Тёмный

Mathurat Petang (Teks Arab dan Bahasa Melayu) 

Que Aishah
Подписаться 811
Просмотров 19 тыс.
50% 1

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.
Kelebihan membaca al-mathurat adalah:
1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
~ dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui~
Bacaan al-mathurat terdiri daripada ayat alquran dan zikir. Waktu tidak boleh solat boleh amalkan al-mathurat tanpa membaca ayat alquran. Yang penting, kita konsisten amalkan setiap hari.
Setiap orang tidak akan lari daripada ujian dan godaan syaitan untuk melakukan maksiat serta dosa. Oleh itu sangat penting untuk kita amalkan dan menghayati zikir al-mathurat ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, bererti kita membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh dan terhidar dari syaitan terkutuk.
Al-mathurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.
#mathuratpetang #mathuratsore #matsuratpetang

Опубликовано:

 

27 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 3   
@Strawzberi_Pawz
@Strawzberi_Pawz 4 месяца назад
Alhamdulillah t.kasih
@razarzak
@razarzak 3 года назад
Alhamdulillah...terima kasih sangat membantu dengan adanya teks. Semoga dikurniakan sebesar2 ganjaran.
@zakariaali5776
@zakariaali5776 2 года назад
Assalamualaikum, maaf, klu buat per ayat dan siap makna dibawah lg bagus..sambil ikut baca dan tengik makna....tk
Далее
Mathurat Pagi (Teks Arab dan Bahasa Melayu)
13:08
Просмотров 18 тыс.
Al-Mathurat Zikir & Doa (Petang)
36:19
Просмотров 11 тыс.
HIZB BAHR TEKS ARAB DAN TERJEMAH BAHASA MELAYU
7:08
Просмотров 84 тыс.
Ustaz Wadi Annuar-Bacaan Al-Mathurat
13:30
Просмотров 664 тыс.
AL MATHURAT, ZIKIR PAGI PETANG & DOA PEMBUKA REZEKI
45:33