[ JENAYAH MINGGU INI ]
Sarang samseng jalanan terus digempur...
Dan malam tadi.. Tindakan menongkah arus bagi meloloskan diri dari sekatan polis akhirnya membawa padah kepada 9 remaja selepas berjaya ditahan.
Itu antara aksi yang sempat dirakam dalam ops samseng jalanan di jalan raja laut malam tadi.
Operasi bermula jam 1 pagi itu dilakukan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.
Menurut Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.. Lokasi itu akan terus dipantau bagi mendisiplinkan pengguna jalan raya serta mengurangkan peratusan kemalangan jalan raya.
Operasi diketuai Pegawai Turus Penguatkuasaan JSPT KL DSP Mohd Safiee Ishak dan ASP Ahmad Fuad Mahmod selama 3 jam berakhir dengan 460 helai saman atas pelbagai kesalahan trafik.
8 remaja ditangkap kerana menunggang secara merbahaya.
Manakala seorang lagi remaja ditahan atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Dalam operasi itu juga.. Dua lelaki turut dikesan menunggang dalam keadaan mabuk dan menunggang motosikal curi.
9 buah kereta turut disita atas kesalahan enjin tidak didaftarkan dan ubah suai kenderaan.
27 buah motosikal disita.
Operasi tamat jam 3 pagi tadi.
_____________________________
Like, Follow & Subscribes us at
Facebook / metronewsmedia
Twitter / twt_metronews
Instagram / metronewskl
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
17 авг 2018