Asalammualaikum sahabat...di video kali ini sy akan berkongsi cara mengikat jaring 1 inci setengah Aris atas & bawah, selamat mencuba👍 ....selamat menonton & semoga video ini bermanfaat UNTUK sahabat semua... Terima kasih
Assalamualaikum wr. wb pak cik.. menyimak cara ikat jaring 1 inci setengah, atas dn bawah, Terimakasih banyak pak cik telah sudi berbagi ilmu dn Pengalaman ny, smga chanel pakcik semakin berjaya, pak sihat selalu.amin
Terima kasih sahabat,sentiasa support, setakat ni di tempat saya musim bergelora, jadi setakat ini saya tk menjaring , insyaallah kalau cuaca baik ada rezeki saya akan buat videonya, terbaikkk 👍
Terima kasih sahabat, support dan doanya, saya doakan sahabat, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sahabat sekeluarga, Aminn 🤲
@@ishakdalim5648 terima byk tuan...semoga tuan di murhkan rezeki dgn kesihtan yg baik...ilmu susah nak cri..walau ada duit sebyk mana pun..terima ksh sekli tuan..sya minta halal ilmu ni ya...
Walaikumslm.... alhamdulillah...Tima kasih abang @ishak dalim.....semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yg terbaik buat keluarga Abang dan d murahkn rezki
Terima kasih doa dan supportnya, saya doakan sahabat semoga berjaya mengikat jaring 1 inci setengah, sekiranya sahabat dah dapat ikat nanti , sahabat nk tukar jaring sudah koyak,Aris atas dah bawah sahabat jangan buang nanti saya akan buat video,jaring cucuk tak perlu mengikatnya lagi, terbaikkk 👍
Terima kasih ilmu yang diberikan memang saya pernah buat jaring jika kiraan mata aris bawah sama dgn aris atas jaring turun tak cantik dan kiraan mata setiap cengkam pun penting.
Betullah tu sahabat, biar lebih bawah jangan lebih atas, jaring yang 1 inci setengah yang saya buat tu saya dah bagi penerangan, Insyaallah kalau ikut ukuran tu apa jaring pun memang nk lebih bawah, terbaikkk 👍
Waalaikumsalam sahabat,saya mintak sahabat bersabar ya, saya kena buat 1 1,oke sahabat , saya ada permintaan buat jaring 3 lapis 2 inci suku , jadi saya mintak sahabat bila saya buat jaring 3 lapis 2 inci suku, nanti dalam video saya, saya akan terangkan 1 inci setengah nanti,jadi apabila saya buat, saya ambil masa dalam 2-3 minit, saya akan masukkan jaring 1 inci setengah 3 lapis.
Assalamualaikum sahabat, video jaring 1 inci setengah 3 lapis tu saya dah buat ,ni link videonya : ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-mMvz9i_gbmE.html
Terima kasih sahabat, supportnya,saya mendoakan sahabat, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sahabat sekeluarga, Aminn 🤲
Alhamdulillah dpt ilmu lagi semoga dipermudahkan segala urusan..ada soalan saya nk Tanya. Jaring tagan Pari 9 inci yg Abg gunakan tu mcm mana nk buat? Jelaskan pada jaring yg Abg pakai pun dah cukup Maaf kalau menyusahkan .
Assalamualaikum sahabat, saya buat jaring tagan ikan pari, 1 cengkam Aris atas saya buat 12 inci , saya taruk 1 cengkam 2 mata, saya buat 4 cengkam 1 pantau, dalam pantau 1 mata, sehingga habis, Dan Aris bawahnya pula 1 cengkam 13 inci , 1 cengkam, 1 mata 1 batu, jalan terus tk ada free, dalam batu 1 mata, sehingga habis, sahabat boleh tanya soalan lagi insyaallah nanti saya jawab. Terbaik 👍
@@ishakdalim5648 Alhamdulillah tanda Tanya dah terjawab. Semoga Allah menganugrahkan Abg nikmat kesihatan untuk terus mencari rezeki di laut maupun di darat Ameen!!
Ok sahabat terima kasih doanya, saya pun tak berapa pandai, yang mana saya tahu itulah yang saya, dapat jelaskan kepada sahabat,saya doakan juga sahabat, semoga sahabat dapat buat jaring ikan pari ni sehingga siap , Aminn 🤲
Waalaikumsalam sahabat, saya nk tanya jaring 3 inci yang sahabat nk pakai, sahabat nk buat jaring hanyut ke jaring tagan,nanti insyaallah saya jelaskan, terbaikkk 👍
Wsalam sahabat, jaring 3 inci tenggelam (jaring tagan) saya harap sahabat dapat bagi cara jumlah mata dalam pelampung dan aras bawah batu nya. Sekian, Wsalam terima kasih
Oke sahabat, bermula dari Aris atas ,1 cengkam Aris atas 12 inci,sahabat taruk 1 cengkam 8 mata, lepastu 4 cengkam 1 pantau ataupun pelampung,dalam pantau 3 mata, sehingga habis. Untuk Aris bawahnya pula, 1 cengkam bawah 13 inci,1 cengkam 5 mata,oleh kerana sahabat nak buat jaring tagan, batunya kena berat, jadi batunya tiada free, jadi sahabat kena ikat 1 cengkam 1 batu,dalam batu sahabat taruk 2 mata, sehinggalah habis.
Asalamkum, sahabat saya ucapkan terima kasih pada sahabat diatas tunjuk ajar dalam membuat jaring pengalaman yang saya dapat ini sangat bermakna buat saya. Semuga sahabat dimurahkan rezeki kesihatan yang baik bersama keluarga dan dipermudahkan segala urusan.......Aamiin.
Assalamu Alaikum pak cik.saya mau buat jaring 2 inch 1 lapis tinggi jaring 1 meter 30cm.pake hitungan 201 timah.pertanyaan saya berapa mata untuk tali atas.berapa mata untuk tali bawah.trimakasih
Waalaikumsalam sahabat, terima kasih supportnya semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Oke sahabat kalau untuk jaring 2 inci, sahabat buat 1 cengkam Aris atas 15 inci, buat 4 cengkam 1 pelampung, dalam cengkam atas sahabat taruk 13 mata, dalam pelampung taruk 2 mata, jalan sehingga habis Untuk timah bawahnya pula 16 inci , 1 cengkam sahabat taruk 9 mata, dalam batu taruk 1 mata, sahabat nak buat 201 kan , jalan sehingga habis.
Terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan diluaskan rezeki, Aamiin 🤲 Oke sahabat, Untuk Aris atas sahabat buat 15 inci, buat 4 cengkam 1 pelampung, 1 cengkam atas sahabat taruk 13 mata, dalam pelampung 3 mata, jalan sehingga habis Untuk Aris bawahnya sahabat buat 16 inci, buat 101 boleh 201 pun boleh, untuk cengkam bawah 9 mata,dekat free 9 mata, dalam batu 1 mata, jalan sehingga habis Gunakan pelampung hotdog, kalau sahabat gunakan pelampung telur sahabat ikat 401, kalau pelampung hotdog, batunya 201 atau 101 pun dah okay. Kalau ikat 201 atau 101 gunakan pelampung jaring udang, Kalau guna pelampung telur gunakan batu jaring ikan dia kasar sedikit, kalau gunakan pelampung telur batu jaring ikan buat 101.
Terima kasih sahabat supportnya semoga sahabat sehat dan diluaskan rezeki, Aamiin 🤲 Kalau saya timah lipat ni boleh digunakan tapi dia sesuai untuk tambah batu yang ringan kalau nak lebih mudah pakai timah biasa sahaja lagi sesuai sebab dia tak rumit, Saya tak tau sahabat nak pakai berapa inci, sahabat cakap nak pakai berapa inci? Untuk hanyut atau tagan? , nanti saya berikan ukurannya.
Sahabat nak buat jaring hanyut atau tagan? Sebab ikatnya nanti tak sama sebab tu saya tanya, nanti saya berikan ukurannya, Kalau untuk hanyut sahabat boleh tengok video ni : ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-JelIum9uF7U.htmlsi=5xZa3L0WQp7bsY61
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Minta maaf kalau jala saya tak beberapa pandai, jadi saya tak dapat nak tunjukkan
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan diluaskan rezeki, Aamiin 🤲 Biasa ikat jaring ni ada keping panjang, ada keping pendek, keping panjang 1 keping biasa saya ikat 1 keping 56 depa dan keping pendek 1 keping 20 depa, mungkin sahabat silap yang sahabat tanya 300 meter berapa upah tu, itu salah kalau ikut keping 300 meter tu 16 keping jadinya. Keping panjang yang 56 depa 1 keping upah ikat saya ambil rm 100 Keping pendek rm 50.
NI part 1 : ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-8joxcGutjRo.htmlsi=LNQM9bbs4Qw5VblE Ni part 2 : ru-vid.com/video/%D0%B2%D0%B8%D0%B4%D0%B5%D0%BE-C90vCoBPOtg.htmlsi=bQTK4IUU8xDnbALk Ini untuk jaring udang sama juga juga untuk jaring ikan untuk air yang deras
assalamualaikum abg ishak sifu saya nak tnya sikit bole tak...saya nk buat jaring hanyut jaring timbul_ panjang jaring 91 meter_ dalam jaring 60 mata_saiz mata jaring 2.5inci_macam mna kiraan batu dan pelampung ye.jaring senangin...harap sifu bole tunjuk ajar la ye
Waalaikumsalam sahabat, minta maaf lambat balas, oke kalau sahabat nak buat jaring hanyut ikan senangin, saya bagi mata ukuran atas dan bawah , Aris pelampungnya ,1 cengkam sahabat taruk 12 inci, buat 4 cengkam 1 pelampung, dalam cengkam untuk pelampung atas, sahabat taruk 11 mata,dalam pelampung sahabat taruk 3 mata jalan sehingga habis, Untuk aris batu bawah, 1 cengkam 13 inci, lebihkan seinci sahaja,dalam cengkam bawah sahabat taruk 7 mata, sahabat ikat 101, 1 cengkam free 1 ,dalam batu , sahabat taruk 2 mata, jalan sehingga habis Kalau sahabat tk Paham, sahabat boleh tengok kat video 1 inci setengah tu, samalah untuk jaring senangin hanyut, bezanya mata cengkam Aris atas dan bawah sahaja.
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Kalau sahabat nak buat jaring siakap tagan, saiz 4 inci setengah untuk cengkam Aris atas 1 cengkam Aris atas 15 inci, buat 4 cengkam 1 pelampung, 1 cengkam Aris atas sahabat taruk 9 mata,dalam pelampung 2 mata, gunakan pelampung telur, jalan sehingga habis untuk timah bawahnya 16 inci sahabat taruk 6 mata, dalam batu 1 mata, batunya tiada free jalan terus,jangan gunakan timah jaring udang, gunakan timah jaring ikan, gunakan tali bawah tali hitam 2 Hun setengah, tali atas 4 Hun. Yang saya beri ukuran ni untuk khas jaring tagan, kalau jaring hanyut lain
Oke sahabat memang berbeza jaring laut dan sungai , saya kurang faham pertanyaan sahabat bawah lebih banyak dari atas yang sungai tu apa sahabat, kalau jaring tagan dengan hanyut memang betullah tak sama sahabat , jaring tagan dia lebih timah bawahnya itu aja bezanya.
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan diluaskan rezeki, Aamiin 🤲 Untuk buat jaring ni ada 2 , ada untuk tagan dan hanyut, Saya bagi untuk 2 cara satu untuk hanyut satu untuk tagan, Yang pertama kalau nak buat untuk hanyut tali atasnya 3 Hun setengah, bawah 2 Hun setengah, gunakan pelampung hotdog, Untuk hanyut 1 cengkam untuk Ari atas sahabat buat 15 inci, buat 4 cengkam 1 pelampung dalam cengkam atas sahabat taruk 13 mata , dalam pelampung 3 mata, jalan sehingga habis, Untuk timah bawahnya sahabat buat 16 inci, dalam cengkam bawah sahabat taruk 8 mata,dalam batu sahabat taruk 2 mata, buat 101 1 biji timah free 1, dekat free sahabat taruk 9 mata, sampai batu jalan balik sama macam mula 8, 2 , jalan sehingga habis, Gunakan timah jaring udang , nak gunakan timah jaring ikan pun boleh Kalau untuk buat tagan pula ukurannya sama dengan ukuran jaring hanyut yang saya berikan, cuma bezanya sahabat gunakan tali atas 4 Hun, pelampungnya pelampung telur, dan timah bawahnya sahabat gunakan 3 Hun timah jaring ikan, batunya tiada free jalan terus sehingga habis, 1 cengkam 8 mata dalam batu 2 mata, sama sehingga habis. Kalau sahabat kurang faham sahabat boleh bertanya lagi. Saya doakan semoga dipermudahkan, Aamiin 🤲
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan diluaskan rezeki, Aamiin 🤲 Oke sahabat ukuran sahabat boleh buat sama macam dalam konten saya atas dan bawah, batunya pun sama 101 kalau untuk hanyut, cuma kalau untuk Aris atas 1 cengkam sahabat taruk 15 mata, buat 3 cengkam 1 pelampung, dalam pelampung sahabat taruk 4 mata, jalan sehingga habis, Untuk timah bawah, 1 cengkam sahabat taruk 10 mata, dalam batu 2 mata, kalau nak berat sedikit buat 201, kalau nak buat 101 pun dah boleh. Sahabat dari mana?
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Ya sahabat memang Aris bawah nak kena lebih panjang sedikit baru dia oke. Panjang sangat pun tak boleh, pendek sangat pun tak boleh nanti jaring turun tak cantik.
Assalamualikum tuan, sy ada beli jaring saiz 2 3/4 berdiameter 0.30mm dua keping, tali 4mm, batu saiz 32 dan pelampung hotdog.. sy ingat nk buat jaring hanyut sekeping dan jaring tagan sekeping.. untuk kegunaan sungai. Boleh tuan huraikan cara2nya..
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya semoga sahabat sehat dan diluaskan rezeki, Aamiin 🤲 Untuk hanyut sahabat ikat untuk Aris atas buat 4 cengkam 1 pelampung, 1 cengkam Aris atas sahabat buat 15 inci, taruk 12 mata 1 cengkam, dalam pelampung sahabat taruk 3 mata, dalam pelampung matikan jarak pelampung sahaja,jalan sehingga habis Untuk timah bawahnya sahabat buat 101 freenya taruk 7 mata, dalam cengkam bawah 16 inci , 1 cengkam Aris bawah sahabat taruk 7 mata, dalam batu 2 mata, jalan sehingga habis, untuk yang hanyut ni gunakan pelampung hotdog, Untuk jaring tagan pula, sama juga sahabat buat 4 cengkam 1 pelampung, 1 cengkam untuk tagan sahabat buat 13 inci, dalam cengkam atas sahabat taruk 10 mata, dalam pelampung 3 mata, jalan sehingga habis Untuk timah bawahnya pula, sahabat buat 14 inci, sahabat buat 6 mata, dalam batu 2 mata, batunya tiada free jalan terus sampai habis, sebab nak buat tagan perlukan berat tak sama dengan yang hanyut, kalau sahabat nak pakai pantau telur untuk jaring tagan boleh sebab batunya berat kalau pakai pantau hotdog pun boleh, yang lebih baik pantau telur untuk tagan,selamat mencuba. Sahabat dari mana?
@@ishakdalim5648 untuk tali aris atas dan bawah guna tali yg sama boleh tak tuan sahabat? Sy dari terengganu.. terima kasih banyak2 tuan atas ilmunya, hanya Allah dpt membalasnya..
Boleh juga kalau atas dan bawahnya sama, tapi jangan lebih 4 Hun, Contoh kalau atas 3 Hun setengah bawahnya pula 3 Hun setengah, Yang paling cantik bawahnya 2 hun setengah untuk hanyut, Jadi kalau sahabat nak pakai atas bawah sama boleh juga, berbanding dengan jaring tagan sebab jaring tagan batunya berat , jadi terpaksa talinya kasar sedikit, kalau hanyut tak beberapa sesuai
@@ishakdalim5648 terima kasih tuan sahabat atas ilmunya.. semoga sahabat di beri kesihatan dan di murahkan rezeki.. sy baru belajar nk buat jaring, kekok sikit lah bila nk menjahit..
Waalaikumsalam sahabat, minta maaf lambat balas saya kurang sihat, sahabat dah nengok video saya ikat jaring 1inci setengah Aris atas dan bawah, ukurannya sama sahabat atas dan bawah bezanya yang jaring 1 inci setengah tu pantau panjang, kalau sahabat nak buat jaring belanak saya syorkan pantau telur, bezanya masuk mata sahaja atas dan bawah, untuk jaring 2 inci , Aris atas sahabat taruk 1 cengkam 12 inci, sahabat taruk 13 mata , buat 3 cengkam 1 pelampung, dalam pelampung sahabat taruk 3 mata, jalan sehingga habis, Untuk Aris bawahnya, sahabat ikat 1 cengkam 13 inci, sahabat taruk 7 mata sahabat buat 301, 3 biji timah free 1, dalam timah 2 mata, jalan sehingga habis. Gunakan batu jaring udang
Untuk ikan ape ni pakcik,,,ikan belanak ke atau yg laen,,,mklom baru nk belaja🤣🤣🤣saye melayu riau pakcik,,melayu asli,,,ttpi saye ade buat krj kat malaysie ni buat ronefat rumah🤣🤣🙏🙏🙏🙏
Owh ye ke, jaring yang sahabat nengok tu macam-macam boleh untuk anak anak ikan, ikan belanak anak ikan senangin dan udang pun dapat, kalau didarat ikan puyu , sepat dan haruan tapi tak besar , kalau ikan haruan kecil dapat sebab mata saiznya kecil.
Terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Dalam video saya yang sahabat tengok tu, sama ikatannya tapi saya ikat ada kecuh sedikit, ikan memang kuat membolot, jaring yang saya ikat ni boleh main di kawasan pantai jaring hanyut dan buat di parit pun boleh buat tangkap ikan puyu, kalau sahabat nak tagan, contoh kalau sahabat nak main pantai sahabat kena taruk batu, hujung, tengah dan pangkal
Waalaikumsalam sahabat, untuk pelampung atas, 1 cengkam 12 inci sahabat ambil 1 cengkam 11 mata, 4 cengkam 1 pelampung, dalam pelampung sahabat taruk 3 mata jalan sehingga habis, Timah dibawahnya pula, sahabat ambil 1 cengkam 13 inci, dalam cengkam bawah, sahabat taruk 7 mata, sahabat buat 101, 1 cengkam free 1, dalam batu sahabat taruk 2 mata jalan sehingga habis, Yang saya tunjuk ni untuk jaring hanyut kalau untuk jaring tagan nanti sahabat beritahu saya nanti saya adjust balik.
Assalamualaikum bang Ishak sy nk tanya kalau buat pukat tarik pantai satu inci setengah pelampung atas brp mata ye sy baru nk belajar bang dan timah nya brp mata
Waalaikumsalam sahabat, minta maaf sahabat kalau ditempat saya ada , pukat hanyut , pukat tangan, kalau pukat tarik tu kalau di tempat saya tu mungkin kisa, oke sahabat saya pukat tarik ni saya tk pernah buat, saya cadangkan kalau Sahabat nk buat pukat tarik, 1 cengkam sahabat buat atas 10 inci, dalam cengkam sahabat taruk 13 mata,2 cengkam 1 pelampung, dalam pelampung 3 mata, jalan sehingga habis, Dibawahnya pula, ukurannya pun sama, 1 cengkam 10 inci juga, tapi bezanya, 1 cengkam bawah taruk 7 mata, dalam batu 2 mata, tak de free batunya , jalan terus , sehingga habis. Sebab pukat tarik ni batunya nk berat sahabat.
Assalamualaikum sahabat,saya nk tanya ,jaring sahabat nak buat 3 lapis ni jaring 3 inci, biasanya jaring ikan senangin , sahabat nk buat dilaut ke didarat, air kedalaman berapa, sahabat jelaskan ,nanti insyaallah saya jawab.
Waalaikumsalam, saya pakai jaring mata tegak, saiz jaring kalau nak buat jaring belanak saiz kalau pakai 1 inci setengah belanaknya kasar kasar sedikit, Kalau 1 inci suku yang kecil-kecil pun dapat. Kalau sahabat nak buat saya syor sahabat cari jaring 1 inci setengah tangsi, paunnya 023, labuh mata 60 mata cap ikan , sama macam jaring yang saya ikat di konten ni.
Terima kasih sahabat supportnya, minta maaf lambat balas,semoga sahabat sehat dan diluaskan rezeki, Aamiin 🤲 Boleh sahabat tapi sekarang kos jaring tinggi sahabat, saya nak ambil serba salah, barang semua naik peralatan jaring, ramai yang suruh buat tapi saya kesian kepada pembeli kerana harganya tinggi. Sahabat dari mana?
Waalaikumsalam, terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Yang saya buat ni untuk timbul sahabat, kalau sahabat nak buat yang tenggelam sahabat adjust batu sahaja, ukuran sama atas dan bawah, di dalam konten saya , saya ikat 101 sebab saya buat timbul kalau sahabat nak buat tenggelam buat 301, jalan sehingga habis.
Oke sahabat, daripada pelampung, tali , timah ukuran ikat atas dan bawah sama macam di konten saya, Macam Gini sahabat, yang dipanggil 301 , daripada mula sahabat ikat timah, 3 biji timah free 1 , jalan lagi 3 biji free 1 lagi, jalan sehingga habis , Contohnya sahabat ikat, satu batu, dua batu , tiga batu , free 1 , jalan lagi satu batu ,dua batu , tiga batu , free 1, satu batu , dua batu ,tiga batu , jalan sehingga habis
Nak tanya jika jaring 1.5 inci....jika katam pukat 10 inci....katam tu sama macam cengkam...nak tanam berapa anak mata berapa anak mata.....nak tanya jika tiga cengkam 1 pelampung....2 cengkam....1 ladung ...ok tak.....nak tanya lagi.setiap cengkam batu saya bagi lebih..1cm....contoh pelampung 27 depa ...batu akan jadi 28 depa....ada masalah tak dengan cara ini
Assalamualaikum, terima kasih sahabat hadir ke channel saya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Minta maaf saya kurang faham katam tu apa ya? Sahabat nak buat jaring apa, jaring hanyut atau tagan, 10 inci tu sahabat nak buat kandul ke? Untuk pertanyaan dibawah saya tak syorkan sekurang-kurangnya 5-6 depa lebih dibawah barulah jaring cantik turun.
Oke,kalau sahabat nak buat cengkam 10 inci , jaring 1.5 inci sahabat nak buat jaring apa , jaring belanak ke? Kalau sahabat nak buat jaring belanak , saya syorkan boleh 1 cengkam 10 inci, 1 cengkam Aris atas 10 inci sahabat taruk 15 mata, buat 3 cengkam 1 pelampung, dalam pelampung 3 mata, jalan sehingga habis, gunakan pelampung telur, Untuk Aris bawahnya ladung, sahabat buat 1 cengkam 11 inci ,dalam cengkam bawah sahabat taruk 10 mata, sahabat buat 301, 3 cengkam free 1 dalam landung 2 mata jalan sehingga habis, Ni yang saya syorkan untuk buat jaring belanak. Gunakan timah jaring udang
Terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Sahabat nak buat jaring hanyut atau tagan, Jalan masuknya atas dan bawah sama , cuma bezanya tagan dan hanyut sahaja, Yang macam saya buat tu untuk jaring hanyut, kalau untuk jaring tagan tambahkan timah bawah.
Airnya dalam 50 meter Jaring 1 1/4 matanya halus, sahabat nak tangkap ikan apa? Maksud saya, hanyut atau tagan yang jaring tarik dasar saya kurang faham,,
Terima kasih sahabat supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Oke sahabat , jaring 1 inci setengah ni saya buat untuk main di parit, buat cari ikan puyu dia timbul, kalau merentang di air dalam dia tenggelam, betullah kata sahabat tu jaring boleh tenggelam.
Assalammualaikum pak cik. Mau tanya lagi klau mau buat jaring 3inci, buat ikan nila di rawa rawa berape mate 1 cengkam dan berape mate dalam pelampung, dan jarak 1cengkamnya berapa inci
Terima kasih sahabat supportnya, minta maaf lambat balas, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Saya nak tanya, di rawa rawanya sahabat nak buat jaring hanyut atau jaring tagan, maksud saya kalau untuk jaring tagan, jaring tu dipacak kayu atau sauh tak berjalan yang 1 lagi untuk hanyut, sahabat jelaskan nanti saya berikan ukurannya.
Kalau jaring tagan, 1 cengkam untuk Aris atas sahabat buat 12 inci, dalam cengkam sahabat taruk 10 mata,buat 4 cengkam 1 pelampung, dalam pelampung 2 mata,jalan sehingga habis Untuk Aris bawahnya pula 1 cengkam 13 inci, sahabat taruk 6 mata, batunya tiada free kerana jaring tagan perlu berat sedikit,dalam batu 2 mata, jalan sehingga habis.
Ketiga-tiga keping semua ke nak buat jaring tagan? Untuk jaring 3 1/2 Untuk Aris atas sahabat buat 1 cengkam 15 inci, buat 4 cengkam 1 pelampung, dalam cengkam atas sahabat taruk 13 mata, dalam pelampung taruk 2 mata, jalan sehingga habis, Untuk Aris batu bawah sahabat buat 1 cengkam 16 inci, 1 cengkam bawah sahabat taruk 8 mata, dalam batu 2 mata, buat 501 5 biji batu free 1 , jalan sehingga habis,
Untuk 4 1/2 Untuk Aris atas sama juga 15 inci ,buat 4 cengkam 1 pelampung, untuk cengkam atas sahabat taruk 10 mata, dalam pelampung 2 mata, jalan sehingga habis, Untuk Aris batu bawah, sama juga 16 inci, dalam cengkam bawah sahabat taruk 6 mata,sama juga buat 501 5 biji batu free 1 , dalam batu 2 mata, kalau nak lebih berat lagi tak perlu free jalan terus batunya, sebab kalau tagan perlukan berat. untuk Aris bawahnya gunakan tali hitam keras , jangan tali jaring udang dia lembut, nanti gunakan tali jaring udang batu dia kuat masuk dekat isi
Terima kasih sahabat supportnya, minta maaf lambat balas, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Kalau atas 30 m, bawah mesti nak 40 m dia tak boleh sama atas 30 bawah 30 nanti jalan tak cantik
Kalau saya suka nilon , sebab dia mencerut kalau nak putuskan tak perlu guna gunting atau pisau, rentap sahaja dia sudah putus, Saya pakai benang nilon nombor 9
Waalaikumsalam sahabat, terima kasih supportnya, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲 Kalau sahabat nak buat untuk jaring hanyut dalam konten saya tu sahabat boleh ikut ukuran atas dan bawah itu saya buat untuk hanyut, kalau untuk jaring tagan ukurannya sama atas dan bawah di video saya, cuma bezanya pelampung atas dan timah bawah, Kalau sahabat nak buat jaring tagan , sahabat gunakan pelampung telur 3 cengkam 1 pelampung, matanya sama dengan konten saya , jalan sehingga habis, Dan untuk timah bawahnya pula, ukurannya pun sama cuma sahabat buat batunya tiada free jalan terus, dalam batu 2 mata, jalan sehingga habis
Kalau sahabat nak menjaring ikan beliak mata atau ikan pupot tak sesuai 1 1/3 paling kecil pun nak 2 inci setengah baru sesuai, sebab ikan poput ni ada yang besar-besar tapak tangan, kalau 1 1/3 dia nepek sahaja sahabat.
Tak pe sahabat, kalau jaring 1 1/3 tu kalau untuk tangkap ikan belanak dan ikan-ikan kecil yang lain, tapi kalau untuk ikan pupot memang tak sesuai, untuk jaring ikan pupot saiz jaring yang sesuai yang saya cakap tadi 2 inci setengah hingga 3 inci, tempat sahabat banyak ke ikan pupot ke? Air kedalaman berapa?
Waalaikumsalam sahabat, saya pakai benang nombor 9 , untuk ukurannya sama sahaja dengan 1 inci setengah Aris atas dan bawah,kalau sahabat nak buat jaring belanak tukarkan pelampung telur, yang saya pakai tu pelampung panjang , ukurannya sama, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezeki, Aamiin 🤲
Kalau sahabat nak buat jaring ikan belanak baru pakai pelampung telur, kerana ikan belanak ni separuh air, kalau sahabat nak jaring ikan biasa pakai pantau panjang yang saya pakai dalam video tu
Terima kasih sahabat supportnya, Sahabat nak buat jaring setengah inci ,saya sarankan 1 cengkam pelampung atas 23 mata, ikat 3 cengkam 1 pelampung, dalam pelampung 5 mata,untuk cengkam atas 1 cengkam 12 inci, jalan sehingga habis, Untuk batu dibawahnya pula, 1 cengkam 13 inci, dalam cengkam bawah 17 mata, ikat 101, 1 cengkam free 1, dalam batu sahabat taruk 2 mata, jalan sehingga habis, Paling senang sahabat tengok kat video ikan jaring 1 inci setengah, bezanya mata atas dan bawah sahaja, Kalau ada pertanyaan insyaallah saya akan jawab.
Terima kasih sahabat hadir ke channel saya, minta maaf lambat balas, tk de sahabat, jaring yang saya buat ni saya ikat buat pakai sendiri sahaja, semoga sahabat sehat dan dimurahkan rezekinya, Aminn 🤲
@@shahjanggut2066 tak de Sahabat, yang saya pakai jaring bawal 5 inci, jaring senangin 3 inci dan jaring udang itu je yang saya pakai, 2 inci memang tak de, sahabat chokoh dekat mana , dekat pengkalan wak Lam ke?