Good job ml studio pagi2 bg ilmu agama mcm ni. Selama ni kurang tahu jugak cerita nabi idris. Lpas ni blh seach cerita tentang nabi idris sbb selama ni dgar cerita yang femes jee
@@shaddifer Kan ada mnusia biasa yg bela Jin,xpun Saka... Syaitan tu tukang hasut dorang untuk jadi jahat je... Sama gk ngn Iblis ... Tapi sifat Jin ni suka nipu,manusia biasa lak tamak .🤦♀️
mashaAllah. tinggi nya amalan nabi idris sehingga dpt berkawan dengan malaikat serta bnyak permintaan baginda dikabulkan. aku ni berkawan dengan manusia pon tk lepas. ade je yg cakap belakang. Semoga Allah redha deggan perjalanan hidup aku. ameen
Hebatnye seorang nabi boleh berkawan dengan malaikat.selalu kalau dengar kisah nabi.selalu terbayang terutamanya manusia masa tu sikit lagi.mungkin Allah hantar malaikat untuk berkawan sebab manusia tk banyak.Wallahuaalam
Yes... Ini baru betul info cerita semula kisah nabi² dan rasul... Perbanyakkan menyampaikan kisah para nabi rasul dan sahabat²... Untuk renungan dan tontonan anak² masa skang... Klu x zaman anak cucu masih sesat x tau sejarah... Teruskan ML untuk sebarkan dakwah secara terbuka mcm video ini...
Nabi Idris AS adalah keturunan keenam dari Nabi Adam AS, bapanya ialah Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam AS. Nabi Idris adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Nabi Adam AS dan Nabi Syith AS. Nama asli baginda ialah Akhnukh (Arab), Enoch (Inggeris) dan Henokh (Hebrew/Ibrani) Nama "Idris" (Bahasa Arab: إدريس) telah dihuraikan mungkin sebagai perkataan asal untuk maksud "penghurai. Abdullah Bin Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Idris mempunyai paras rupa yang menarik, susuk tubuh tegap, tinggi, berjanggut lebat dan bersifat pendiam Dalam buku “Nabi-Nabi dalam al-Quran” karya Afif Abdul Fatah, yang mengutip sejumlah keterangan ulama, disebutkan Nabi Idris AS dilahirkan di Munaf (Memphis), Mesir. Dia lalu berdakwah menyebarkan agama ke wilayah Iraq kuno (Mesopotamia). Tapi,sebahagian lagi berpendapat Nabi Idris AS dilahirkan dan dibesarkan di Babylon. Menurut Ibnu Ishaq, Nabi Idris A.S. juga dikenali sebagai manusia pertama yang pandai menulis menggunakan pena. Ada yang mengatakan Nabi Idrislah orang yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah SAW ; Dari Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami, Rasulullah SAW bersabda “Dahulu, ada seorang nabi yang menulis dengannya (maksudnya menulis di atas pasir), barang siapa yang sejalan dengan tulisannya, demikian itulah (tulisannya).'' (HR Muslim) Syeikh Mun’im menegaskan bahawa pena adalah makhluk Allah yang pertama diciptakan dan Nabi Idris merupakan orang yang pertama menggunakannya. Para ilmuwan pernah menemukan beberapa potongan naskhah kuno yang dikaitkan dengan Nabi Idris. Para sejarawan menyebutnya sebagai Kitab Henokh. Salah satu cerita dalam kitab itu berisi tentang peradaban tertua di bumi Lemuria, Atlantis yang hilang ditelan bumi. Juga, ramalan tentang banjir besar yang akan terjadi di bumi. Para ilmuwan menduga Kitab Henokh itu datang daripada Nabi Idris A.S. Selain itu, baginda juga dikenali sebagai ahli yang mahir dengan ilmu bintang dan falak. Baginda adalah orang yang pertama kali menggunakan bintang sebagai penunjuk arah, waktu yang tepat untuk bercucuk tanam, menjangkakan cuaca, dan lain-lain. Bangsa Sumeria sering dikaitkan dengan Nabi Idris kerana beberapa penelitian membuktikan bangsa Sumeria telah mempelajari ilmu perbintangan untuk mengetahui masa bercucuk tanam dengan baik. Sebagai contoh, buruj Taurus yang dipercaya sebagai permulaan musim bunga dan masa untuk bercucuk tanam. Sedangkan, buruj Virgo dipergunakan sebagai waktu yang tepat untuk menuai. Dikatakan manusia sudah berbicara menggunakan 72 bahasa pada zaman baginda. Berdasarkan catatan sejarah, sekitar 3.500 hingga 3.000 SM, bangsa Sumeria (Iraq) telah dikenal sebagai bangsa paling tua di dunia yang memiliki bukti kemampuan menulis. Pada 3.000 hingga 2.000 SM, bangsa Mesir juga menunjukkan hasil yang sama. Ada juga pendapat mengatakan bahawa Siddhattha Gautama Buddha adalah Nabi Idris. Dalam agama Buddha, seorang bikkhu harus memakai jubah yang dibuat sesuai dengan ketentuan dan peraturan yang harus ditaati oleh semua bhikku. Ini menunjukkan bahawa Siddhattha telah merancang sendiri pakaian kebikkhuan yang akan digunakan nanti semasa di pertapaannya. Untuk menjadi bhikku, salah satu keahlian ialah pandai menjahit. Dalam kitab Mustadrak al-Hakim, Nabi Idris dipercayai sebagai seorang penjahit berdasarkan hadis berikut ; Dari Ibnu Abbas R.A. berkata ; “.......Idris adalah seorang penjahit....” (Riwayat al-Hakim) Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka , kisah )Idris yang terdapat tersebut di dalam al-Quran. Sesungguhnya ia seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi.Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 } "Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka dari orang-orang yang soleh." { Anbiya : 85 - 86 }
Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Al-Hajj (52)
Jadi ada 3 Nabi Allah yg masih hidup sampai sekarang. Nabi Idris a.s, nabi Isa a.s dan nabi khidir a.s. ada riwayat menyatakan Allah membenarkan nabi Idris tinggal disyurga kerana telah merasakan sakitnya mati ketika Izrail mencabut nyawa baginda walaupun lepas tu rohnya dikembalikan kedalam jasad. Merasakan mati antara syarat utama untuk melalui jalan kesyurga atau neraka bahkan tidak terkecuali untuk hambaNYA yg taat dan beriman. Semoga kita sentiasa mengingat mati supaya tak leka mengejar dunia.
Tak , Nabi Idris sudah merasai saat detik sakitnya kematian dan ada kisah bahawa Nabi Idris apabila sudah melihat keindahan Langit dan keindahan Syurga lalu baginda tidak mahu turun ke bumi betapa indahnya suasana disana oleh kerana Nabi Idris pernah merasai kematian Allah membenarkan Nabi Idris berada disana terus menerus, berbeza dgn Nabi Isa kerana baginda belum lagi merasai kematian ,Nabi Khidir pula wallahualam
Teknologi direct daripada syurga+ilmu dari ayahanda beliau.. Bermakna jahitan dan feksyen bukan kaleng2.. bilamana rujukannya dari syurga iaitu tempat yg penuh bahagia dan lengkap, maka hasil dari design pasti mantap.. jngan kita anggap pakaian kulit binatang yg berselempang tu.. pendapat aku la, teknologi dan ilmu zaman nabi idris ni melbihi zaman2 kita ni.. Kemudian Allah restart semula bumi dengan banjir besar zaman nabi noh...sebabnya, manusia telah mula buat kerosakan secara besar.. secara global... pendapat ja, jgn kecam ...huhuhuhu
2 kali saya mendengar sebutan .. asalkan kita beriman kepada nabi idris as.. kita diwajibkan percayakan nabi dan rasul sahaja n bukan beriman pada mereka.. yang saya tau .. kita hanya wajib beriman kepada Allah sahaja.. maaf .. saya pun kurang arif pasal agama .. 🙏 mohon penjelsan agar tak terpesong akidah kita 🙏
Kalimah tauhid yg sama "لا إله إلا الله " .. cuma para rasul dulu diutuskan terhadap kaum2 mereka yakni bukan menggunakan bahasa arab..cuma ada 4 rasul yang berbangsa arab termasuk Rasulullah saw..yg lain bukan..
Mahar kahwin Nabi Adam a.s kpd hawa dlm syurga ialah selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum tu puas Nabi Adam mencari Mahar di dlm syurga Bayangkan di dlm syurga semua dh ada tp tiada satu pun layak dijadikan Mahar melainkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Mohon penjelasan,dalam hadis di masyar manusia berjumpa dgn Adam untuk minta syafaat tapi beliau menolak & mencadangkan manusia menemui Nuh kerana dia adalah rasul pertama yg diutuskan/dia org pertama yg diangkat sbg rasul.persoalannya adam sampai Idris nabi atau rasul yg sebenarnya?
Nabi ada 124000 orang tapi Rasul hanya ada 25 orang termasuk 5 orang Rasul ululazmi dan umat Islam wajib beriman dengan Rasul-Rasul tersebut. Nabi menerima risalah hanya untuk dirinya dan tidak wajib menyampaikan pada orang lain tapi Rasul menerima risalah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain atau kaumnya.