture and construction if u are zero in architecture compared to terus bachelor after matriks. good luck!
Kalau merit tak lepas utk pilihan pertama course tu, dia akan reject pilihan pertama course, terus sistem pilih pilihan couse seterusnya ikut urutan sampai lah merit mencukupi dgn syarat khas dan am lulus