#sesatdihutan #kampungbunian #kisahseram
200 orang tentera darat dan udara serta anjing pengesan gagal menemui jejak kami
3 April 1987
Dari MPTI, JB menuju ke Bandar Pusat Jengka. Singgah di Segamat dengan menaiki bas. Semua ahli pengakap sesi 85/88 MPTI mengikuti perjalanan ini. Tujuan utama adalah kursus manik kayu iv. Tiba di Kem Mahkota, BPJ tepat pukul 9.00 malam. Kehadiran kami dari Johor, disambut dengan meriah pengakap dari Pahang daripada pasukan Kelana, Pemimpin-pemimpin Pengakap Pahang dan mereka menerima kedatangan kami seperti telah kenal begitu lama. Malam ini, kami dikehendaki tidur dulu di dataran kem itu, kerana kesuntukan masa untuk mendirikan khemah.
Dari pagi hingga waktu Zohor, kami dikehendaki membersihkan kawasan khemah. Gabungan pengakap dua negeri yang berkumpul ini dibahagikan kepada 12 patrol. Aku termasuk dalam Patrol Tualang, yang terdiri daripada tiga teman dari MPTI iaitu Rosli Ismail, Abdul Razak Hussein dan Rizal Ghazali. Tiga pemimpin pengakap yang bergabung dalam patrol ini ialah Mohamad Jais Idrus, Zainal Abidin Hamzah, dan Hasnah Yus
Kami mempelajari ilmu-ilmu pengakap seperti berkawat, membuat gajet, motivasi, teknik memasak di dalam hutan dan pelbagai kemahiran pengakap yang lain. Setiap malam kami tidur jam 2 - 4 pagi. Juru latih bagaikan tentera. Malam 7 April angin ribut melanda kawasan perkhemahan kami. Sebatang pokok yang besar (yang masih hijau) tumbang menghempap khemah di sebelah patrol kami. Khemah dan segala peralatan seperti beg, pinggan-mangkuk hancur dihempap pokok besar itu.Keadaan begitu huru- hara. Alhamdulillah tidak ada yang terkorban dalam kejadian jam 11.30 malam itu. Ketika mendengar pokok itu tumbang, kami semua lari lintang pukang meninggalkan tempat itu.
8.00 pagi, kami diberi penerangan tentang tracking yang akan ditempuhi tengah hari ini. Jam 11.50 tengah hari kami mula memulakan pengembaraan ini. Semua patrol yang jumlahnya 12, dikehendaki mengembara mengikut tempat-tempat yang berlainan. Kami dibekalkan sekotak mancis, sekati beras, sekeping khemah, bawang merah, satu tin sardin. Kami difahamkan akan sampai di SK Jengka 10 pada jam 7.00 petang nanti.
Perjalanan ini memang mencabar. Kami menempuh hutan yang penuh berduri, terutama duri rotan. Hutan ini pernah diambil balaknya mungkin 10 tahun lalu. Kami menyeberangi anak-anak sungai. Meskipun ini tiada rehatnya, namun setelah tiba magrib, kami belum menemui apa-apa. Sungguh aneh, kami tidak terjumpa bekas tapak kaki manusia. Seolah-olah kami telah mengembara di hutan Jengka ini seminggu lamanya!
Rosli yang kami anggap ketua mengumumkan sesuatu yang menakutkan. "Kita telah sesat". Masing-masing terpinga-pinga. "Malam semakin hampir, lebih baik kita berkhemah di kawasan ini" Kami berpatah balik beberapa meter dari kawasan yang dipenuhi pokok buluh itu. Rosli membisikkan kepadaku "Aku tadi nampak seorang lelaki memakai baju Melayu macam cerita Hang Tuah kat pokok buluh tu" " Mungkin itu bayangan kau sahaja" Ujarku "Betul Som, tak kan kau tak percayakan aku" Aku meninggalkan Rosli, dan melihat Jais memanggil kami. "Aku dah jumpa tempat yang sesuai untuk kita berkhemah malam ni, tu ha tempat lapang tu"
Rosli mengajak aku mencari kayu api untuk unggun api malam ini. Razak, Rizal, Jais, Zainal dan Hasnah membersihkan kawasan itu. Hasnah mula memasak, Jais mengingatkan supaya masak berjimat, kerana kami tidak tahu berapa hari pengembaraan ini akan berakhir.
Di sekeliling kami penuh hutan. Tiada satu suara yang menunjukkan adanya manusia. Tidak ada suara dengungan motosikal yang mungkin tiga atau empat kilometer dari sini. Segala-galanya senyap dan sunyi sesunyinya.
Kami telah sediakan kayu-kayu yang ditajamkan seperti bambu runcing. Tidak jauh dari sini, ada anak sungai yang jernih airnya. Kami gunakan air itu untuk minum, mandi dan memasak. Kami rasa, ada binatang buas yang sama-sama ingin meminum air itu. Malam ini kami bergilir-gilir berkawal. Tiba-tiba jam 11 malam, keadaan menjadi kecoh. Sekumpulan beruk di atas pokok...(tgok video)
Hasnah seperti mengingati ibunya. Pasti ibu dan saudara maranya di luar sana sangat risau apabila Hasnah sesat bersama 6 pengakap lelaki yang belum tahu asal-usulnya.( Bayangkan kalau Hasnah itu anak anda, pasti anda menjadi gila memikirkannya). Yang mungkin menjadikan mereka tidak risau kerana adanya Jais dalam kumpulan kami. Jais itu adalah jiran Hasnah di Jerantut.
Akhirnya pagi menjelma, dan kami lalui 9 April dengan selamat. Kami mengemas khemah dan peralatan yang ada. Kami mula meneruskan pengembaraan, dan yakin hari ini pasti kami akan keluar dari hutan Jengka ini. Perjalanan hari ini lebih mencabar. Rizal yang berada paling di belakang mendakwa, ada suara yang memanggilnya "Rizal, Rizal,...Rizal". Kami buat tak endah dengan dakwaan Rizal.
Mata dan pandangan kami juga mula di pukau oleh fatamorgana. Pertama sekali, kami melihat satu puncak bukit yang seperti sedang dibangunkan. Kawasan itu ditambak dengan batu merah. Sambung tengok video aku nilah.
21 окт 2024