aku pernah maen mancis cap lada dgn man rani smpai habis sekotak hahaha banyak nyamuk katenye yela bkg stage kebun getah huhuhu kusah dolu2 zaman gemilangnye band rock beraksi difun fair ..xkire la diceruk mana pn funfair on band rock pasti muncul.. stkat kene kapoor ngn penganjur tu kire cam iklan jer.. yg penting show must go on..
the legend bro othman rani a.k.a man rani..last aku nampak bro man kat studio syj tahun 2005 tak silap..masa tu group aku nak jamming kat studio syj..lepas tu dah x jumpa lgsung..lagu syurga di hujung jarum tu mmg dia buat utk diri dia..kisah perjalanan hidup dia..walau apapun yg terjadi pada dia dan walau seburuk mana pun perjalanan hidup dia bagi aku dia tetap legend. org ipoh kalo tak kenai syj sofea ni mmg bkn rock lah..al fatihah buat arwah pak syed..seorang yg byk bertungkus lumus membentuk kumpulan syj ni..org yg byk guide kumpulan ni ke serata tanah air serta sabah serawak buat show..syj the legend 💪🤘
Man rani ni berbakat besar..sora pun sedap..klu dia buat band sendiri pun boleh pergi..man rani band..dia bass dan vokal..pangil lg sorang vokalis undangan
Somoga semua yg mendegar diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas di dunia dan akhirat amin... Lagu yang mendalam maksudnya..salam rakan baru...
Aku minat Man Rani dari sek rendah lagi,kini aku sudah bergelar sorang ibu n kembali sendiri..Masih meminati dia lagi..semoga suatu hari nanti aku dapat bertemu legend ini .Man Rani..
tahun 88-89 adalah kemuncak popularnya man Rani.. masa tu siapa yang tak kenal Man Rani Sofea.. Ada awek sampai histeria tengok dia perform atas stage.. surat berguni2 sampai ofis warnada..yg tukang reply wa..buka sampul surat, berdebu je bedak wangi.. ada awek yang ajak kawin lari pun ade.. ada yang datang ofis warnada semata2 nak jumpa Man Rani.. yang tunggu kat pintu pagar rumah jangan cakap la.. hari2 dapat bunga, kad ucapan ... Man Rani suka bagi Glove yg dia pakai lepas show kat fans.. tahun 1991 sorang2 balik ipoh.. yg stay KL hanya Nahar, fancy sebab dia ada buat band lain/ join band lain.. aku penah bawa balik duit show dr ofis ali bakar ( Box Office ) ke hotel tempat deme menginap guna 1 beg sampah penuh hahah. masa tu duit macam ayo.. Show tiap2 minggu mesti ade.. lepas warnada officially tutup, maka band pun berpecah.. Man rani / eduat buat album sofea yang terakhir " Mimpi dan air mata" sebab Band SYJ alang ( Album khudrat ) ada hutang lagi 1 album dengan syarikat rakaman..lepas tu semua balik manjoi,.aku stay di KL.Lagu Suratan perpisahan & bungaku kerinduan adalah kisah betul.. Bungaku Kerinduan man Rani buat khas untuk isteri dia sebab masa tu dia Kat KL wife dia kat ipoh..Berjauhan. Plucking scene dalam lagu tu Man Rani sendiri main Masa rekod kat Studio..ada anak sorang nama Amin.. Anak dia baru je menikah awal tahun ni..Legend tak legend la man rani ni.. Dalam Sofea dia yang paling dapat perhatian,. Rokok dia jarang beli sendiri sebab memang ade org sponser.. panjang lagi cerita dia... aku antara org paling closed dengan Man Rani sebab aku yg tune bass dia. Dia pakai bass jenis Ibanez Roadstar 84. beli kat singapore..Bass tu dah kena jual dengan Aziz ( anak angkat pak syed ) yang jaga studio SYJ tu.. Bab fesyen/ pakaian dia cukup jaga/ Teliti even tali kasut dia..sorang tak boleh usik.. dalam Sofea Man Rani ni kira lebih..Majority awek yg datang tengok show Sofea bukan nak layan lagu,,Semua nak tengok Man Rani.,nak peluk, cium pipi 🤣🤣🤣 nak tau hensem tak hensem/ jambu tak jambu masa dia muda dulu tengok video konsert kotaraya klik sini .. ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-C-rfokwrNzQ.html
Mantul bang..terima kasih atas pencerahan..aku mcm nk berkawan ngan kau bang..mgkn boleh dgr lagi story2 yg best journey sofea atau man rani n the geng..niway aku asal ipohmali🤘
@@Mieakustatik haaa banyak lagi cerita2 Man rani.. Dia memang patut digelar "LAGENDA". bagi aku la. Zaman dah berlalu.. dia pun dah bahagia dengan hidup dia sekarang. cuma aku nak korang hargai lah karya2 dia.. dia ada cipta banyak lagu. tapi banyak juga yg dia taknak masukkan dalam album. sebab dia tak tau. Man Rani isap rokok dunhill. kadang2 gudang garam pun dia bedal. Dia jenis tak cakap banyak. kalau dia create lagu lagi la.. sorang2 dia ja guna teknik "humming" / gitar pen & kertas.
@@nawijeram8956 inshaaAllah.. kalau diberikan kesempatan. Zaman dah berlalu.. hanya tinggal kenangan abadi tersemat disanubari. Man rani pun dah bahagia disamping isteri tercinta. skang stay di KL menguruskan bisnes sewa alat muzik / sound system. dia pun dah "slow" banyak.. nyanyi pun kadang2 je..Nak buat comeback pun dia dah buat..Nak nyanyi balik? memang idokk laa..hahaha man Rani jenis yg low profile , Humble.. dr dulu sampai sekarang itulah dia..nampak macam sombong tapi baik hati..
bunga padang pasir menguasi carta lagu suatu ketika dulu kekal sukar digugat dlm jangka masa yg agak lama.. kugirama adalah program yg xpernah miss wlau siaranye brmula 12tghmlm Mat Hello sbgai DJ..mmg legen.
Sayang man rani hilang lama selepas pembubaran sofea...dia boleh keluar album solo sbb ada suara dia boleh jual...nama dia sangat kuat dlm seni rock tanahair.
Sofea - Boneka Pentas (1989) Album ketiga kumpulan Sofea telah diterbitkan pada tahun 1989. Album yang diberi judul Boneka Pentas ini telah terbit sendiri oleh Sofea. Album ini memuatkan sepuluh buah lagu dan seperti album-album mereka sebelum ini kebanyakkan lagu adalah ciptaan mereka sendiri dan tiada lagu dari komposer-komposer besar. Untuk album ini juga, Man Rani terus menyumbangkan suaranya untuk menyanyi lagu yang berentak slow rock. Ketika ini Sofea dianggotai oleh Nahar (drum), Amir (vokal), Fancy (gitar) dan Man Rani (bass & vokal). Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini adalah; 1) Kupu Kupu Malam 2) Bunga Ku Kerinduan 11:53 3) Boneka Pentas 4) Juwita 5) Sangkuriang 6) Syurga Di Hujung Jarum 16:51 7) Nadia 8) Dewi Hayalan 9) Garisan Cinta 10) Pendusta saya membesar dengan album Boneka Pentas sampai sekarang masih simpan kaset dari album ini lagu paling saya suka NADIA,BUNGA KU KERINDUAN
Fuhh.. Aku terus selongkar kotak kat opis.. angkat walkman sony msk 2biji bateri saiz AA. Aku angkat 3album y aku seal dh 3tahun kot.. Keluarlah SOFEA ANAK LIAR, KEMBALI, BONEKA PENTAS.Layan sound analog...padu.
start kenal SYJ @ SOFEA ni , dgn lagu ni la .. Bunga Padang Pasir ... walaupun gua mmbesar thun 93 , tpi ttap muzik rock lame yg mnjdi dendngn halwa tlinga ... Rock Never Die 🤘🏽🤘🏽🤘🏽 ... semoga kegemilangan Rock @ Slow Rock tk pupus ditelan zaman .. Salute for Abg Man Rani 😎
Ye geng kenangan dulu zaman kite jangan tinggalkan walaupun rock sudah tiada zaman sekarang tapi ramai otai lagi rockers tetap dihati kenangan mengusik jiwa dan mengimbau semua ade di dalam hati
Perjuangan Rockers² lagend kita x pernah berhenti. Sentiasa ada idea² bru utk mengubati rindu² di hati peminat. Teruskan perjuangan mu lagenda rock tanahair krn kamu semua tetap di hati kami peminat rock tanahair. Syabas 🤘🤘👍👍👋👋....
Lirik Lagu Suratan Perpisahan - SOFEA Malam aku Ditemani kesepian Termanggu daku Diselimut kedingginan Alam ku rasa sepi Tak bermaya Beginikah suratan Perpisahan ( korus ) Bagaimana Mungkin dapat kulupakan Detik kebahagian bersamamu Dalam dakapan manja Kau bisikan Ini erti pengorbanan Percintaan Jemunya aku Pada maya Yang memisahkan Secebis rasa kasih Kita berdua... Kita berdua... Oh...
12 April 2021, 11 mlm, aku trjumpa video ni, terus ambik guitar dan mainkn semua 5 lagu ini..kupejamkn mata, teringatkn zaman aku remaja dulu 80&90an dulu..Zaman yg aku ingin 'kembali'..
27/12/23...aku masih layan lagu zaman sekolah menengah. Kenangan zaman silam dgn rakan2 rock sekampung . Usia ku sudah nak masuki 5series. Alfatihah buat rakan2 yg mendahului 😢.😊
Aku lahir 1994..walaupon aku di kategori kn budak lagi.. Tpi aku membesar dngn lgu2 rock kapak..80an n 90an.. Rock never die bro.. Rock dulu2 ni punye penyampaian yg menusuk kalbu.. Skali dengar bley jdi gian..