JENAYAH MINGGU INI.
Gara-gara tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab membuat pusingan u untuk elak dicekup... seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas merempuh kereta terbabit malam tadi.
Kejadian berlaku ketika polis trafik kuala lumpur melakukan sekatan jalan raya di Jalan Raja Laut.
Mangsa bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.
Ops Roda yang tertumpu pada semua jenis kenderaan di laluan arah Dataran Merdeka menghala ke Jalan Chow Kit itu turut dibantu beberapa agensi lain.
Antaranya Jabatan Alam Sekitar JAS dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL.
Hasil 2 jam operasi bermula pukul 10 itu akhirnya mengeluarkan 138 saman atas pelbagai kesalahan.
Tidak pamer cermin sisi motosikal dan lesen P antara kesalahan paling kerap dilakukan.
18 buah motosikal turut disita.
JAS turut mengeluarkan 13 notis.
Operasi terbabit berakhir jam 12 pagi tadi.
Like, Follow & Subscribes us at:
pages/MKLcri...
mklcrimedesk.com/
/ tvmetro
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
24 апр 2016