Sempena Hari Raya Aidiladha tahun 1445H, Yayasan Selangor (YS) dengan kerjasama Masjid Nurul Amin, Kampung Delek Klang telah melaksanakan program Ibadah Qurban secara gotong-royong bersama warga kerja YS di Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK).
Program yang bermula sekitar jam 8 pagi itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YS, Encik Zaini Sulaiman, wakil kariah Masjid Nurul Amin Kampung Delek dan Surau Al-Firdaus Kampung Atap, pelajar AYSK serta seluruh warga kerja YS.
Program gotong-royong korban ini diadakan adalah untuk berkongsi rezeki bagi meraikan seluruh warga kerja YS sempena sambutan Aidiladha dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua.
Pada masa sama, daging korban tersebut diagih kepada wakil kariah Surau Al-Firdaus untuk diagih kepada golongan kurang berkemampuan dan peserta korban yang terdiri warga kerja YS. Manakala, sebahagian daging korban tersebut dimasak secara bergotong-royong bagi jamuan makan tengahari kepada pelajar dan warga kerja YS.
YS ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin Kampung Delek dan seluruh warga kerja YS yang menjayakan program gotong-royong ini, Sekali gus, menjadikan Hari Raya Aidiladha sebagai titik tolak untuk terus meningkatkan ikatan ukhuwah sesama keluarga besar YS.
#YayasanSelangor
#SalamAidiladha1445H
#RayaHaji2024 #IbadahKorban
#MalaysiaMadani #Selangor
#KitaSelangorMajuBersama
#MasjidNurulAmin #KampungDelek
#SurauAlFirdaus #KampungAtap
2 окт 2024