Selepas berakhirnya era 4 Khulafa’ Ar-Rashidin, tertubuhlah kerajaan atau empayar baru bernama Umayyah. Baca lagi tentang sejarah Islam dekat sini s.shopee.com.my/606lopdhr9 #hfakrul_ #sejarah
satu yang umat islam kena sedar dan belajar adalah sejarah peradaban kerajaan islam pasca khulafa al rasyidin sememangnya hebat dan tidak salah untuk kata yang islam menguasai dunia pada waktu itu, namun pada setiap kerajaan tersebut ada kebaikan dan keburukan/kekurangan masing2 kerana itulah lumrah kita semua ni manusia; tidak lari daripada kesalahan dan kekurangan
Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan itu sebenarnya adik ipar Nabi s.a.w kerana Nabi kahwin dengan kakak Muawiyah, Ummul Mukminin Ummu Habibah binti Abi Sufyan (m.44H)
ummu habibah tu anak abi sufyan dgn isteri dia yg lain kan ..mak ummu habibah tu saffiya binti abi al as yg juga mak sedara saidina uthman bin affan...muawiyyah tu mak dia hindun binti utbah kan...
abbasiyah ni best...byk ilmuwan islam yg lahir dan hidup zaman abbasiyah...ibnu khaldun,ibnu rusyd,ibnu sina,al khawarizmi,al farabi , al ghazali,imam bukhori,ibnu jarir at tabari...abu nawas pon hdup zaman abbasiyah...
Bagus ulasan tuan. Saya dah lama cuba sampaikan benda ni iaitu tamadun Islam mempunyai banyak sejarah hitam. Dari peperangan unta ke pelantikan Yazid sebagai khalifah ke genosid Armenia. Kita kena ambil tahu dan embrace benda ni, bahawa power corrupts and absolute power corrupts absolutely
Cuma jangan termakan dakyah musuh Islam sama ada luaran atau dalaman yang mahu burukkan Islam. Contohnya: Dakwaan bahawa tahun-tahun pemerintah Khalifah Uthman dicemari kronisme, Muawiyah memerangi Ali kerana merebut jawatan khalifah, Muawiyah meracun Hasan, Yazid mengarahkan pembunuhan Husin, dsb.
Jadi tak salahlah kaum minoriti di negara seperti Mesir, Tunisia, Maghribi, termasuk Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan Iraq yang mana penduduk mereka yang asli semakin lantang untuk mengasingkan identiti Arabisasi yang dipaksakan ke atas mereka semasa zaman khilafah dahulu. Sebab itu mereka ini sangat pro Zionis kerana menginspirasikan ideologi sama kepada identiti asli mereka kerana hanya Yahudi saja etnik asli di Syam yang tidak mengaku sebagai Arab walaupun mereka juga mengalami arabisasi dari segi budaya
Arabic Words اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Romanic Words Allahumma Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad 5 Extras Zikrs Subhanallahi Wa Bihamdih Subhanallahil 'Aziim Subhanallah Alhamdulillah Laa ilaa ha illallahu Allahuakbar Astaghfirullahal 'Aziim Allazi Laa ilaa ha illaa Huwal Hayyul Qoyyumu wa atuubu ilaih Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil
@@Ezy2202akhir zaman kerajaan Uthmaniyah ni paling banyak darkside dia dari liberalisasi, kebangkitan Mustafa Kamal and banyk lagi boleh servey mne² documentary yg terpercaya pasal benda ni
Kalau tengok semua pemerintah Islam sejak zaman Umaiyyah mesti ada sisi gelap. Tapi yang orang takut sangat Saudi yang dimomokkan dengan gelaran wahabi.
amat penting sekali sejarah buat generasi sekarang ambil pengajaran, tidak semua empayar islam dulu yg adil bahkan ada yg kejam, jadi amat sukar utk hasilkan pemimpin/bawahan yg betul2 taat, saudara seagama pon boleh bertelagah utk kuasa, zaman skrg banyak ideologi2 yg dah meresap dlm generasi muda.. kita merancang, tp Allah adalah sebaik2 perancang! bila terlalu selesa kita lalai, bila di timpa musibah(pemimpin zalim) kita ibarat ditempa jadi pedang yg tajam.. mungkin... 🤲🏻silih berganti, tiada yg abadi
Sejahat manapun mereka.. Kita kena akui.. Yg dijunjung sbg undang2 adalah quran dan sunnah.. Wlu perlaksanaan ada yg out.. Tetap islam jdi perlembagaan
@@asjadaziz5079 setuju, ambil pengajaran, kita xtahu situasi sebenar kenapa kezaliman waktu itu terjadi.. ada kala setiap tindakan/undang2 jadi releven pada zaman tu.. Quran, habis..! 💕
apa pulak muawiyyah xada link dgn nabi?? , muawiyyah sahabat , penulis wahyu dan adik ipar nabi saw... fakta byk xbetul ni , nk bercerita tp xbuat kajian Allahu..
Punca pembunuhan memang daripada Yazid tu benar. Yang tak benar adalah Yazid sendiri bunuh Hussain. Yang bunuh Hussain tu anak Sahabat sendiri bernama Umar bin Saad bin Abi Waqas.
Boleh tgk video dr maza psl ni..beliau ada ulas details.. secara amnya, khalifah yazid x terlibat dlm pembunuhan sayyidina husain tp khalifah x buat hukuman hudud keatas pembunuh cucu nabi tersebut dan hanya byr pampasan kpd keluarga sayyidina husain, jd ad la pihak yg slh kan khalifah sbg punca pembunuhan sayyidina hussain.. Nk taw details, cari tajuk “pembunuhan sayyidina hussain di karbala iraq, dr maza”..
setiap empayar mempunyai sisi hitam dan putih masing2, dasar kerajaan Umayyah yg pro-Arab dan menindas bangsa lain dgn mengenakan cukai jizyah walau mereka memeluk Islam atas alasan ekonomi, pemimpin yg zalim yg membunuh sahabat Nabi dan keturunan Nabi, pemimpin yg bermegah dan bermewah dgn harta kekayaan negara sehingga mengabaikan kebajikan rakyat marhaen yg mana semua ini menjadi api dendam permusuhan pihak yg terlibat dlm menjatuhkan Umayyah dlm kalangan pihak Syiah, org Parsi dan keturunan Nabi sendiri
Cukai dekat mawali ni dibuat oleh Abdul Malik bin Marwan atas nasihat Hajjaj Yusuf dan diteruskan semasa zaman Al Walid kemudian dihapuskan masa zaman Sulaiman bin Abdul Malik & Umar Bin Abdul Aziz kemudian dibuat balik oleh Yazid II sampai kejatuhan kerajaan bani umayyah di Syria.
Dia ceni la brader even keturunan nabi ni pun ada yang kena game tau tak? Sama la macam hashimite kingdom or jordan,kalau ikutkan darah keturunan Nabi raja Abdullah jordan tu keturunan dia and then tanah arab saudi tu actually tanah dia sebenarnya tapi kena game dengan British sebab percaya sangat orang kafir,even nabi sendiri dah pesan jangan percaya musuh islam ni tapi tak dengar percaya gak tu makan dia 😅
setuju..ada baik buruk dlm serajah pemerintahan khalifah..sama jgk dgn sejarah melayu pun ada baik buruk..masalahnya bila ada puak yg nk dengar semua benda tentang serajah melayu..yg dia nk dengar kebaikan saja walaupun tiada pembuktian..tu pn masalah jgk..
Kesimpulannya, Allah yang catur semua, baik dan buruk, janganlah berharapkan mahluk boleh menyelesaikan semuanya. Khalifah ni sistem, dan janganlah khalifah menjadi taghut. omputeh kata "Die a hero, or live long enough to be the villain" Sekian
Penjelasan tak lengkap.Biar saya huraikan.(5 poin) 1.Penulisan hadis MASIH di-BANNED walaupun Uthman(ra) dah tetapkan mushaf Quran.Sebab apa? Sahabat dan tabiin berselisih naratif tentang kesinambungan politik. 2.Muawiyah perintahkan supaya setiap imam di masjid melaknat Ali(ra) dalam khutbah Jumaat. 3.Muawiyah perintahkan untuk melipat tangan ketika solat untuk menguji ketaatan rakyatnya. Sebab itu walaupun ada perbezaan politik, mazhab Maliki, Ibadi dan Syiah masih kekalkan tangan kat tepi ketika solat. (Kalaupun dalil untuk melipat tangan yang digunakan mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali dianggap sahih, ia tidak selari dengan konsisten sejarah abad Islam ke-1) 4.Zaman fitnah, sahabat2 dan tabiin2 saling melaknat dan bersengketa sebab nak rebut kuasa.Padahal melaknat dan membunuh sesama Islam IALAH DOSA BESAR. 5.Gerakan menjatuhkan kerajaan Umayyad dipelopori golongan Abbasiyah(keturunan Abbas),golongan Alid (pro Syiah) dan mawali(Muslim yang bukan Arab). Sumber:Tarikh Al Rusul wa Al Muluk (Imam Al Tabari)
Tarikh tabari lapor sahaja. Kena semak sendiri kesahihan. Sebab zaman tu zaman fitnah. Ditambah pula jika rekod rasmi kerajaan abbasiyyah. Belum kira pengaruh syiah.
@@ashfan80 @ashfan80 Rujuk poin no.1. Seperti saya katakan, zaman sahabat dan tabiin sahaja dah berselisih naratif, apatah lagi zaman Abbasiyah. Dari sudut istilah, hadis pun boleh dianggap sebagai 'lapor' dan ulama hadis pun berbeza-beza pendapat dari segi penerimaan kesahihan. Sebab itu dalam aliran ASWJ, keempat-empat mazhab saja dah ada ukuran/standard yang berbeza-beza dalam menerima hadis. Mazhab Maliki akan hanya terima hadis jika ia tidak bercanggah dengan amal Madinah. Mazhab Hanafi akan hanya terima hadis jika ia tidak bercanggah dengan Quran dan dalil aqli dsb.
mongol attack sebab keangkuhan pemimpin baghdad time tu.... dah dibunuh pedagang..dia bunuh plak utusan genghis khan.... sekali genghis khan datang. ranap kota baghdad bersama kemajuan ilmu islam ketika itu... sungai jadi hitam disebabkan dakwat2 daripada buku2 yg dibuang ke sungai dan dibakar....
Bukan ke pengasas umayyad ni khianat dengan cucu nabi? Dia janji nk bagi tampuk pemerintahan pada cucu nabi TAPI seblom dia wafat, dia tukar bagi kat anak dia ... Lepastu mulalah pemerinthan monarki, dan sistem syura untuk memilih pemimpin pon x diteruskan
Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan adalah pemimpin terbaik yang pernah memerintah bumi Syam❤Setiap kerajaan islam ada kebaikan dan Keburukkan. Khulafa Ar Rasyidin susah nak bertahan kerana pemilihan khalifah bersasarkan majlis syura yang mirip demokrasi. Sedangkan sistem pemerintahan khalifah pada era Umawiyah (Damascus), Abbasiyah (Baghdad & Kaherah) serta Uthmaniyah (Constantinople) berdasarkan warisan dari generasi ke generasi. Ketegasan Muawiyah I, Abdul Malik, Al Walid, Abu Abbas Al Saffah, Abu Jaafar Al Mansur, Harun Ar Rasyid, Al Makmum, Al Mutasim, Salim Al Yawuz, Sulaiman Al Qanuni, Murad IV, Abdul Hamid II membolehkan keamanan dalam negara terkawal. Harus bersikap keras terhadap musuh, jika tidak akan menerima nasib yang sama seperti Umar Al Khattab, Usman bin Al Affan, Ali bin Abi Talib, Hasaan bin Ali yang dibunuh oleh musuh2 islam. Amat jarang ada yang menulis buku tentang Sulaiman Al Qanuni (1520-1566) kerana beberapa kesalahan yang dilakukannya sepanjang pemerintahannya. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Tiada pemimpin Islam yang sempurna melebihi Rasulullah SAW😊❤