Wow!! Kreatif giler! amazing! cayalah nabil! solo2 pun boleh buat org rmai gelak. ko ader? Berani btui dia ni. pelawak lain xberani langsung msuk solo. Tahniah, King of Standup Comedy!
Nabil bagus...aku percaya stand-up comedy dia boleh pegi jauh...dengan idea yang sentiasa baru dan lawak...aku soiong kau nabil...den dok area jompol..dokek bahau jo ...support lu nabil...
terbaik nabil...idea nabil ni memg kretif...bg aku idea dia lebih dari smua org ...dia mcm selalu bg lawak baru....sbb tu aku still suka...walaupon kekdg dia kurg lwak tp aku tabik sbb dia kenalkn lawak baru pd kita smua
paling gentleman la.. gua rasa zizan pon x berani sorang diri atas pentas.. di akui dari segi idea dan persembahan dah agak kureng berbanding zaman raja lawak.tapi beliau tetap rajin dan berani mencuba,harap2 masih ada rezeki untuknya..
stand up comedy yang bagus. ada cerita yang menggelikan hati. perlu berfikir sikit dan sesuai untuk yang ada IQ. lawak tak perlu menjerit, berkejar sana sini, sepak punggong atau tolak kepala atau berguling guling. itu bukan lawak. itu bangang namanya.
Nabil ni best kalau dia buat satu cerita pastu dia terus lakonkan watak jd watak2 dlm cite tu.. Kalau stand up comedy style bercerita ni kureng sikit laa
Nabil memang hebat tapi belum mencapai tahap Harith Iskandar (satu sebabnya Nabil "tidak fokus" kepada satu bidang seni sahaja. Pelawak dia, pelakun pun dia. Pengacara dia, penyanyi pun dia...) Tak tahu sama ada skrip disediakan sendiri olehnya atau dia mendapat bantuan, tapi dia perlu improve di sini (sering dikritik kerana "tidak sensitif berlawak", masih menggunakan perkataan yang "merendah2kan maruah orang", tak kiralah kawan atau tidak) Kekurangan nyata Nabil buat masa sekarang ialah dari segi pengurusan masa. Dia sering terbabas. Kita boleh saksikan Nabil kadang2 kelam kabut sewaktu mengucapkan dailog Tapi bila "semua berjalan lancar" (macam lawak Hikayat Malim Deman di Mhrj Lawak Mega 2013), Nabil memang di kelas tersendiri Teruskan berlawak brother, ekaw memang hebat! 👍👍👌👌👏