MENGADAP BALAI
Mengadap Balai merupakan tarian istana yang terhasil melalui pertembungan dua budaya antara Melayu dan Siam. Umumnya gerak tari Mengadap Balai berasaskan gerak tari Menora. Ia mula dipopularkan oleh Kumpulan ASBAK (Angkatan Seni Budaya Aksirama Kelantan) sekitar tahun 1980-an. Ia seakan dilupakan selepas itu sehinggalah ia diangkat semula pada tahun 2000 oleh Encik Suhaimi Draman. Beliau dipercayai satu-satunya pewaris tarian ini. Keunikan tarian ini terletak pada gerak tarinya yang halus dan tersusun seperti gerak tangan penari tidak boleh melebuhi perasa kepala (tanda kesopanan) dan langkah kaki juga sangat dijaga agar tidak menampakkan tapak kaki.
Mengadap Balai is a palace dance that resulted from cultural exchanges between the Malays and the Siamese. Generally Mengadap Balai dance is based on Menora dance moves. It was first popularized by the ASBAK (Kelantan Aksirama Cultural Arts Force) troupe around the 1980s. It seems to have been forgotten ever since until regaining attention in 2000 through the efforts of Mr. Suhaimi Draman. He is believed to be the only heir to this dance. The uniqueness of the dance lies in its delicate and well-structured dance moves such as the gestures that do not exceed the head level as a sign of decency and the footsteps that are carefully guarded to avoid the soled from being seen by the audience.
13 окт 2024