Assalammualaikum dan hai semua kepada anda yang setia menonton video saya.
Video kali ini saya akan kongsikan resepi Kek Coklat Oreo yang sangat mudah dengan menggunakan bahan utama iaitu Biskut Oreo Perisa Asli.
Jangan Lupa Like, Share & Subsribe dan Tekan Butang Loceng supaya tak terlepas video terbaru daripada saya ❤️
Bahan - Bahan Untuk Kek Coklat Oreo :
2 Peket Biskut Oreo Perisa Asli
250ml Susu Full Cream
1 Sudu Kecil Baking Powder
250ml bersamaan 1 sukatan cawan.
Cara - Cara :
Patahkan biskut dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar bersama susu full cream dan tambahkan pula baking powder.
Kukus air dahulu sehingga mendidih dan kukus kek dalam masa 40-45 minit.
Bahan Untuk Topping Coklat :
1/2 Cawan Coklat Beryl's
50 ml Susu Full Cream
*cawan oren adalah bersamaan 1/2 sukatan cawan
*50 ml bersamaan 1/4 sukatan cawan
Cairkan coklat dan susu di dalam bekas yang berisi air panas.
Letakkan topping coklat ke atas kek dan ratakan.
Hias dengan beberapa keping biskut oreo.
Selamat mencuba resepi ini.
Thanks for watching 💓
#kekcoklatoreo
#oreocake3ingredients
#oreomoistcake
10 окт 2024