Namanya yang kita kenali ialah Asma binti Abu Bakar As-Siddiq radhiallahu'anhu. Ayahnya sahabat karib Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Pengorbanannya untuk agama Islam tiada tolak banding. Ibunya bernama Qutayrah binti Abu Uzza dari Banu Amir bin Lu'ai. Asma' mempunyai saudara kandung bernama Abdullah bin Abu Bakar radhiallahu'anhu.
Asma' telah dilahirkan 27 tahun sebelum hijrah. Allah mengurniakannya umur yang panjang, beliau wafat pada tahun ke-73 sesudah hijrah. Bermakna usianya genap satu abad sejak zaman jahiliyyah hingga kezaman pemerintahan Bani Umayyah. Asma' binti Abu Bakar mendapatkan gelar Zatun Nithaqain (Wanita yang mempunyai dua ikat pinggang). Semenjak permulaan Islam, Asma' telah banyak membantu perjuangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersama ayahnya. Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan Abu Bakar radhiallahu 'anhu dikejar oleh kaum kafir Quraisy, kedua-duanyanya bersembunyi di gua Tsur, maka pada waktu petang Asma' binti Abu Bakar berseorangan diri telah datang ketempat persembunyian itu untuk membawa makanan dan minuman untuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan ayahnya Abu Bakar radhiallahu 'anhu.
Pada malam ketiga, Asma' telah datang ke tempat persembunyian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan membawa Seorang penunjuk jalan, yaitu Abdullah bin Uraiqith. Kemudian Rasulullah bersama Abu Bakar meninggalkan gua itu untuk meneruskan perjalanan. Manakala Asma' pula membawakan bungkusan makanan untuk mereka. Kerana Asma' tidak mempunyai tali untuk mengikat makanan itu pada unta, maka beliau membuka tali ikat pinggangnya, lalu dikoyakkannya menjadi dua utas tali, yaitu satu dijadikan pengikat makanan pada unta, dan yang satu lagi diikatkan pada pinggangnya. Dan sejak itulah Asma' telah terkenal dengan panggilan Zatun Nithaqain.
#kisahislami
#kisahsahabatnabi
#kisahnabi
#tintamahabbah
10 сен 2023