Тёмный

Jambatan Batang Rajang (Sarikei - Tanjung Manis) 

6th Division Skyline
Подписаться 86
Просмотров 1,6 тыс.
50% 1

"Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi Sarikei ke Tanjung Manis"
(Pusingkan telefon anda untuk paparan jelas)
Jambatan Batang Rajang yang menghubungkan Jalan Pasi, Sarikei ke Tanjung Manis bakal menjadi mercu tanda baharu bagi penduduk sekitarnya.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata kepada media sebelum ini beliau amat berpuas hati dengan status perlaksanaan projek tersebut.
Jelasnya, projek yang sedang giat dilaksanakan itu dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2025.
Berdasarkan prestasi kontraktor yang mengendali projek pembinaan tersebut ia dijangka siap lebih awal berbanding jadual yang sebenar.
Dua komponen utama dalam projek ini ialah pembinaan jalan raya sepanjang 17 kilometer (KM) termasuk pembinaan sebuah jambatan sepanjang 1.2 KM merentasi Sungai Batang Rajang yang menelan kos sebanyak RM321 juta.
Datuk Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang menjelaskan penduduk dari daerah Tanjung Manis terpaksa menempuh perjalanan selama dua jam untuk berurusan ke Sarikei melalui Sibu pada masa kini.
Namun apabila siap kelak ia hanya mengambil masa 45 minit perjalanan sehala dari Tanjung Manis ke Sarikei.
Tidak ketinggalan penduduk dari Pulau Bruit, Matu dan juga Daro dapat menikmati jaringan jalan raya tersebut apabila projek itu siap kelak.
Malah mereka dapat memandu menuju ke Lebuhraya Pan Borneo melalui laluan Sarikei dalam masa yang singkat sama ada destinasi mereka menuju ke Betong, Sri Aman, Serian atau pun Kuching.
Selain menjadi mercu tanda baharu, siapnya Jalan Pasi ke Tanjung Manis itu kelak pastinya akan memacu pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.
Bukan sekadar memudahkan perhubungan antara kedua-dua bahagian Sarikei dan Mukah sekaligus sekaligus projek ini juga melengkapi akses jalan pesisir pantai Sarawak di kawasan Lembah Rajang.
Ia turut termasuk tiga lagi projek pembinaan iaitu Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Lassa dan juga Jambatan Igan.
Pada masa kini terdapat tiga span (rentang) untuk sambungan jambatan yang sedang giat dijalankan di tapak pembinaan jambatan itu.
Terdahulu, Datuk Len bersama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lawiroo telah membuat lawatan ke tapak pembinaan bagi meninjau perkembangan kemajuan projek tersebut pada Februari lepas.
Jelasnya pada masa itu, perlaksanaan projek pembinaan telah mencapai 86 peratus iaitu mendahului dua peratus dari jadual asal.
Rombongan juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan span (rentang) terakhir jambatan dijangka siap pada September tahun ini.
Berikut adalah visual dari udara yang dirakamkan pada 8 Jun 2024 yang memaparkan status kemajuan pembinaan projek tersebut yang amat dinantikan oleh penduduk pesisir pantai Sarawak.
Visual & artikel: 6th Division Skyline @ 2024
Music Copyright To:
VØJ, Narvent - Memory Reboot
Chill Nation Spotify:
chillnation.ffm.to/chillspotify
#jambatan #bridge #rajang #rajangriver #tanjungmanis #sarikei #sarawak #sarawakianyoutuber #shortvideo #viralvideo #aerial #aerialfootage #6thdivisionskyline #malaysia

Опубликовано:

 

10 июн 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 7   
@palmtide
@palmtide 29 дней назад
Alam sekitar yang indah.
@user-rt3yc7vf5c
@user-rt3yc7vf5c 6 дней назад
Tanjung manis kawasan perindutrian.
@ahemm2x
@ahemm2x 27 дней назад
25.05.25 Siap
@BRVNQVNQ
@BRVNQVNQ Месяц назад
JAMBATAN RAJANG untuk kemudahan semua RAKYAT
@BRVNQVNQ
@BRVNQVNQ Месяц назад
JAMBATAN RAJANG kemudahan untuk semua RAKYAT
@astranger8569
@astranger8569 Месяц назад
betul je
@yusofhusni7808
@yusofhusni7808 Месяц назад
Maaf ye.. adakah jambatan ini laluan empat lorong? Trmksh
Далее
Sarawak-Sabah Link Road Fasa 1 - January 2024
9:09
Просмотров 2,8 тыс.
Что не так с воздухом в Корее?
00:45
TERKINI JAMBATAN BATANG RAMBUNGAN | JULAI 2024.
14:08
Просмотров 4,4 тыс.
Hospital sarikei (1961-2006)
2:22
Просмотров 1,1 тыс.
JAMBATAN BATANG LUPAR SEBUYAU, SARAWAK | 26 MEI 2024.
9:31