Тёмный

Mendahului Akal Berbanding Hadis | Dr Rozaimi Ramli 

SE7EN SOUL STUDIO
Подписаться 2 тыс.
Просмотров 2,8 тыс.
50% 1

BAHAYA MU’TAZILAH
Mu’tazilah merupakan kumpulan yang pernah wujud dalam sejarah Islam seawal kurun kedua hijrah. Para ulama berkhilaf bagaimana asal munculnya nama Mu’tazilah. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan, antaranya seperti berikut:
Ketika al-Hasan al-Basri[1] ditanya mengenai kedudukan pelaku dosa besar, adakah ia jatuh kufur? Sedang beliau berfikir untuk menjawabnya, Wasil bin ‘Ata’[2] tiba-tiba menjawab dengan mengatakan pelaku dosa besar itu tidak mukmin secara mutlak, tidak juga kafir secara mutlak. Tetapi ia berada antara dua kedudukan, bukan mukmin dan bukan kafir. Lalu Wasil telah mengasingkan dirinya pada salah satu tiang masjid sambil mempertahankan pendiriannya. Al-Hasan al-Basri kemudian mengatakan Wasil telah mengasingkan diri daripada kita (اعتزل واصل عنا). Turut bersetuju dengan pendapatnya adalah ‘Amru bin ‘Ubayd. Setelah itu pengikut Wasil dan ‘Ubayd dikenali sebagai Mu’tazilah. (Lihat al-Milal wa al-Nihal, 1/42; Syarh al-Usul al-Khamsah, 138)
Istilah Mu’tazilah pada peringkat awal tidak merujuk kepada mana-mana doktrin. Ia tidak bersifat pujian ataupun celaan. Namun begitu, selepas golongan ini mula mengeluarkan pendapat-pendapat yang berlainan, penamaan ini menjadi lebih bermakna celaan. Lebih-lebih lagi apabila ia terbit daripada seorang imam seperti al-Hasan al-Basri yang memiliki kedudukan sangat tinggi, khususnya dalam kalangan murid-murid beliau dan umumnya dalam kalangan umat Islam. Di samping itu, perkataan seorang tokoh besar kebiasaannya akan menarik perhatian. (Lihat Tarikh al-Firaq al-Islamiyyah, 51)
Berdasarkan latar belakang ringkas yang dikemukakan di atas, ia menjelaskan kepada kita bahawa Mu’tazilah itu merupakan suatu aliran pemikiran yang terbentuk hasil daripada pegangan pengasasnya yang berbeza dengan majoriti umat Islam. Bagi memperincikan lagi pemikiran mereka, dikemukakan di sini beberapa perkara yang wajib diketahui meliputi objektif dan metodologi pemikiran mereka dalam beragama.
Terpengaruh dengan Falsafah Yunani
Mu’tazilah adalah golongan yang terperangkap dengan pemikiran logik dan falsafah Yunani, falsafah India dan falsafah Parsi. Majoriti mereka memiliki dasar pemikiran keparsian. Kesudahannya, mereka cuba mengadaptasikan al-Quran dengan ajaran-ajaran falsafah tersebut. Di samping mereka juga tidak mempercayai hadis-hadis yang didakwa bertentangan dengan logika Paganisme Yunani. (Lihat al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami, hlm. 7) Menurut Syeikh Muhammad Abu Zahrah, pelbagai faktor yang menyebabkan golongan Mu’tazilah terjerumus ke dalam pengaruh falsafah.
Pertama, menerusi ilmu falsafah, mereka menemui keanjalan dalam penggunaan akal sehingga mampu untuk memperkukuhkan hujah-hujah mereka.
Kedua, ketika golongan falsafah menggempur prinsip-prinsip pemikiran Islam, golongan Mu’tazilah menawarkan kepada mereka perdebatan. Akibatnya, Mu’tazilah terpaksa menggunakan sebahagian metodologi golongan falsafah dalam berdebat dan menyampaikan argumentasi. (Lihat Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, 1/145)
Akal Sebagai Sumber Pengetahuan Mu’tazilah
Secara ringkas, sumber pengetahuan yang dimaksudkan Mu’tazilah adalah proses bagaimana golongan ini mengutamakan akal berbanding nas-nas syarak. Dengan kata lain menjadikan akal sebagai pemutus dan tidak tunduk kepada hukum. Metodologi logik yang digagaskan oleh Mu’tazilah ini terdiri daripada dua objektif:
Pertama: Bertujuan membersihkan akal fikiran daripada sebarang ikatan dan kebiasaan. Dalam konteks ini, memang metode ini berjaya menghapuskan cara berfikir taqlid buta.
Kedua: Menjadikan akal sebagai pemutus segala perkara secara mutlak. Ini kerana, golongan Mu’tazilah amat percaya kepada akal, menempatkannya pada posisi yang amat tinggi sehingga akal menjadi hukum bagi memutuskan segala perkara. Ia ibarat cahaya yang menerangi setiap kegelapan. Lalu akal dipaterikan dengan iman sehingga menjadi rujukan dalam segala aspek kehidupan umum mahupun khusus. (Lihat al-Fikr al-Islami bayn al-Ams wa al-Yawm Mahjub bayn al-Milad, 114)
Walhasil, golongan Mu’tazilah telah meletakkan akal jauh lebih tinggi daripada syariat yang diturunkan Allah SWT itu sendiri. Mereka menjadikan dalil logik lebih utama berbanding dalil syariat. Harus bagi mereka menolak dalil syariat jika didapati ia bertentangan dengan akal manusia meskipun itu merupakan hadith Nabi SAW yang sahih. Ayat-ayat al-Qur’an juga akan ditakwilkan sesuai dengan akal sekalipun ia merupakan nas yang jelas maknanya. Apa yang penting adalah nas-nas syarak tersebut diinterpretasikan relevan dengan prinsip-prinsip pemikiran mereka. (Lihat al-Tafsir wa al-Mufassirun, 1/372-373)
Sumber: www.muftiwp.gov.my/ms/artikel...

Опубликовано:

 

5 июл 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 36   
@haziziismail9762
@haziziismail9762 12 дней назад
Pemahaman tuan baik semoga tuan D BERI pencrahan dlm MENSHARAH HADIS NABIKU YG @SEMISALNYA @SEERTI DGN YA BERHATI2 LH JGN GOPOH DLM MENILAI BERHATI2 LH WHAQLAM (TAQWA)
@Ahmad-016
@Ahmad-016 13 дней назад
Kita semua faham bahawa tentu Nabi dah ajar sahabat bahawa tiada siapa tahu bila nak kiamat, sebab Tuhan tidak beritahu. So kemudian bila badui tu tanya, maka Nabi jawab berlainan cara dgn memberi contoh. Tapi yg kita x tahu mcm mana Hisham tahu membuat huraian maksud Nabi itu, sebab hadhis pertama dn kedua itu sama aje, tiada tambahan pun. Cuma Hisham yg buat tambahan melalui huraian dia. Tapi dari mana Hisham tahu maksud Nabi itu. Walau bagaimana pun kita x perlu heran dgn hadhis itu sebab Nabi dah ajar dari awal. Hadhis itu adalah cara Nabi communicate dgn org badui. Kita X faham dgn perangai org badui. Nabi faham cara mereka, itu sebab Nabi sebut dgn cara lain.
@mhd4545
@mhd4545 12 дней назад
Masalah yang paling terutama dan paling asas, adalah “beranggapan umum” dan tanpa asas , bahawa …. Yaumul qiamat (يوم القيامة ) = As-sa’ah (الساعة) Di dalam hadis tersebut perkataan As-saah yang digunakan dan bukannya perkataan yaumul qiamat Di dalam quran konteks ayat adalah berlainan apabila perkataan yaumul qiamat dan juga as-saah digunakan Mustahil dua perkataan yang berlainan dari segi huruf dan form dan berlainan konteks dan berlainan aplikasi di dalam quran, mempunyai maksud dan merujuk kepada perkara dan kejadian yang sama Secara linguistiknya, dua perkataan yang sebegitu semestinya mempunyai sekurang-kurangnya 2 maksud, aplikasi dan rujukan yang berlainan juga. Mungkin juga ada lebih dari dua Allah sentiasa tepat dan terperinci Letakkan keagungan Allah pada tempatnya
@user-cq7yx7bx8d
@user-cq7yx7bx8d 9 дней назад
mendahului akal terhadap hadis.murid mendahului guru tanpa adab.belajar hadis,tp membandingkan hadis trhadap kesalahan dn bukan mencari dimana kebenaran dgn ilmu yg membuatkan berbeza pendapat.
@user-kl2rj4md3b
@user-kl2rj4md3b 13 дней назад
Kesalahan2 beragama terlalu banyak telah di dengar..lebih baik sampaikan bagaimana agama yg benar untuk di analkan dgn penuh yakin sebagai contoh dgn apa agama dapat di sempurnakan.bagaimana bersyahadah dgn benar dgn segala syarat sah batal nya syahadah Dan sebagai nya supaya dapat mengenal agama dgn penuh yakin daripada syarahan2 kesalahan beragama kerana terlalu kerap di dengar..tapi tidak ada penjelaskan rupa agama yg sebenar nya..munking ada antara kita ada yg tidak ambil tahu dgn apa agama dapat di sempurnakan
@muazbaharom8868
@muazbaharom8868 14 дней назад
Hadis itu kena ada syarahan ulama juga nanti banyak syubhat dalam aqal nya💯
@user-vz5lk8dw6n
@user-vz5lk8dw6n 12 дней назад
Ooo...ooo...ooo....👺 brp banyak binatang di langit kau kaji dan kau hafali ya sahibul kahfi....tak akan sama bintang yg satu ini yg engkau kenali di dlm hati....
@hilmankamal3948
@hilmankamal3948 12 дней назад
khuruj fisabilillah .. syor
@maslanmtisa1851
@maslanmtisa1851 13 дней назад
Sebab guna hukum akal lah yang menjadikan wahabi sebagai wahabiol
@duniaohdunia4794
@duniaohdunia4794 13 дней назад
buktikanlah seperti apa kamu komen.jgn ibarat debu ditiup angin yg tinggalkan kotoran.
@gabokGabok-i9v
@gabokGabok-i9v 12 дней назад
​@@duniaohdunia4794 Nak buktikan apa sebab memang dah terbukti la cai....
@dx7255
@dx7255 11 дней назад
​@@gabokGabok-i9v apa dia yg dh terbukti tu? Bgtau la, ke ko syiah/anti-hadis, tak pun geng batiniah penglipur lara, kiamat utk ko tu dh bersedia ke belum 🤭
@dx7255
@dx7255 11 дней назад
​@@gabokGabok-i9v buktikan la apa dia yg dh terbukti tu? 🤭 Dh bersedia ke dgn kiamat diri sendiri kau tu?
@HanifRahim89
@HanifRahim89 11 дней назад
​@@gabokGabok-i9vBg contoh la bingai
@PuteriDayanaSolehah1342
@PuteriDayanaSolehah1342 13 дней назад
phd.angap dirinya tersangatlah maksom.mazahab PhD
@Se7enSoulStudio
@Se7enSoulStudio 13 дней назад
@@PuteriDayanaSolehah1342 nama tak kena dengan akhlak 🤣😅
@muhdhorborham7404
@muhdhorborham7404 13 дней назад
Lancang dan lalat
@alishahumairaflower
@alishahumairaflower 13 дней назад
Perumpamaan puan ni,mcm seorg mak mngajar anaknya utk jd org y berguna.. Tp puan bgtau mak puan sbgai terpaling mak? Sdgkn bnda tu btul..jgn try hard sgt spin puan..
@duniaohdunia4794
@duniaohdunia4794 13 дней назад
kamu N the geng jer buat simpulan begitu.
@fazz_belukang
@fazz_belukang 12 дней назад
yg maksum Nabi SAW..yg tak maksum kita ni termasuk dr rora..xpernah plk dgr mazhab PHD..nmpk sgt hg tu jahil murakkab..
@hamzahzah2633
@hamzahzah2633 13 дней назад
Butuh awaklah
@Se7enSoulStudio
@Se7enSoulStudio 13 дней назад
@@hamzahzah2633 ni je ke adab bebudak yg belajar tasawuf? 🤔
@alishahumairaflower
@alishahumairaflower 13 дней назад
Org islam ke ning? Nab8 ajar? Ke tok guru wali selak tirai ajar?
@duniaohdunia4794
@duniaohdunia4794 13 дней назад
adkah kamu dr spesis ikut ikutan? adkah gaya bahsasa dan ucapan diajar dlm aswj?
@ironladyis
@ironladyis 13 дней назад
Zero akhlaq😂
@noreplynaim
@noreplynaim 12 дней назад
Ko ni taksub ustaz 15km kan?
Далее
Sembang² Zamihan | Dr. Maza
2:34
Просмотров 916
지민 (Jimin) 'Who' Official MV
03:28
Просмотров 9 млн
Dr Rozaimi Menghina Zikir Imam Syafie?
4:51
Просмотров 68 тыс.
Ustaz Datuk Abu Hasan Din - Apa Itu Wahabi
15:20
Просмотров 1 млн
Bidaah Dalam Islam | Dr  Khalid Basalamah
3:26
Ini Salah Wahabi
3:57
Просмотров 61
Penyelewengan Ajaran Tarekat | Dr. Danial Zainal Abidin
12:29