Hebat perancangan Allah. Dia datangkan golongan yg dipandang hina utk ajar pemimpin yg sombong. Kemudian Dia bangkitkan golongan yg tak dipandang juga utk membela agama. Terima kasih atas perkongsiannya . Meremang
Perasan Tak kenapa tentera Monggol tak jajah India Kalau tengok kat map..?..seluruh tanah besar China ditawan Monggol tapi tidak sub Benua India sbb Masatu sub benua India diperintah oleh kerajaan Islam... Kesultanan Delhi....Banyak juga Serangan Monggol buat Tapi berjaya ditepis oleh Sultan Delhi....Boleh tengok sejarah dia Delhi - Monggol war...
Alhamdulillah faham tapii nii baruu hanyaa tahap orang kebanyakan biasa2 pandang jerrhh lagii..terutama sekali kalau hanyaa nak kata "ambik pengajaran"2 serta "pengajarannya ialah"2, jerrhh lagiii Belum lagii tahap cara pandang orang yang tahap2 Peibadah2 serta sebagainya pandang, lagiii
@@ayahpinkofficial2769 , Tul tapii waris Khan terutama sekali yang daa Islam banyak yang daa India, daaa Belum pernah dengar lagii orang Cina yang Khan
@@gamingmarketing8343 ya....sbb lepas masuk Islam Dorang Bina empayar Islam Monggol Dorang sendiri...antara yg paling femes Mughal kat India..Timurid kat Iran Iraq... Ottoman di Anatolia...semua Tu darah keturunan raja Monggol Yg dah masuk Islam...luar biasa asalnya Penjajah tapi masuk agama Yg dijajah...
Inilah kenapa Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam mengajar kita untuk menjaga akhlak diri agar tidak tercemar agama Islam. Moga ini menjadi satu iktibar kepada kita agak tidak ada sifat sombong dalam diri kita.
ya.. sejarah yg sangat menjadi pengajaran buat kita umat islam,Allah swt maha adil membantu hamba2 nya yg dizalimi dan boleh menghukum hamba2 nya yg berbuat zalim.
Cerita pasal orang mongol ni lah yang saya pilih untuk buat tajuk oral test english masa tingkatan empat dulu. Memang best buat research dan nak bercerita masa oral test tu pun memang seronok. Alhamdulillah dapat markah tinggi untuk oral test.
4:40 serang bukhara 6:00 bunuh binatang, susun tengkorak 7:40 empayar abbasiyyah baghdad 10:20 campak buku dalam sungai euphrates 11:15 hampir kiamat, yakjuj makjuj 12:20 hebat tentera mongol 13:30 cucu chinggis khan masuk islam 14:20 perang ain jalut 16:20 allah selamatkan islam
Itu pasal, org² islam sendiri kena ingat.. Kita ni bawa nama agama yg suci, Jadi, jangan jadi jahat lebih dari setan. Itu sudah merosakkan nama agama itu sendiri. Bila dh jadi mcm kisah mongol ni, Jgn salahkan org lain, muhasabah diri sendiri. Jadi, jaga la diri dan jagalah agama ini betul². Bukan sekadarkan berselindung disebalik jubah dan serban, tapi perangai Nauzubillah. Sekian.
Mohon Ajar teruskan siri sejarah Islam mcm ni, sgt best, ringkas, padat siap ada filem latarbelakang bg memudahkan kefahaman khususnya generasi skrg. Perkara ni tak diajar di sekolah, sumbernya pun x jumpa, para ustaz kurg nk bercerita sejarah ni, Ustaz Ibnu Rijal sorang je yg cerita dalam siri empayarnya, dah hampir 30 episod berpuluh2 jam yg remaja bahkan org tua malas nak dgr. Tq Ajar 🙏
Byk pengajaran dpt dari content kali ni. 1.Jgn memandang rendah kepada sesiapa pon apatah lagi menghina. 2.Bahayanya jika org kurang berilmu dan beriman yang menguasai puncak dalam sesebuah sistem. 3.Di setiap kekejaman yang berlaku Allah s.w.t pasti akan membantu dan menyelamatkan hamba² nya. 4.Saat berada di atas sesuatu sistem adalah penting untuk sentiasa menjaga akhlak supaya tidak melakukan tindakan yang merugikan. Kalau korang ada nmpk pengajaran² yg lain boleh komen kat bawah.kita sama² kongsi. :)
maaf jika saya membetolkan yang No.2 tu....lebih bahaya jika org yang kurang beradap dan tamak jika berada di atas. berilmu tak semestinya baik, beradap, dan amanah.
entah kenapa baru 10 minit dengar abang ajar bercerita tentang mongol sy dah menitik air mata sy betapa kecik nya kita , sedangkan negara kecik boleh kalahkan empire besar apetah lagi sy yang nak buat karangan sejarah pon kene tgok google lagi haih
Salam abang haziq. Saya suka segmen2 sejarah agama islam ni. Kalau boleh sediakanlah 1 hari dalam seminggu untuk segmen yang macam ni. Apa2 pon terima kasih abang haziq. Saya akan terus sokong saluran ajar ni.
Mongol punya konsep perang "leave no survival, take no prisoner" maknanya: "jangan tinggalkan satu pun yg hidup dan jangan ambil satu pun tawanan". Semua kasi habis.
Allah. bayangkan kalau perpustakaan tu masih ada. bagaimana kemajuan islam sekarang. berapa banyak rahsia2 perubatan, teknologi, kajian yg lentap mcam tu jaa. 😢
Saya baru tau tntg info ni. Rupanya Genghis Khan dizalimi. Syg sekali, andai kata sultan tu tak buat mcm tu mesti Genghis Khan boleh jadi seorang muslim. Walau bagaimana pun, takdir tuhan tu memang tak boleh dijangka.
Bang Haziq, ramai yang suka bila bcerita psal Islam ni.. boleh la lepasni kerap² skit wt content Islam ♥️ sbb tajuk² islam brkenaan sejarah ni dia ada aura tersendiri, best lain mcm
Mungkin itulah sebab Nabi Muhammad dtg untuk menyempurnakan Akhlak. Walau sehebat mana pun kita tapi kalo akhlak dan adab takde dan angkuh, akibatnya bole jd sangat dahsyat
Sultan saifudin al-qutuz, sultan mesir pada ketika itu, dibantu oleh panglima atau komander tentera mamluk (lupa nama beliau), salah satu idol dari 4 idol paling saya suka. Beliau pada ketika itu baru sahaja naik menjadi sultan dan keadaan mesir ketika itu bergolak. Walaupun begitu, beliau tetap menyahut panggilan perang/jihad, dan menyeru rakyatnya untuk sama2 berjuang. Tapi sayang, nama beliau jarang disebut.
pernah tengok filem MONGOL ..memang genghis khan org yg genius..mcm mana dia dibesarkan dari golongan biasa dibuang dari puak dia sendiri pernah dikurung seperti haiwan..kemudian diselamatkan & jadi pemimpin empayar mongol..
MashaaAllah abang ajar..takpernah tahu bahawa ada sultan islam yg tersilap dalam ijtihad....tk pernah tahu kekejaman mongol itu berasal dari asbab kesilapan sultan...hari ini alhamdulillah ilmu baru..
Sejarah paling menyedihkan. Pengajaran dan pelajaran besar buat kita. Takdir Allah sentiasa bertepatan masanya. Ilmu yang ada dizaman itu tidak dapat dikembangkan lebih lagi oleh umat Islam sendiri. Allahhuakbar...
Kisah paling menyayat hati dalam sejarah.. Moga kita semua terus sukses dan kembalikan kegemilangan umat Islam. Hanya mereka yang belajar dari sejarah mampu cipta sejarah 💯
"Kalau kamu tak lakukan dosa besar pasti Tuhan tidak hantar aku sebagai hukuman kepada kamu." SANGAT BENAR. Islam jatuh juga kerana masyarakat Islam sendiri... tak dapat dinafikan bila ditelusuri zaman kerajaan bani Umayyah dan Abbasiyah banyak kezaliman dan ketidakadilan dilakukan pemerintah. bahkan sanggup penjara dan bunuh ulama2 yang tak sependapat dengan mereka... rakyat pula bila kekayaan dah melimpah, lupa diri dan tak amalkan intipati Islam itu sendiri. hanya tinggal nama saja....
Sombong takbur Dan melampau batas tidak disukai oleh Allah s.w.t Pasti Allah akan datangkan kejadian yang tidak Diduga untuk mengajar manusia yang sombong Dan melampau batas.
"belajar sesebuah bahasa adalah sangat menyakitkan bukan kerana susahnya sebutan dan kosa kata dan dan huruf nya yang asing. Tetapi kita berkongsi sejarah yang pahit berkenaan sesebuah bahasa" ~ youtuber linguistik
Alhamdulillah..Allah Maha Besar..Segala Puji hanya bagi Allah yang Maha Berkuasa diatas segala sesuatu di langit mahupun di bumi..Alhamdulillah content2 yg macam ni yg patut diperbanyakkan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada generasi umat Islam di Malaysia ni..belajar dari sejarah..bersama sama menjaga tanah Melayu ni..
Terima kasih atas pencerahannya. Mungkin ini akibat kesan penyebaran Islam melalui peperangan dan paksaan sehingga menimbulkan kebencian yang amat sangat. 😔
Content macam ni cukup ramai orng kt Malaysia ni suka,jujur selalu notification ajar masuk sy tk tengok terus ,yg ni sy terus click,ni kali kedua tengok untuk fahamkan lagi ,harap ada video sejarah mcm ni lagi,tankiu
AllahuAkbar... Sungguh hebat perancangan Allah SWT... Meremang dibuatnya... Allah tegur dalam setiap perkara dengan hikmah... Ibarat seekor semut menggigit tangan, tapi disapu kesemuanya dari badan.... Wallahua'alam...
MasyaAllah sungguh cerita yg sangat memberi pengajaran yang penting kepada kita iaitu buatlah keputusan yang sebaik mungkin ataupun fikir masak-masak dahulu sebelum melakukan pilihan yang mempunyai risiko kepada kita kerana pilihan yang kita pilih itu ianya akan menentukan masa hadapan kita yang cerah ataupun sebaliknya. Ingat sepuluh kali ukur, sekali kerat.
Dalam novel Hulagu Khan tulisan Abdul Latip Talib, ada sebut yang semasa pembantaian tu, wanita tidak dibunuh sebaliknya dibawa pulang ke Mongolia untuk dijadikan isteri bagi org Mongol. Kemudian, ada hukum yg mengatakan bangsa Mongol hanya boleh dikalahkan bangsa Mongol sendiri, iaitu Tentera Mongol Islam seperti disebut dlm sejarah.
Golongan pemimpin sombong yg mencetuskan krisis besar itu namun golongan hamba lah yg menamatkannya. Sungguh jgn lah kita memandang remeh walau pd sesiapa pun.
Alhamdulillah. Dapat ilmu baru mlm ni. Seronok bila belajar sejarah ni. Harap Abg Haziq boleh kongsi lagi kisah2 sejarah yg ramai tak tahu / yg telah diubah.
Nusantara dengar cerita pun mampu tepis penaklukan Mongol terhadap empire majapahit di Borneo utara. Mongol senang kalah bila berlawan di tengah laut & pantai. Nusantara ketika tu masih kuat & kukuh dalam ilmu marine & naval warfare.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد" Rasulullah bersabda : "orang utama bagiku di hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat" semoga kita menjadi di antaranya… aamiin
pernah terbaca satu ulasan dri penyelidik barat, tapi tak ingat nama apa..katanya lebih kurang, kalau semua buku di baitulhikmah tu masih ada, manusia hari ini mungkin dah menjelajah antara galaksi..
Empayar Mamluk sememangnya empayar yang "underrated" atau dipandang remeh oleh orang kita zaman kini. Merekalah orang yang pertama menewaskan tentera Mongol di Ain Jalut. Mereka juga empayar Islam yang menghalau Kesatria Templar dari Al-Quds. Tetapi ada satu fakta yang tidak diketahui ramai iaitu mereka telah ditewaskan oleh saudara Islam sendiri iaitu Empayar Turki Uthmanyiah yang dianggap oleh orang-orang Melayu seolah-olah ia satu empayar yang suci.
Masa 300 tahun berlalu Mamluk mempertahankan Ummah Islam dari Monggol dan Knights Templar. Zaman berubah, musuh baru ummat Islam pada 1517 Empayar Portugis dan Sepanyol tidak sama seperti 1258. Musuh baru ini mempunyai senapang dan meriam serta kemampuan navigasi global dengan kapal2 mereka. Hanya empayar Uthmaniah mempunyai kekuatan untuk mempertahankan seluruh ummat Islam pada zaman tetsebut.
@@akuadalahsejarah.sejarahse1929 Siapa yang terpengaruh dengan ajaran Syiah? Kalau orang Mamluk itu Syiah kenapa dibiarkan orang2 ini menguasai Mesir di bawah jajahan Uthmaniyah? Kenapa Uthmaniyah tak letak orang Sunni menjadi pentadbir Mesir?
@@muzafarwan1307 Jadi dengan alasan "kekuatan untuk mempertahankan seluruh ummat Islam pada zaman tetsebut" mereka boleh menjarah Mesir dan Hijaz sesuka hati mereka?
Haziq lepas ni buat video bercerita pasal sejarah2 macam ni lar senang…best layan,nak baca sendiri malas,banyak dah youtuber storyteller kat malaysia ni,semua dapat sambutan,storyteller lain fokus kat cerita seram,jenayah dan misteri,channel ni fokus kat cerita2 sejarah,baik sejarah islam mahu pun sejarah dunia masa lalu
Subhanallah. Pengajaran yg amat mengesankan. Apabila kau anggap kau hebat, gagah dan perkasa, lalu kau takbur sombong, ingatlah; Allah lah yg Maha Perkasa, ingatlah sebelum Dia menghantar kepada kau peringatan yang berat.
Sebelum ni suka tgok ferry channel. Bahasa indo. Tp best sbb cerita pasal sejarah dan sirah2 nabi dalam bahasa yg mudah faham. Skrg ni baru jumpa yg malaysia punya. Teruskan usaha menyampaikan ilmu.
Di luar goyang di dalam goncang Bergema gendang monggol dah pulang Ke mana hilang perwira kita Penjaga kota Ke mana hilang panglima kita Pembela bangsa Di luar goyang di dalam goncang Belum berperang monggol dah menang Baghdad tercinta bagaikan bunga Pudar serinya Sinar tamadun bagaikan api Disiram hujan Tinggallah bara menanti percik Batu dilaga Tangan siapa tangan bertuah Tangan berjasa Dalam berjuta ia berjaya Hari dah siang mentari jelang Monggol dah pulang, monggol dah pulang Hari dah siang mentari jelang Monggol dah pulang, monggol dah pulang Namun panjiku masih setengah tiang Namun mimpiku masih terus terus terhalang Namun nangisku masih lagi lagi berkenaan Namun langkahku masih belum perlu terancang Masih terumbang...
MashaAllah tabarakallah , bantuan Allah tiba pada mereka yg taat dan melakukan keadilan.sungguh Allah maha adil menggilirkan kemenangan pada yg dikehendakiNya😢
menurut ape yg aq baca, wilayah ii Islam yg tinggal pd ketika itu cuma Mekah, Madinah dan bbrp wilayah kecil lain seperti Mesir....syukurlah Allah SWT menghantar Islam Mamalik bgi menyelamatkan agama-Nya....dan Islam kembali mengumpul kekuatan mereka di Turki melalui Uthmaniyyah selama 800 tahun
nabi yg kita sayangi memang larang keras bunuh utusan.. disitulah ksilapan kita bila rasa sombong dgn kuasa yg sbnrnye kita xhebat pon wlaupun ade tamadun paling maju pun.. Allah xkn tlg kaum yg sombong
Takleh nak cakap apa la bila pemerintah islam kita sendiri yg start dengan tindakan kejam . Benda boleh elak kalau tak dilayan mcm tu . last habis khazanah islam buku2 islam . tapi kalau tak silap time tu empire genghis khan dah nk runtuh sebab perpecahan lepas genghis khan mati . lepastu anak beranak genghis khan berebut . cuba bayangkan kalau anak beranak genghis khan tak berpecah belah mcm mana jadi ngan kita sekarang
Subhanallah, semua nikmat diambil dgn x dijangka dgn izin Allah. Pabila azab dtg, semua akan binasa x kira ulamak atau fasik. Moga² dijauhkan kita dgn sifat keangkuhan iaitu sifat dibenci Allah
Peristiwa sungai baghdad bertukar warna dua kali….pertama warna merah dan kemudian berrtukar hitam…kesilapan pemimpin2 islam yg leka dengan tanggubjawab dan tatacara akhlak sebenar islam menjadi punca…pengajaran bagi seluruh umat islam teruama sekarang sejarah berulang tapi kaedah yg lain
Ini adalah balasan utk Orang2 Islam yg kejam n takabbur sehingga Allah menghantar Bala yg sgt dasyat.. sepatutnya umat Islam lah yg patut tunjukkan akhlak plg mulia kpd non Muslim
Allah ada bagi peringatan kepada kita di dalam Al-Quran dalam 1. Surah Al-Hud, ayat 57. "Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan) dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu." - Al Quran 11:57 2. surah Al-Anbiya, ayat 11. "Dan berapa banyak (penduduk) negeri yang zalim yang telah Kami binasakan, dan Kami jadikan generasi yang lain setelah mereka itu (sebagai penggantinya)." - Al Quran 21:11 Semoga memberi pengajaran dan peringatan kepada kita semua.