Tahun 2024 masih layan lagu ni Best, ingat lagu ni keluar tahun 1993 kalau x silap 31 tahun lepas masa lagu ni keluar umur aku 9tahun skang dah 40 tahun dah umur aku, apa pun rentak lagu ni memang Best, rindu lagu2 lama...
Antara lagu Nico yang terbaik pada tahun 90an, banyak lagu-lagu yang top ketika era itu seperti Iklim, Search, Wings, KRU, Amy Mastura, Erra Fazira, Jamal Abdillah, dan ramai lagi. Tapi sekarang lagu Malaysia nampaknya tidak sehebat seperti dulu, sebaliknya lagu Indonesia pula yang hit. Ini kena kaji semula
🔥Oja vs Muss vs Cliff🔥 #GegarVaganza2020 membawaku ke sini 😁 KEBABOOM!!! 🤯 Best la lagu ni 🤔 mcm penah dgr... 😅 tpi 1st time kot tgk liriknyer 🤩 A very2 meaningful rap song! 🤓👍🏻 Like 100% only RAP!!! 😅😁🤯 All da BEST to all, especially to my fav one, 🌟OJA🌟
Lejen..dulu siap kumpul duit blanje sekolah nak beli tape original group Nico.. sbbkan minat sangat dgn group ni.. husband bagi nama anak pun Nico..☺️😁
masa ni zaman budak sekolah menengah pakai seluar sekolah style jeans & kaki seluar bell bottom, baju sekolah kat belah blkg bawah ada tulis nama group masing2, dlm sekolah x nampak sebab baju 'take in', bila balik sekolah baru 'take out' utk showoff hahaha
Aku Nico nak cerita Cerita rapper muda di kota Umur muda mahu bercinta Sampai hidupnya porak peranda Siang malam menangis memekak Sampai mata dah naik bengkak Macam orang hilang isteri anak Menyusahkan ibu dan bapak Malasnya ke sekolah Guru Besar sudah naik marah Ini menambahkan masalah Sudah ingat nak lari rumah Minta duit nak beli buku Kononnya nak baik dengan guru Orang tua nya tak-tak tahu Yang anaknya kaki penipu Korus: Kenapa kamu, mengapa jadi begitu Inilah nasib ku Kenapa kamu, mengapa jadi begitu Inilah nasib ku Mulalah ingat nak seronok Dah lama terasa kekok Sebab dah pandai beli rokok Sampai perangai tak dapat sorok Hari hari makin gelisah Sebab terjebak dengan dadah Sehingga dirinya membawa padah Sampai mak bapa dah naik susah Makan minum tak menentu Tiada siapa yang ambil tahu Hidup macam batang kayu Hanya diam duduk mem-membisu Dengan berkat doa selalu Hanya tuhan yang-yang tahu Agar aku dapat restu Untuk mulakan hidup yang baru Ulang korus 2x Yo - cerita ini bukan tipu (Hei) Cerita ini pernah berlaku Ini nasihat aku bagitahu Agar kamu tahu satu per satu Yo inilah kisah kehidupan Janganlah kita sia sia kan Cerita ini jadikan tauladan Inilah hanya satu peringatan Ulang korus hingga habis
Lagu aku dengar masa budak tahun 1996/97. Walau masa tu rappers KRU mencanak naik, tapi lagu ni banyak bagi nostalgia buat batch batch 90an dulu.... lagi lagi yg baya baya aku.. yg dah cecah umur 34 tahun skang ni....
Ni lagu betul -betul kisah hidup gua"inilah kisah kehidupan gua yang sebenarnya pada masa tu gua hidup dalam dunia khayalan yang gua buat sendiri "Alhamdulillah gua bersyukur kerana masih ada orang2 yang sangat sayangkan gua bagi gua sedar bahawa anakku sentiasa ada untuk gua dan sentiasa bersama gua tak kira bapak dia nie seorang penagih dadah yang tegar,emak gua pun tak pernah berhenti berdoa semoga Allah akan memberi pintu hati gua untuk kembali ke pangkal jalan menjadi seorang yang normal dan menjadi seorang bapak yang bertanggung jawab kepada keluarga dan kepada dua orang anaknya azhar dan Farriz, dan dapat menjaga emak,yang sudah tua dan kurang sihat. Gua pak cik