Bagus Ustaz ajak orang ke masjid. Tapi apa sikap jemaah lama terhadap jemaah yang baru nak berjinak dengan masjid? Saya pernah berjalan di belakang seorang jemaah lama untuk masuk ke masjid. Seelok sahaja jemaah lama itu memasuki masjid terus dia tutup pintu sliding masjid, tanpa tunggu saya masuk dahulu. Rasanya, jemaah lama perlu diajar untuk memikat hati jemaah baru supaya kekal datang ke masjid. Penat ustaz berdakwah....