Realize ni sebuah bahan kimia yang terdapat dalam manuskrip sejarah melayu lama. Kalau awak tengok filem Harry Potter blood prince. Blood tu kan darah, prince tu kan keturunan raja ape semua tu. Kan dalam filem tu ade botol² kaca tu, air warna ungu tu lah dipanggil agraban. Itu lah bahan kimia yang jadi chamber tuh...
Ada orang yang memang dia tahu banyak benda dan dia mampu menyelesaikan banyak masalah sebab dia sering mengkaji, menganalisa setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini... Tak salah dengar pandangan orang, Sekurus-kurusnya ikan, pasti ada dagingnya... Segemuk-gemuknya ikan pasti ada tulangnya... Ambik dagingnya, buang tulangnya... Ambik baiknya, buang buruknya... Tak ada manusia yang serba tahu kecuali prof. serba tahu! Tapi ada orang yang lebih tahu dari kita yang kita perlu dengar nasihat dan pandangannya...
Aq pon ade gak kwn camtu but when aq tahu satu benda yg dia xtau then die mcm tnye soalan yg aq xtau so tht die x nk aq nmpk lgi pandai aq pelik dgn org cmni serious xphm
Sepatutnya Siri dulu baru google sebab google tu bermaksud googol yang di salah eja . Googol ni nombor terbesar di dunia itu bermaksud google ni tau semua benda nampak kebijaksanaan aku
Tp mcm mna plak klau dia btul2 tau psal kbanyakan bnda yg org tak tau, dan pling sakit bila kita terangkn end org akn ckp 'acah2 tau plak' sakit ooo!! Sedangkn kita tgh kongsi ilmu,,hadehh. Trust me, kita akn jmpa jgak org jnis mcm ni, juz dont judge awal2, and dngar dlu ape yg dia cuba terang kn..
aku selalu kena mcm tu, sbb aku jenis amik tau@ study benda2 yg org tak peduli sgt tp sbnrnya penting, pastu bila cerita kt org lain diorang mcm malas nak dgr, takpelah lantak diorang lah diorang lah diorang yg rugi hahaha. Ada je yg kagum dgn aku sbb tau bnyk benda sampai kdg2 tu dia rasa down plak, alahai kesian nye dh kenapa hahaha, so aku pujuk balik ckp "takpe la benda tktau boleh belajar". Yg bodoh sombong taknak belajar taknak amik tahu ni pegi mati diorang la cemana nak hidup dlm dunia yg penuh pancaroba ni.
@@astrosorce seni menyampai...itu je rendahkan level penyampaian ke...lebihkan unsur humor ke ...tengok pada lawan cakap la...Kene buat observation sikit haha....papepun gudlak...have a nice day
Tapi masalahnye jenis2 " palatao " ni x pernah tau yang dorg ni palatao ...kadang sampai penat tadah telinga dengar cerita2 dari palatao ni..bile diorang citer something and kite confirm bnde tu salah and kite try tegur ...tapi dorg still x terima and keep on influence other ppl ..ugh!!
kann.. lagi2, kalau kite betulkan dia, pastu kite pulak yg disalahkan.. huhu.. pastu lepas dia dah tak tahu nak balas apa kat kite, boleh pulak bash personality kite.. cakap kite degil laa, tak humble laa sebab bajet tahu.. padahal dia yg salah.. ntah apa2 jer
Palatao , sy slalu dilabel palatao , sedangkan sifat ingin tahu sy tinggi untuk mengetahui tentang sesuatu , jadi ntk ilmu , logik thinking , dan info tu dijadikan sandaran terhadap sesuatu untuk kita menerangkan sesuatu secara berilmiah , tapi orang sering salah anggap benda ni , ibarat Yahudi dulu tuduh Rasulullah SAW palatao semua benda baginda tahu , sebab apa Baginda boleh tahu ? Gurunya siapa ? Jibril Alahissalam … jadi bagi kita yang selalu dilabel palatao ni tanya dulu dr mana kau dpt info ? Kalau dia pun xtau , tu baru betul acah tahu .. kalau dia betul mengkaji benda tu , tak kira lah self-taught atau dari pelajaran ? Ke palatao gak ? Sebab terma palatao tu salah satu hinaan ilmu terhadap orang yang mendalami sesuatu …
2:51 tu maksudnya, lagi banyak kita belajar, dia akan buka lebih banyak pintu pengetahuan which cabang baru untuk benda baru...sebab tu lagi banyak ko tahu, lagi banyak lah ko tak tahu :D
rasa mcm tak cukup penerangan diberi . mengikut defini palatao kamus dewan otak sendiri, orang yg palatao mempunyai skill utnuk mengabungkan fakta2 yang takde kene mengena dengan cerita yang diberi sehingga membolehkan orang lain percaya dengan hujah2 beliau kerana mampu memberikan penjelasan yang bagus.
PALATAO ni memang nampak isu remeh. Tapi senanya bagi kesan buruk pd cara kita berfikir dan pemahaman lagi2 kalau bab akidah woo yangtu jangan sesekali palatao. Silap langkah kau makin jauh dari Allah tau! Zaman sekarang ni, yang femes2 mmg palatao. Diorang kena ingat, femes/influencer bukan tiket untuk palatao tau!. KALAU SEKADAR BAGI PENDAPAT ITU PON KENA ADA ASASNYA YANG RELEVAN DALAM SATU BIDANG ITU. nasihat aku, rujuklah pada pakar2 kalau nak bagi satu kenyataan atau nak sebarkan informasi atau ilmu supaya kita TIDAK SESAT DAN MNYESATKAN MANUSIA
Bila aku berhadapan ngan orang mcm ni, aku selalu ckp kt diri sendiri "sabar sabar sabar, xpe kita tengok nanti sape yg betul". Pastu, bila orang tu salah kalau dia minta maaf sbb dah kutuk2 kita xpe jugak la. Ni x, diam je.. malu la tu.
Joe Ny palatou ni klau belah utara dh lama org pakai. Sy dri kcik lgi dh ckp bnda palatou. Palatou ni salah satu loghat utara. So mksd belah sna palatou ni “buat buat tahu” “acah tahu” “tak tahu tp memandai” so fkir la hehe
Aku suka topik ni, baru aku tahu ada research pasal ni, benda ni jadi kat diri aku sendiri, bila kita tak expert dalam satu benda tu, sikit knowledge je kita dah rasa kita kofnident, pdahal noob jugak, tapi bila kita start belajar bidang tu betul2 baru kita tahu benda tu tk senang
Yezza.. semakin banyak kita belajar.. semakin kita sedar betapa bodohnya kita.. semakin bnyk tempat kita jelajah.. semakin kita sedar betapa banyak tempat yg kita belum jelajahi..
Mcm kes aku time skolah dlu🤣... Mcm2 la org kata kat aku tau mcm2.. padahal aku ni suka membaca.. hobi aku pun bnyak aku buat.. benda ni bagi aku x pelik jika kita pelbagaikan pengetahuan sbb ilmu ni perlu dintuntut smpai mati
Kepada fandom² DBS ni, sila catat dan hadam apa yang diberitahu dalam video ni.. jangan palatao asyik² comment kat TikTok anime "can he/she/it beat Goku?" 😒 Rimas asyik² nampak comment macam tu
Jenis Palatau ni mmg kebanyakan kaki sembang tapi ada juga palatau yg memang betul dia kata based on research dia but bila sesuatu bnde kita smpaikan susah utk diterima oleh bdk bengap. Lpstu trus label org palatau pdhal dia pala apa pun takdak 😂
Aku ada kenal sorg ni.. Dia yakin giler, tapi kita tau dia ni salah.. Cuma xnak sakitkan hati dia.. Macam mana nak approach ye? Nak bgtau yg dia ni salah
Zul arifin cakap, kalau kita bodoh kita kena jadi kuat, kalau kita tak kuat terpaksalah kita kene jadi cerdik. Lebih baik diam daripada berkata kata, kerana bila kita berkata kata terselah lah kebodohan kita.
Best ckp ngn org cmni bila actually kita tahu dia cmtu.. Lg2 ckp dgn something yg kita expert seolah olah mereka membodohkan diri sndri. Tp xperlu lah debat atau aibkn dia. Iyekan jer 😅
Tapi ade je orang yg betul tau byk bende.. hidup 100 tahun kalau tiap2 hari buat bende sama pun xguna gak.. ade je orang hidup xlama pun tapi tapi die rajin explore,blajar dan etc..xbleh nak judge jugak..
ape yang aku faham...dunning kruger effect ni bukan bende yang tak baik...tapi dia macam nature...semua orang akan lalui...nak elak? mane boleh...semua yang belajar akan lalui....yang mebezakan hanyalah cara dia react..siapa yang cakap banyak awal2 tu bila dah belajar banyak, mungkin dia akan berhati2 dengan apa yang dia cakap...
Tapi kan ironinya channel ni la yg banyak palatou haha. Kadang2 bnyak factual errors, buat review tv/ movie tp bg spoilers, cakap based on assumptions sje, ambik isi cedok org lain punya , syok sendiri, dll. Tapi bila speakers tu yg dtg dr bidang dia barulah terbaik 👍👍👍. Aku harap ml studio lebih selektif , biarlah org yg dr bidang dia bercakap. Mmg lah buat disclaimer kat hujung tu tp benda ni boleh misleading.
Bila kita sembang sesuatu bab, akan ada member yg adik beradik dia, sepupu sepapat, atau member dia akan kena mengena juga bab tu, contoh sembang ikan, pak saudara dia nelayan, sembang bola, abang dia pemain bola, sembang masalah umat, kawan dia ustaz, sembang pasal ml studio, sepupu dia speaker ml studio, jadi dia ada hujah dan dalil yg kuat untuk menguasai bidang palatao sebab kau sembang lah bab ape pon mesti dia ada cerita punya.. X pernah sekali dia kata.. Ishhh, aq x tahu la benda/perkara ni..🤔..
coach2 bisnes. xpernah ada bisnes, tapi dok coach orang macam mana nk berjaya dalam bisnes. method sama je. asal start berniaga je, "ramai yg bertanyakan kepada saya, macam mana saya...."
Aku ade kawan yang palatao,sume bende nak dia je cakap..smpi cg terang kat depan pon,dia potong2...ade sesetengah perkara yang kawan lain lagi tau,tupon dia sibuk.
Aku rasa plato yang start bende ni dulu sebab dia cakap i know nothing then banyak pulak yang mengaku dah kubaca buku yang menyatakan kalau dia tu jati dri kata dia,dia takyah ngaku sbab dia dah tahu dia tahu.
Aku ada kenai sorang kak ni jenis palatao jgk. Kalau betui x pa la aku terima walaupun annoying jgk sikit2 nk sampuk org ckp. Then satu hari ni dia kata jgn pi conteng muka org tgh tidoq nnt roh nak cari balik x jumpa. Aku mampu gelak ja la lam hati.
Kalau mcm aku pulak jenis kalau org sembang tinggi, aku diam je. Walaupon aku tau ade info yg salah, tapi x konfiden nk bitau sbb dia sembang mcm betul je, yakin je. Aku pulak yg was2 dgn ilmu aku.
Berkemungkinan orang yg palatau tu tahu apa yg kau tak tahu .atau orang yg tak tahu ego tinggi Everest ,atau palatau mmg tak tahu atau orang yg tak tahu tu mmg tak tahu apa .atau orang tu memang jahil .apa pon yg orang ckp dgr diam je ,ambik yg jernih buang yg keruh ,ego tu kasi rendah .tak bnyk ckp pon tkpe .bykn mendengar.
kalau PALATAO ni mengeluarkan fakta yg tepat, aku tak ada msalah.. tp jenis PALATAO yg nk menang atau "always right" yg bermasalah.. mau2 pulak jenis yg keluar fakta ntah hapa2.. hmm..