Salam penyanyi Evergreen ini. Tiada penggantinya.menghasilkan lagu patriot DLL.ksl Yan, meminati laginya. Tahun 1980han lagi keluaran lagunya bentuk kaset 3 albumbya masih dlm simpanan peribadi. Alfatihah. Semuga ruhnya dicucuri rahmat bersama insan para solihin. Amin!!!.
Tak tau lah dgn pemergian arwah ni rasa sedih dan kehilangan pulak...pada ramai dah penyanyi seangkatan arwah pergi sebelum ini...😢 Tapi berita pemergian arwah agak menyedihkan hati... Al-Fatihah utk arwah moga Allah cucuri rahmat keatas beliau Aamiin Aamiin Aamiin 😢😢
Sy perhatikan drpd zaman jay² mula nyanyi. Xde sorg umat pon yg boleh tiru suara dia! Lau Dato Jamal bersepah! Ada yg setuju x suara jay² mmg class!! Komen ckit
Jay Jay Hari ini dia kembali ke dunia kekal abadi. Jay Jay adalah penghibur dalam memenuhi ruang hidup kami, khasnya generasi X. Melalui kumpulan Carefree, popular dengan lagunya Rindu Bayangan, Si Baju Hijau, Angan Tak Sudah dan banyak lagi. Masa kecik-kecik di Makhad dulu, kami pergi Aloq Staq tengok konsertnya sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Lagunya memang power betul, melekat sampai bila-bila, terutamanya lagu Belaian Jiwa. Fuhh. Dah lama tu, dia bergerak solo dan antara lagunya yang saya ikuti; Kita insan biasa lagu duet dengan Dayangku Intan, memberi makna tersendiri. Jay Jay ada pengaruh tersendiri kepada kami orang lama. Kita bermohon Allah memuliakan arwah di tempat yang terbaik (saya ambil dari entry FB saya, 5/8/2024
Lagi ini mengingat Cinta Pertama bersama Halimah Megat yang bertugas d Hotel Equatorial d tahun 1974.Sahingga kini maseh Merindui..Dan kekal dalam ingatan
Innalillahi wainna ilaihirojiun... Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Saya peminat lagu2 Jay Jay dari kecil lagi. Salam takziah buat keluarga.
Lagu2 arwah sesungguhnya akn tetap segar di hati kita..saya membesar dgn lagu2 arwah yg evergreen di tahun 1979. Allah Maha Besar..semoga arwah tenang di negara abadi.
Nama jay jay dn carefree meletup ketika itu aku baru melepasi zaman persekolahan ,zaman ank muda bermain gitar kapok dipersimpangan jln dn port ank muda, betul betul rare dn gerek sekali beb Skrg aku pun dh bercucu, umur aku dn jay jay tk jauh sgt, j j sdh menjangkau 67 tahun ,aku sdh 63 tahun Semoga jay jay mendapat keredhaan Allah meniti ke hujung usia
Lagu2 JJ.....sudah didengari semasa saya diipoh, waktu usia 20an, dan masa kekuala lumpur, banyak beli cassett....masa diipoh saya banyak masuk keluar panggung wayang....dari panggung kepanggung, ada kalanya terus beli tiket wayang midnight show....
Sejak dari bangku sekolah lagi, saya adalah antara jutaan peminat Carefree & Jay Jay. Suara arwah memang tiada galang gantinya. One in a million! Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh & beriman.
.. mmbesar dgn lagu2 alahyarham JJ, suaranya unik tiada galang gantinya, satu kehilangn besar dlm dunia seni suara....tiada kontroversi sepjg kariernya. May his soul rest in peace🙏🙏🙏
Assalamualaikum, sy memang meminati lagu-lagu Jay Jay, dulu kini dan selamanya, walaupun usia sy kini menjangkau setengah abad, lagu dendangan Jay Jay tetap menjadi pilihan sy. Smuga kita smua dlm lindungan yg maha esa, aminnn yra.
Lagu carefree jsy jay, tiap rdio hot fm ku sering melsyani semsa ku dewasa 1980han. serikata, memang hebat. Jiklu thh jiwang2 asyik melayani lagu ini. Alfstihsh buat abang mohd rauzi darus. ( Jay jay). T.k.
Layan lagu jay jay ptg2 sbl buka posa.. hari ni hari terakhir puasa di mAlaysia 21/4/2023.. kpd pembaca semua: selamat hari raya maaf zahir n batin.. kuala nerang kedah
Pada 1984/85 lagu setelah kau datang telah mengungguli carta mingguan (2 angka) dan menolak jatuh lagu kerana oleh Alleycats. Soal kenapa lagu tersebut tak tersenarai sebagai salah satu lagu paling popular sebaris lagu rindu bayangan?
Terkejut bila dapat tahu Jay² dah meninggal dunia😭Sya Ahyee dari Sabah umur 30thn memang minat dengar suara dan laguu2 Nya yg syahdu dan penuh makna... Suara beliau memang Class tersendiri . Memang tak dah galang gantinya...😭💔 Alfatihah buat Aruah jay²... Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Aamiin ya Robball Aallamiin 🤲🏼 🌹🌹🌹 Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waa Alaa Alii Sayyidina Muhammad ❤️❤️❤️