Nabi SAW xreti membaca, xtau mengeja, apatah lagi ada spm-diploma-degree & sebagainya. Tapi Allah muliakan Baginda SAW dgn ISLAM, ajak semua manusia kat dunia masuk Islam (kembali pada Allah), kita tahu banyak cabaran, ujian, dan dugaan yg Nabi SAW & Para Sahabat tempuhi namun Allah merahmati mereka, meredhai mereka, dan membantu mereka dalam perjuangan agama. The point is, xde skolah ke, ade skolah ke, pandai ke, x pandai ke, kaya ke, miskin ke, itu semua perkara no 2, perkara paling utama ialah Iman & Taqwa. Utamakan dua ni InsyaAllah berjaya dunia akhirat. Allah sayang.
Protection of the deen/agama tu mmg utama. Tp yg kedua adalah protection of life. Ilmu tu penting untuk survive. Mcm mana nak survive and terus hidup kalau kita malas nak cari rezeki/kerja. Nk beramal pun kena ada duit. So kena hadap reality dunia ni susah and ini semua ujian drpd Allah. Kena cari ilmu untuk hidup dan beramal.
just to share pngalaman aku.lepas degree aku masuk satu collage ni yg khas utk skill dlm couse yg aku ambik time degree..sbb dlm kepala aku,aku akn ada extra point klu aku ada skill + knowledge utk minta kerja..pergi IV dekat215 tempat,still bgi harapan palsu,ada satu company ni,dah confirm dgn aku nk iv hari tu.aku dah call bnyak kali double confirm..tup2 bila dah smpai,staff cuti..time tu rasa patah hati ya amat.knp bnda mcm ni boleh jadi??menagis dlm grab sbb rasa diperbodohkn hidup2,lepas kejadian tu..aku betul2 serah segalanya dkt Allah..aku dah usaha mcm2,aku rasa aku give up pda masa yg betul..lepas ja haritu,aku cari kerja biasa2 yg mungkin x dak kaitan dgn degree aku..alhamdulillah,,dah masuk 4 bulan aku kerja..setiap pagi aku rasa x sabar msuk kerja..aku tenang.aku sedar,apa pon yg aku usahakn,jgn lupa DIA pemilik segalanya
Aku kelulusan diploma ja. Sampai sekarang aku kerja sapu sampah. Mampus kau lah nk hina. Janji kerja halal. Restu mak ayah tu penting. Aku kerja hina ni pun mintak restu mak ayah. Alhamdulillah walaupun gaji kecil. Boleh lg hulur utk mak ayah. Restu tu penting. Muhasabah diri jgn lupa.
tu bkn kerja hina bro , tu krja yg sngt mulia jnji iklas . klu abg mati time sdg kutip smpah xmusthil dpt nikmt syurga sbb dh mnjga krbersihn yg mnjdi antara amalan utama dlm islam :)
Lepas grad, saya pernah kerja dekat tengah tapak pelupusan sampah, kutip sampah, sampai kene kutuk dengan kawan2. Pernah kerja dekat stor jusco, pernah kerja caddy kelab golf sampai sunburn teruk, pernah kerja duduk dalam kampung orang asli yg ceruk 6 jam dari jalan utama, tolong kawan jual nasik tepi jalan, jaga kedai dekat uptown. Jauh perjalanan nak sampai tahap eksekutif macam sekarang. Yg penting usaha dan bersyukur. Kalau pandang orang yang lagi senang dari kita, sampai bila pun kita tak akan puas. Sesusah mana pun kita, ada yg lagi susah dari kita.
@@azmanaddnan8393 tak hebat pun. Member² yang hebat lepas grad terus kerja pangkat² besar dekat tnb, petronas, company oil & gas, samsung, air asia, ada yg PTD, ada ramai yang bukak company sendiri berjaya terus. Orang ramai tak percaya dulu sekolah asrama penuh, result SPM ok, ada diploma, degree, tapi jalan orang tak sama. Ada yang mudah, ada yang berliku² 🤦♂️
Nasihat utk graduan baru. Tahan je telinga bila org ckap yg graduan memilih krja, nk demand gaji tinggi, x de attitude bagus dan macam2 lagi la. Yg penting kta jangan sesekali jadi macam apa yg diaorg cakap tu. Buktikan yg kta bukan dalam golongan yg mcam tu. Yg pasti grab je apa peluang yg ada walaupun lari bidang dan bukan passion kta. Mungkin dgn cara ni kta dpat kumpul skill dan tambahkan pengalaman kerja. Tak salah pun klau graduan memilih kerja dalam erti kata untuk bekerja dalam bidang yg kta belajar, tpi masa sekaranf x menuntut kta untuk buat mcam tu. Jadi solusinya jangan putus asa untuk kejar impian. kuatkan mental n fizikal dan sentiasa positif, baiki attitude dan tambahkan pengalaman. 😊
Aku smpai skarang masih xkerja. duit pom xde, ape pom xde..xmcm anak org lain brjaya tnggi² kerja besar² dpat balas jasa ibu bapa, dpat hulur duit untuk mak ayh.. dpat buat mak ayah bangga.. bersyukur lah sbab stiap orng ad jalan dan rezeki nya..doa baik²
usaha jer boss, sampai dapat, then doa banyak2 dengan allah..solat please jangan sekali tinggal.... sedekah banyak2 ...kalau xde duit at least sedekah tenaga inshaallah... kite kejar akhirat, dunia automatik kejar kite... nabi jamin xkn rugi orang buat baik orang sedekah... aku pun menganggur jugak... sedih memang sedih..kecewa memang kecewa .. tapi pecaye la at last ade sinar jugak nanti...
Hmm tak jugak, malaysia ni negara skills rendah, industri memang nak pakai orang yang ada skill rendah, industri tak berkembang. Rakyat malaysia yg ada kelayakan ni kalau kt overseas senang je dapat kerja dalam bidang yg diaorang belajar. Abang saya engineer 3 tahung menganggur, beratus hantar resume tak dapat. Hantar 15 resume dekat singapore tak sampai sebulan dapat 7 call untuk interview dan akhirnya dapat kerja.
Hahaha boleh tmbah kot sbb susah dpt kerja sbb biasa yg diterima kerja kaum kerabat diorang je. Biasa iklan job kosong tu hanya wayang untuk diorang follow the step in taking new employee.. Padahal dh standby org yg nk fill that job. Always like that. Cabel kuat.
budaya kerja di company harus bersifat tunjuk ajar, graduan mmg or sesiapa shj yg nak minta kerja mmg la kurang pandai nak nak dlm Malaysia ni. Mungkin orang2 dlm syarikat lebih suka menilai dan meghukum dari memberi tunjuk ajar.
Satu jer sebenarnya masalah sebenar yang berlaku kat Malaysia ni.. Jumlah kekosongan jawatan yg bersesuaian agak kurang dibandingkan dgn para lepasan sijil kemahiran/diploma/degree/master.. Yang Paling ketara budak degree.. Contohnya mcm kekosongan jawatan 50 ribu tp para lepasan ijazah 100 ribu.. Pastu lg 50 ribu tu keje xikut jurusan.. @ keje operator jer, restoran, 7e, dll.. Klu duk sembang bab etika pasal punca graduan menganggur tu nampak mcm kurang tepat.. Sbb mmg ramai graduan kita yg keje dibawah paras gaji yg diorang sepatutnya dpt.. Pesan aku kepada yg dpt keje tu silalah keje dgn serius, bg yg blom dpt keje tu rajin2 la berdoa n berusaha.. InshaAllah satu masa akan dpt juga.. Pedulikan kata2 org yg tidak merasa pahit manis mencari kerja..hanya disebabkan rezeki dia cepat.. Rezeki berbeza dengan setiap org.. Bersabarlah kawan..
Saya perasan, bila sembang pasal isu graduan tak dapat kerja, semua salah graduan. Sedangkan company2 tu pon ada je problem, contohnya pada isu ni, HR department. Kalau tak admit ada problem, memang sampai bila la problem pada mereka tak berubah. Tak dinafikan juga masalah pada graduan, tapi kena tengok juga masalah pada HR.
Untuk "freshie" yang masih menganggur, saranan aku, buat "mesin atm" anda sendiri dengan berniaga..tak haram pon kalau kita tak guna certificate degree atau diploma kita untuk kerja makan gaji..create your own path life and dont mess up your future...insha Allah banyak pintu rezeki lain yang akan terbuka
ridzuan azhari setahun lbh saya niaga x tpi still di tegah Oleg family now Tgh cari keje walaupon keje kedai sekali pon xpelaa asalkan ada keje and x pernah mintak org duit
Dulu aku pergi belajar ambil aircond. Lepastu kerja jadi kelindan untuk syarikat kurier. Masa tgh kerja dpt tahu yg ada program MyLesen GDL. Alhamdulillah sekarang skill dah bertambah lagi satu dan dah peroleh lesen E Full dan skill bawa treler. Kita merancang,tetapi Allah pun menrancang untuk kita.
Tips korang fresh graduate memudahkan dpt kerja 1.pandai mandarin 2.on time be punctual 3.jgn memilih kerja jgn merungut 4.ad kenderaan dan lesen sndri 5.ada sijil Kemahiran abm,iso ke naoish Last #Kene tawakal kepada pemberi rezeki
tq bos for the tips, offically graduate di zaman covid dah 2 minggu dah huhu....apply keje stkt ni dah 30, 3 dah di reject tak sesuai katanya, kalau boleh tak nak la anggur lama sangat..duit saving makin kurang..doakan sy ye boss..
Aku diploma.duduk kampung.minta kerja kat bandar tapi fikir banyak kali sebab financial cost of living...mungkin org akan pertikai kenapa kisah sgt cost of living?pengalaman tu penting...stand on my shoes k,baru u tau...course yg aku ambil ni semua nak "ada kenderaan"which mean aku kena buat loan kereta utk dpt kereta....course aku ambil ni kerja kebanyakkan kat bandar,so sewa rumah pun sukar nak katakan...bandarkan..parent aku tak sihat...jadi aku buat keputusan kerja sambil jaga parent aku and nak x nak aku kena juga stay kampung...pergi interview sana sini tapi still senyap je company2 nih...apa yg kita rancang belum tentu jadi milik kita,but perancangan Tuhan itu ada hikmahnya...yang penting usaha☺️so aku berbisnes sambil mohon kerja sana sini...klu plan A(makan gaji) x dapat or senyap je,at least aku dah ada plan B(bisnes) utk backup...jgn putus asa ya...semoga rezeki kita diluaskan oleh Allah...don't lose hope guys💪 Ha lagi satu...jgn pernah salahkan keadaan...yg mudah diubah itu diri kita...keadaan sekeliling akan follow kita bila kita yg ubah diri kita dulu...
aku sambung blja then amik engineering. lepas graduate dpt pulak supervisor kt company perabot *cnc department * yg penting english kne reti cakaplah. terabur janji confident ad. diorng suke
Feel lil bit offended psl take things for granted. Ada je yg take things for granted. Ada degree ada master, cuba sebaik mgkn dh apply formal email, website, hntr by hand tp still tak diberi peluang pun. Mgkn sbb terlalu byk graduan dlm malaysia ni tp sbnrnya ada juga company yg nk kurangkan kos training so tknk amik fresh grad.
nak kerja.. tapi tak dapat restu.. nak kerja.. memilih.. nak kerja.. nak sedap sahaja.. nak kerja nak masyuk sahaja.. nak kerja tapi etika tak ada.. nak kerja.. pengalaman tak ada.. dll..
Employer aku amik aku keja sbb dia kata,aku berani spoke english even english aku terabur,then dia cakap dia suka aku bbrni speaking even terabur and aku positif
Bagi ak, fresh graduate ni perlu cari kerja tanpa mengira gaji pd 2 tahun pertama kerjanya tu, dan jgn berkira sgt. Kemudian bru apply pd company yg kau nak, cari gaji yg kau nak, tempat yg kau nak. Kau boleh apply dgn 2 tahun pengalaman kau bekerja tu. Baru company tu akan pandang kau sbgai org yg layak. Bukan budak fresh grad yg kosong ja.
Saya setuju, graduan sekarang sangat memilih! Attitude fail! Yes tak semua but most of all macam tu. Aku dulu xsempat tanam anggur, ada part-time mintak, ada kursus pergi, Alhamdulillah sekarang dah dapat kerja tetap.Rezeki ada dimana-mana, cuma kena pandai cari dan usaha. Jangan asyik salahkan orang lain, salahkan majikan, tapi kalau diri sendiri xready untuk berubah, jangan mimpi nak dapat kerja kat mana2.
Ye sy stuju dgn awk..ade diantr fresh yg memilih terutama bab gaji.. Nk gaji 2k keats tp pengalaman xde byk mn. Org ckp nk seribu daya xnk sribu dalih.ape kate buat part time keje sementara dpt keje tetap..klau yg mnt bisness cba la cari modal ..ni kate xde modal.. Skrg org kte byk dgn alasan..sbb tu negara kte byk pekerja asing. Huhu
@@amirahsham24 kalaulah org lain boleh paham. Setengah dari kami xdk duit. Mungkin ada yg org susah. Tapi tak memilih pun krja. Sbb takdak choice. Keja ja asalkan dapat duit. Ada yg keja food panda. Ada yg keja promoter. Ada yg kerja sapu sampah. Then. Kenapa ckp memilih kerja? Sdgkan kita dalam hidup pun nak cuba someting new. Ikut dari kita punya education. Even ada diploma atau apa2 sijil. Saya bkn nak cakap banyak. Tapi saya terkilan sikit. Sbb dulu saya interview 2 kali kat company yg sama. Saya try hard. Buat preparation untuk interview. Sbb saya ambik kos graphic design. First interview saya pi. I try my best. Prepare smua sbb harap depa nampak usaha fresh graduate macam saya ni. Dan lg satu. Saya nak dapatkan pengalaman jugak. Saya nak mencuba. Depa cakap akan kol balik. Tapi 9 bulan camtu kol balik suruh iv lg kali kedua. Saya ingatkan panggil terus masuk kerja 😂 Sbb saya tgh syok keja promoter smbil apply keja lain lagi banyak2. Ingatkan company tu tak panggil dah. 😂 Macam biasa ikutkan jala lah company tu even pelik sbb dh buat iv dh sebelum tu. Buat preparation lagi sbb kalini nak tarik perhatian depa betoi2. At last depa tak kol smpai skrg. Saya dh buat yg terbaik dah. Tapi mungkin xdk rezeki lagi. Tapi tulah. Harapan dia bagi sakit gila 😂 bukan memilih. Tapi takdak peluang tu. Kami okey ja nak keja apa2 pun. Tapi kalau ada diploma atau sijil ka. Apa salahnya kan? Mencuba nasib kerja di tempat yg based kita punya course. Tambah banyak pengalaman. Tapi tulah. Peluang takdak. Mungkin takdak rezeki lagi. 😊
Masalah utama adalah sbb graduan malyu takfluent english,aku kja,,cina tmpat aku tingkatan 3 je,jd gen.manager,tp english dia tayah cakap la..fluent mcm aor
Secara am nya..sijil akedemik diploma or degree or master,very applicable untuk kja govt,tpi nak dpt tu mmg susah..sdgkan nisbah kekosongan dan calon interview pun1:200 kalau tak silap..so mcmna nak compete kalau budak baru grad then compete dgn kakak abg yg dah 5@6 tahun bkerja dan sama kelayakan...mmg smua tu depend on rezeki tpi kalau terlalu memilih kerja pun skg ni payah oh..tpi pkck mkck masih sedap ckp,amek dgree lah supaya mudah jadi pegawai??mudah mende nyer kalau dpt job pun payah...diorang saja nak tgok family diorang smua kja bgus2x,,,apa lah salahnya kerja yg tak popular tpi halal dan suci..??
2 thn kemudian .....malaysia masih lg teruk psl graduan ramai yg menganggur ..kelantan pls tlg bykkan keje ..kesian kami anak2 muda terpaksa merantau cari keje kat kl dan johor last2 terkena culture shock huhu padan muka
Nora, awak kelantan duduk kat area mana? Saya x nafikan kat klatei loni memei susoh cari kijo. Saya pun bnyak doh mitok kerja scr walk in dan scr email tapi semua x respon dan kata x dop kosong.
Mungkin ade sesetengah graduan begitu..tapi setakat saya jumpa kawan2 saya..alhamdulillah xde cmtu..selekeh mane pn n xpunctual kami mase belajar..ramai dah berubah..learns to adapt
ikut course lah kot.. kalau hard skills technical/engineering memang susah, dan ini yang kebanyakkan institusi supply nowadays. Industri pun tenat sekarang ni, market kerja pun banyak level operator saja tu pun monopoli oleh forener atas sebab labor cost. Kalau bidang soft skill sembang air liur, rasa2 takda payah mana lah.
Persoalannya.. kenapa mostly 90% mahasiswa/siswi terlalu bergantung kepada " mencari kerja " instead of create jobs ? Mereka dalam kepala semua fikir " lepas grad nk kerja.. lepas grad nak kerja " .. sebab tu la demand on jobs semakin tinggi tapi tak ramai yang fikir untuk creates jobs..
Sy masih tahun 3 Chemical Engineering (sepenuh masa) tapi alhamdulillah dah ada 2 staff untuk handle bisnes yg sy start masa first year dulu.. Atleast boleh la membantu utk kurangkan masalah "tanam anggur" dalam malaysia ..Seharusnya graduan perlu fikir utk creates job bukan semua benda nak disuap.. Jangan menipu cakap korang busy study , assignment belambak .. Hujung minggu tengok wayang boleh ? Dating ape citer ? Balik kelas layan drama korea boleh ? . Masalah fresh grad xdapat kerja sbnarnya berbalik kpd sikap mahasiswa sendiri.. Dah tau fenomena skrng grad xde kerja, yang sebok buat benda xberfaedah masa blajar dlu knpa ? Lepas tu complain xde kerja.. Mohon berfikir secara terbuka sikit .. Harap2 korang terbakor la membaca yerr..
setuju..kita dibentuk oleh parent kita..mostly la..untuk masuk U dan cari kerja! which is in their era is true..but not in ours..ak nk buat video reply la dekat ML studio untuk bg point ..sebabnya kita xbole nak salahkan 100% pd mahasiswa/wi semata sebab yang menanam ideologi masuk U untuk dapat kerja bukannya mereka..
" Pergi universiti,.. belajar rajin2.. capai pointer 4.0,.. dapat first class degree,..nanti keluar senang dapat kerja " .~Bisik mak kpd anaknya.. . Tup tup keluar xde kerja.. Salah siapa ? Sedarlah hahaahaa..
Ada company yg take advantage atas pkerja sebab diorg tau people nowadays desperate nk kerja.. sampai hmpir stiap bulan tukar pekerja sbb layanan drpd majikan yg teruk.. ia bertambah teruk bila majikan tu tau pkerja tu sendiri terdesak mmerlukan pekerjaan..
cakap dari pengalaman awak je tak boleh la.. seorang je yang awak rasa tak beretika tu terlalu kecil dari jumlah 250 ribu yang awak sebut.. boleh jadi la 10 peratus lagi perangai macam tu. sebenarnya memang peluang kerja terlalu kecil berbanding jumlah orang yang habis belajar dan mencari kerja.. 40 orang datang interview.. kekosongan jawatan ada dua je.. walhal 50% memenuhi syarat.. 38 baki terpaksa balik.. jadi awak nak kata 38 ni kerana kurang memenuhi syarat?
Dlm satu company ada hr... Role hr lak salah satunya conduct training... Company boleh ja amik fresh graduate dan provide training... Guide depa utk improve skill dan performance... Tpi bnyk company takmau buat.. Nak skill... Pastu graduan kerja fast food.. Point jobless ni sbb kerja tak banyak sbb tempoh pencen tu lambat sngt... Boleh extend lak... Mereput la yg lain
btul tuh. Dorang nak cut costing yg ade sbb tuh xmau training tp nak yg specialist. Ingat kami ni doktor ke?....nme pun dh fresh grad mcm mne nak dptkn pengalaman 2-3 tahun?....patut syarikat tuh yg train kn supaya jd lg hebat.....aku rse bukan graduan yg memilih tp majikan yg memilih. Nak yg msuk semua dh arif semua bnde. Ingat kitorang ni perfect sngt ke?....wtf
Xda kerja "dalam bidang" yg dia belajar, and rata2 nk yg berpengalaman dan have softskill yg baguih. Kerja banyak tp kerja jaga 7e, stesen minyak, shopping mall, direct selling etc. Talk about 7e alkisah abg aq pigi interview, yg mintak kerja semua ad degree like wth, kesian. Last2 cari duit berniaga kecik2. Belajar tinggi2 last2 xpakai. Sikalang manyak susah o, lagi2 yg masuk uni suwaseta, puluh2 riban masuk uni habis uni kilija 7keturunan Belum tnntu hbs hutang. So motto universities kene ikut style UniKL, melahirkan usahawan yg berjaya. Hehe. Graduate terus jd boss
Aku rasa lah sebab sistem pendidikan tu sendiri , university tu sendiri cipta kos yg peluang kerja yang memang susah nk dpt kerja,nak ptptn pelajar je,pihak pendidikan perlu salurkan pelajar2 tu ke tempat yg perlukan tenaga kerja,bukan letak posisi imigran sebagai tenaga kerja
Aku g slim x dpt lgsg pggilan..kawan aku dpt..tp boss dia main2..lps bebulan kerja...boss pecat cmtu je..then boss tu kebetulan ambik kwn aku lg sorg..pun kne gak pecat ttba tnp sebab yg logik..xbyr gaji pula tu..kwn aku tu gila pndai gila design..creative la org nya..sblm kerja kt situ pun tmpt kerja dia wellknown company..top company..
klo ada paperwork atau agreement, boleh rujuk kat situ. Klo ada coverage untuk hak sebagai pekerja. Boleh buat aduan dekat pejabat buruh. InsyaAllah akan diperlanjutkan siasatan, Ada kawan aku siap dpt pampasan lg.
Sepatutnya mana-mana syarikat wajib memberikan latihan terhadap bakal graduan sepertimana yang diamalkan di negara Jepun. Tak perlu meletakkan pengalaman kerja pada tempoh tertentu.
Bioasanya syarikat besar je mampu buat tu. Yg kecik mmg tak mau amek risiko l;agi satu jepun punya work culture ni mmg toxic sikit so diorang pentingkan kesetiaan dari skill semata2
Aq lepasan sijil, dlu msa intern tamat... boss mohon kitaorang part time kt tmpt keje dia tpi kami tolak sbb mmg tk bleh nk move on dh business dia, skrng bila cri keje mmg payah nk dpt psal diorng cri yg dh ada pengalaman... so agak regret laa skit, btul dh ckp abg nie... klau dh abis intern apa salahnya smbung skit, brapa bulan pun dh ckp asalkn ada experience... so snang laa skit nk dpt keje... aq lpas tmt sijil, mak sruh cri keje dlm kawasan daerah je... mmg susahlaa sbb umur 21, tk prnah keje dlu trus smbung... so jdilaa aq NEET hmpir dua tahun dn alhamdulillah dpt keje sbagai pemotong ayam kat kedai runcit... tpi bahang dia keje mcm kuli laa, tkde cuti/weekend... straight everyday 12hours work... tpi sabar je laa buat masa skrang, pstikn ada pengalaman psal tuu pnting... insya Allah lpas tamat pandemik nie bru aq smbung diploma, nnti dh ada duit simpanan snang skit bila blajar... bak kata org dulu, susah2 dahulu... senang2 kemudian...
Masalah aku, majikan tolak permohanan aku sebab masalah kesihatan. Kalau aku tipu cakap tak ada masalah kesihatan, senang je dapat kerja, aku kena tanggung semua masalah kesihatan aku. Bila aku resign kerja kilang tu, depa cakap apa, aku memilih kerja. Bagus berikan tepukan gemuruh.
Terima kasih Tuan. Cadangan saya dan tambah baik lagi. Adaptasi strategi pekerja asing. Bersedia untuk kerja di luar negara "matawang besar" supaya gaji jadi besar, lumayan dan cukup. Jika boleh, ada inisiatif, Sekolah Persiapan Ke Luar Negara oleh pihak Swasta, dll lagi. Mohon mencadangkan. 13/8/24
Sesiapa boleh terangkan kat aku, kalau kita pergi belajar kat universiti, keluar tak dapat kerja, so apa point nya kita pergi belajar universiti? Mungkin kita kena revise balik courses yang tak relevan dengan market kerja yang ada?
Baik kita suruh budak-budak yang baru habis sekolah nanti ni pergi ambil sijil kemahiran, sebagai 'memenuhi' kehendak majikan, daripada belajar bertahun ambil courses yang majikan tak pandang, lepas tu baru nak 'catch up' balik ambil sijil kemahiran, kan?
Aku ada jumpe satu pompuan ni kat mall.dia ambik kursus pendidikan awal kanak2.dia kata family dia x sokong ambik kursus tu.siap tanye kenapa x ambil engineering?aku kata kat dia kursus tu bagus.lepas grad x payah menganggur.sebab ramai org cari pengasuh.nanti lame2 boleh buka taska.
Saya skg lepas vto di ciast shah dan lepas diploma di ipts, skg masih cari pekerjaan,,bila pegi memohon dkt kolej kemahiran tdk mengikut standrd jpk tvet sebb xda skm..bila Calon yg dah ada skm nk mohon kerja jd pengajar xboleh kena langsarkan hutang ptpk..
Btul..sya pun masih tertanya kenapa kita perlukannya utk mnyambung masa depan kita sendiri.. Meskipun kerja ni ttap ibadat, dan sebaliknya kita bekerja niat, utk cari rezeki, dan buat yg trbaik utk keluarga, semuanya ttap sama..Dengan sistem zaman skrg dh maju dan pelik..tp zaman skrg ni, ramai org bila dh ada pangkat yg posisi diberi pada majikan, mereka dh menyalahgunakan utk kepentingan peribadi depa..dan lepas tu pecat org mcm anjing terbiar..dilupakan, ditinggalkan, dan dipergunakan..itu yg jadi mcm skrg tau.. Susah nk percaya dgn jawapan dlm minda ni..itu yg mengganggu fikiran saya skrg..lgi² prkara yg kita buat dari mata diorang, kita selalu gagal..ada jawapan tak utk saya trus ubahnya..dan ada hala tuju..dan masa depan lebih baik..itu saja..
Nur Husnina Mohd Razel yeke.. alhamdulillah sy dpt n masuk bulan January aritu smpi skrg. Xpasti, sbb pilihan dri majikan tu sendri. Setiap company die ade kouta. Mcm 1 skli masuk 30 org. Mgkin sbb ramai yg apply xdpt kot. SL1M - SSM 😉
Baik kerajaan kurangkan kuota pengambilan pelajar uni dan hentikan penambahan baru uni/kolej swasta dan hapuskanlah kos2 yang tidak ada demand untuk bekerja... Nak buat macam mana? Dari kecik kena brainwash studylah tinggi2 itujer cara untuk berjaya... Lepas habis? Hutang jer berlambak.. baik kerajaan latih semula guru2 dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan career lumayan dalam bidang skills...
Macam mana nak apply untuk internship? Aku pening sikit part ni. Sekarang ni pun tengah menganggur jugak ni. SL1M open kemasukan bulan Oktober nanti. SPA8 dah diisi. Job offer daripada kementerian yang ada pun dah diisi. Swasta pun dah try mintak tapi belum ada panggilan/emel lagi.
Pergi... Even now sy sambung belajar lagi post grad... Skill dengan theory ada diajar dalam setiap subjek... Seimbang dah, semua clasmate saya dapat kerja lepas grad... Unless awk nak bezakan antara tingkatan 6 dengan politiknik, nampak logiknya lagi... Tapi universiti, especially degree dah seimbang dah subjek dalmnya antara teori dengan praktikal...
Nak tanya part tambah intern. Boleh ea? For example sekarang sy tengah intern utk tempoh 4 bulan then abes intern sy boleh request kat syarikat ni utk sambung tempoh tu supaya dpt leak dlm resume sy as pengalaman kerja?
Habis dah cari still tak ade tempati Mase pernapilan kemas ape semua still tak susah nk dpt ???? Aku redha mungkin hanya mampu berdoa dan usaha tawakil
Aku 21 kali IV sbb HR ni bodoh sgt ak nk gelak je.... Tp alhamdulilah ak buat business ak sendiri Pusat Tuisyen ak utk didik anak anak bangsa Malaysia... Ak mmg dendam semua dgn semua company dlm Malaysia.... Sbb HR bodih je semua kelulusan diorg pun dr Diploma dan degree tp tu la... Hahaahahhaaha tmak bersyukur pd ilahi walaupun pengalaman 21 Ak IV bnyk ak menilai perangai HR khususnya melayu je lah ak nk fokus, sbb kerek, ad professional ad x professional ad buat2 muka bengis ala korg pun kerja balaci je sedih.. Tu je ak nk info ak IV pernah 2 jam ak sorg sbb takut nk ambil ak dgn kelayakan ak yg tiggi ni.... Ye la kan bila ambil ak semua dia assume ak akan pijak kepala diorg!
Salam bro nik. Harap boleh bagi tips apa perlu intern buat selepas berinternship hehe. Means apa langkah yg terbaik perlu student buat sementara menunggu mendapat pekerjaan yg tetap dan lebih jamin.
assalamulaikum, saya boleh bercakap bahasa mandarin dalam 7/10. ada trlihat skop kerja berkenaan mandarin speaker L1, jadi saya nak bertanya, kerja apakah itu. ?
kerajaan british menubhkan majlis kerja dan majlis perwakilan akta majlis india 1861 menambahkan anggota majlis kerja pada peringkat awal, orang india x diberi peluang untuk menjadi perwakilan dlm kerajaan