Alhamdulillah , sekali lagi selesai trip memancing bersama jiran sebelah. Kali ini Mengai Warrior berkesempatan mencuba Kelong Pak Cik Azmi di Kg Telaga Nenas yang terletak di negeri Perak. Sungguh indah pemandangan di sana . Bagi kawan-kawan yang ingin cuba ,silakan. Tetapi buat sedikit persediaan untuk menghadapi serangan nyamuk ketika senja jika ingin bermalam. Keseluruhannya Mengai Warrior sangat berpuas hati dengan layanan,sikap ramah dan sikap murah hati pemiliknya iaitu Pak Cik Azmi. Udang disitu sangatlah murah dan besar-besar. Hasil pun menarik. Jika ada kesempatan, InsyaAllah Mengai Warrior akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Terima kasih semua. Nombor phone owner kelong ada disertakan dalam video review kelong. Sila tonton video tersebut. Rasanya dalam video ni pun ada. Sekian sahaja. Jumpa lagi.
4 сен 2022