Senanglah ustaz wadi cakap. Ibu kita tak macam ibu dia. Bapa kita tak macam bapa dia. Itu pasal dia boleh jadi ustaz. Dan itu pasal lah kita ni cacamarba. Apa ingat semua anak ni derhaka ke. Betapa ramai orang yg Allah beri hidayah dalam keadaan ibubapa mereka jahil. Jahil itu tak apa, bahkan berakhlak buruk itupun kami terima kerana mereka orang tua kami dan kami sayang mereka. Tapi ustaz tak pernah faham jika akhir zaman ni ramai orang tua zalim pada anak mereka. Mereka tidak adil pada anak mereka. Tak adil setakat sayang anak ni lebih dari anak ni takpe, tapi ni tak adil sampai ke tahap menganiaya anak yang baik dan membela anak yang jahat. Mengambil hak kehidupan anak yang berbakti tapi sanggup membakar diri utk menyenangkan anak yg pentingkan diri. Ustaz tak faham betapa ramai anak yg baik yang dizalimi orang tuanya sendiri. Bila anak ini mula belajar mempertahankan hak dirinya setelah bertahun2 hidup mengabdikan diri pada orang tua yang menzaliminya, dan utk mempertahankan hak itu mahu tidak mahu mesti ada melibatkan kekerasan dan kekasaran, hanya dengan itu sahaja setiap amalan kita ustaz 'sampahkan' dgn kata amalan kita ditolak penuh2 oleh Allah. Kalau mcm tu, tak payah la solat, puasa dan tutup aurat kan? Alang2 nak ke neraka pasal mempertahankan hak kita depan ibubapa yg zalim, baik enjoy ke kelab malam je, ye x? Cukup2lah betapa ramai ustaz2 yg mengsampahkan amalan kita dgn mengatakan amal soleh kita ditolak Allah kerana kita mengasari orang tua. Mereka tidak tahu perihal anak yg baik sering dizalimi orang tuanya. Semakin baik anak itu, semakin dia dizalimi. Semakin dia taat, semakin dia diperkudakan orang tuanya. Semakin dia berbakti pada orang tua, semakin haknya sebagai anak bahkan seluruh hak kehidupannya diambil oleh orang tuanya. Tiada cara lain melainkan luahan yg disertai kekasaran, untuk menyedarkan orang tua sedemikian. Tiada cara lain melainkan dgn menjauhi org tua, utk menyedarkan orang tua yg tidak menghargai anaknya yang selama ini baik. Doa pun doa juga, tapi tanpa ketegasan dan kekasaran, anak itu akan terus dizalimi. Tapi ustaz2 yg tidak paham dgn mudahnya menghukum amalan kita ditolak oleh Allah, sedangkan perit, penat, jerih, payah dan lelah yg kita lalui utk melakukan amalan kerana Allah taala itupun bukan semata2 kerana mujahadah lawan godaan nafsu dan duniawi, tapi juga kerana tak habis2 tentangan, kesakitan dan penghinaan dari orang tua kita yg zalim. Itu belum termasuk kes ibubapa yg memang benci anak. Apa yg anak tu buat semua salah. Pakai tudung salah tak pakai tudung salah, solat salah tak solat salah, buat baik pada mak pun salah, ni tak cukup baik, tu tak cukup baik, sampai anak itu tidak diizinkan langsung menikah dgn sesiapa pun seumur hidupnya kerana orang tuanya tu nak anak dia tu abdikan diri utk orang tua sahaja, tapi anak2 yg lain boleh kahwin smpai ke tahap anak bini mereka boleh ambik harta mak dan menumpang kesenangan hidup mak... Ustaz tak pernah nampak realiti hidup mcm tu jadi senang la ustaz cakap. Kerana ustaz sendiri datang dari ibu dan bapa yg baik, yang faham agama, yang adil pada anak2. Betapa bertuahnya orang tua yg dapat anak yg baik, tapi betapa lebih bertuahnya anak2 yg dapat ibubapa yang baik, yang tidak membenci anaknya.
Bersabar.sy pn ada ayah yg x pernah berikan nafkah kpd mak sy.selalu mengherdik ibu sy.x pergi ke surau.dh pencen,cuma tonton tv d rumah. Tp..dia beri kami duit belanja masa sekolah.dia solat 5 waktu..xla semua buruk psl dia.dia ttp ayah kami. Selalu aku menangis...mcm mana ayh aku akn menghadapi Allah d akhirat kelak.. Cuma doa kepada Allah yg dpt aku minta.supaya Allah lembutkn hati ayhku...puan pn juga..sama2 Kita minta pd Allah yg esa.agar kita dpt masuk ke syurga firdaus kelak bersama kedua ibu bapa kita