Тёмный

MAJLIS MALAM ANUGERAH HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KE- 8 (HSDR-8) 2024 

Port Ipoh
Подписаться 11 тыс.
Просмотров 65
50% 1

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-8.
Majlis penyerahan anugerah telah berlangsung pada 3 Ogos 2024 bertempat di Dewan Bankuet SUK Perak dan dirasmikan oleh YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, mewakili YAB Menteri Besar. Turut bersama-sama adalah barisan Lembaga Pengarah PORT yang terdiri daripada YB Puan Salina Samsudin, YB Encik Ishsam Sharudin dan Encik Hamidi Baharuddin, serta Pengerusi Tourism Perak, Y.Bhg. Dato’ Kamil Shafie.
Sebanyak 330 karya penulisan telah dinilaikan oleh 16 orang ahli Panel Penilai lantikan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Pemilihan Sasterawan Negeri, khususnya, adalah berdasarkan kepada sumbangan melalui karya berkualiti tinggi, penglibatan dalam pengembangan sastera, dan impaknya kepada masyarakat, bukan sahaja di Perak tetapi juga di peringkat kebangsaan, serantau, dan antarabangsa.
Terdapat tiga kategori HSDR-8 iaitu Kategori A (Buku), Kategori B (Karya Eceran) dan Kategori C (Karya Ilmiah). Anugerah Utama terdiri daripada kategori Sasterawan Negeri, Ilmuwan Negeri, Karyawan Sepanjang Hayat dan Pejuang Sastera.
Seramai tiga orang penulis telah menerima hadiah Kategori A, manakala 21 orang penulis menerima hadiah Kategori B. Dua orang penulis telah menerima hadiah Kategori C.
Siti Zaleha Bee binti Mohd Hashim telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Perak dengan membawa pulang RM30,000.00, watikah penghormatan dan piala iringan.
Dr. Adib Vincent Tung bin Abdullah dianugerahkan dengan gelaran tokoh Ilmuwan Negeri dan menerima RM20,000.00, piala iringan dan watikah penghormatan.
Dr. Zabidin bin Haji Ismail dipilih sebagai Karyawan Sepanjang Hayat dan menerima RM20,000.00, piala iringan, dan sijil penghargaan.
Salina binti Ibrahim diberikan anugerah Pejuang Sastera dengan menerima RM15,000.00, watikah penghormatan dan piala iringan.

Опубликовано:

 

5 окт 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии    
Далее
PORTCAST SEASON 2 EPISODE 1 : MUSS
1:02:02
Просмотров 30 тыс.
Abam selamat bergelar suami
4:35
Просмотров 678 тыс.
KAZAR , semua yg dia buat MENJADI ....
16:12
Просмотров 413 тыс.
PORTCAST EPISOD 10 : ITAM JELMOL
41:46
Просмотров 19 тыс.
Kisah Penghijrahan Zila Bakarin
27:16
Просмотров 233 тыс.
"SUARA" Pakcik ini akan buat anda terkedu....
18:04
Просмотров 815 тыс.