Assalammualaikum semua, hari ini saya nak kongsikan resepi kuih tradisional yang mudah dan sedap iaitu Kuih Buah Melaka/Onde Onde/Nonde/Kue Klepon.
Jangan lupa Like dan Subscribe Channel RU-vid Daknis Kitchen.
Bahan-bahan yang saya gunakan:
2 helai daun pandan
1 1/2 ketul gula nisan kampung - di potong dadu
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Air suam secukupnya
2 cawan kelapa parut putih
Cara-caranya pula :
√ Kisar daun pandan bersama air.
√ Tepung pulut dan tepung gandum di campur dengan sedikit garam, sedikit pewarna hijau dan air pandan.
√ Seterusnya uli menjadi doh licin yang tidak melekat ditangan.
√ Bulatkan doh, tekan ditengah dan masukkan gula nisan mengikut selera kemanisan anda.
√ Ulang hingga habis doh tersebut.
√ Sementara itu, kukus kelapa parut 2 cawan berserta sedikit garam dalam masa 10 minit.
√ Kemudian didihkan air dan masukkan bebola doh.
√ Apabila sudah timbul dipermukaan air, bermakna kuih sudah masak.
√ Angkat kuih dan rendam kan sekejap di dalam air masak untuk mengelakkan kuih lambat basi.
√ Setelah 3 minit angkat kuih dan tos kan dan boleh lah di gaul bersama kelapa parut.
Selamat mencuba resepi ini
Thanks for watching!
.much love.
#resepikuihbuahmelaka
#resepiondeonde #resepinonde #resepkueklepon #coconutpandanballswithpalmsugar
#carabuatkuihbuahmelakasedap
#resepikuihbuahmelakasukatancawan #resepimudah #resepikuihtradisional
#resepikuihmuihyangmudah
#resepkuekleponenakbanget
#masakanrumahan
10 окт 2024