Tahun lepas ketika ibu aku meninggal di Kaherah Mesir, aku berpeluang sempurnakan jenazah ibu dari awal hingga lah mengangkat jenazahnya ketempat pembaringan terakhirnya disana. (Kawasan Perkuburan Rakyat Malaysia)
Makam² sekitar kaherah sgt berbeza dgn tempat kita. Dibahagian berpasir (refer video/gambar) itu, dibawahnya ada sebuah tangga untuk kita turun membawa jenazah dan terus kedalam sebuah ruangan kecil seperti kamar yang telah dibuka penutupnya bagi menempatkan jenazah². Ketika aku turun untuk meletakan jenazah ibuku, aku lihat ada 2 lagi jenazah lama (setahun atau dua tahun sebelumnya) disamping tempat pembaringan ibuku. Lantainya dari pasir halus yg perlu korek dengan menggunakan tangan bagi membuat alur supaya boleh dibaringkan secara mengiring menghadap qiblat.
Ruangan dalam umpama sebuah ruangan bilik kecil yang kita hanya boleh membongkok didalamnya.
Beberapa minit itu dapat aku meninjau disekitarnya yg boleh memuatkan 6 atau 7 jenazah pada ruang tersebut untuk diletak secara tersusun umpama jari jemari. Pada hujung dinding aku terlihat ada beberapa kain putih yg mungkin membungkus tulang² jenazah yang lama. Menurut penjaga makam tersebut, ruang tersebut sudah penuh dan perlukan tempat baru bagi perkuburan rakyat Malaysia.
Setelah selesai, penutup kamar tersebut akan ditutup dan kawasan tangga juga ditutup dan diletak pasir diatasnya. Aku tidak melihat secara detail cara mereka laksanakan proses menutup makam tersebut kerana aku sudah berada diluar bangunan kompleks makam untuk tahlil ringkas bersama pelajar²ku dari Madrasah Akademi Huffaz As-Syariff Kaherah Mesir.
11 мар 2020