Menurut pengarang buku muzik 60an Singapura iaitu Joseph C. Pereira, bunyi organ yang terawang-awang itu sebenarnya datang dari sistem mikrofon yang rosak semasa lagu ini dirakam ke rekod. Kerana bunyi pelik itu, lagu ini jadi top pula dalam carta. Tak lama kemudian, ada pula kugiran pop yeh yeh yang cuba mengikuti bunyi itu, misalnya lagu Madah Harapan rakaman M. Osman iringan The Blue Rythmn kugiran asal Kuala Lumpur.