Agak jarang nak jumpa nasi lemak kangkung area Shah Alam ni sebenarnya. Ada satu gerai nasi lemak ni di Alam Idaman, Batu Tiga jual nasi lemak berlauk bersama kangkung.
Paling aku kagum sekali, bro ni jual sorang-sorang ja. Masak pon sorang jugak. Memang salute lahh ada anak muda kita yang rajin berniaga macam ni.
Nasi lemak ni beroperasi di dua tempat mengikut hari (rujuk waktu perniagaan di bawah).
Semoga bisnes bro ni bertambah maju dan sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah azza wa jalla. Aamiin.
p/s : Kena pi awai, lambat kalu tinggai nasi lemak biasa ja.
Lokasi : Berhadapan Alam Idaman Apartment, Batu Tiga, Shah Alam, Selangor
Waktu Perniagaan : 6.30 pagi hingga habis
📍Alam Idaman : Rabu hingga Jumaat
📍Pasar Tani Stadium Malawati, Shah Alam : Setiap Ahad
No. Telefon : 017-3721131
Instagram : nasilemakkangkung.ctdarling
-
Follow kami di :
Instagram : fitrixfauzi
TikTok : fitrixfauzi
Nak kami review kedai makan?
WhatsApp : 012-2282211
Email : fitrixfauzi@gmail.com
#fitrifauzifoodhunter
17 сен 2024