Walaupun kalah... Kita tetap bersaudara.... Pahang Dan Kedah layak main kat final sepatutnya.. Sbb persaingan tahap final.. Nasib lebih menyebelahi kedah... Papepon all the best Pahang Dan kedah 💪💪💪
betol tu...tahniah kpd kedua dua pasukan.. trima kasih kpd smua pemain kedah dan pahang krana telah menyajikn permainan yg berkualiti dan mendebarkan... terbaikkk
Bagi sya inilah game terbaik 2019 kita seolah disajikan sebuah pertandingan akhir penuh epic dramatis serta menghiburkan tahniah buat pahang dan kedah siapa pun ke final itu bkn paktor nasib sblknya peraturan tq
Betul tu...sama naik Dua2 pasukan....apapun tahniah kedah... Pahang cuba lagi...pada pahang Apapun anda mmng pasukan yg terbaik kerana berikan saingan yg cukup2 sengit
Tahniah utk kedua2 team..kerana mempersembahkan 1 game yg sengit,berkualiti,dan paling epik dlm sejarah bola sepak malaysia... Cuma rezeki memihak pada kedah.. Tahniah kedah..ayuh gegor bukit jalil..💪
Walaupun pahang tak sampai ke final,tapi pahang tetap di hati❤,ape2 pun sy respect kat kedua-dua team ni sbb dah tunjukkan kemampuan masing2. #Goodluck untuk kedah nanti,lps ni JDT pulak menanti di final. #salam dari sarawak
Sbar2....sy pon owg phang,xad rezeki phang tahun ni... tpi sy sokong kedah..abh sy owg Kedah.. tggal kat felda... ap2 pon terbaik pasukan phang.. tahniah pasukan Kedah lpas final
dua team dh berusaha sungguh2, dua team sama kuat, dua team sebenarnya layak ke final PM, dua team mempunyai sikap sukan yg tinggi,tapi kuasa Tuhan menentukan segalanya
Team dlam liga malaysia ni semua bersaudara . Jadi kita yng fans jgan la kita nk ckap bukan-ii . Diorg player boleh bersaudara tak kan kita yng fans ni tak boleh kan 😊 apa-ii pon game ni memg epik gila 👏 tahniah kedah dan jugak pahang 👏👏
walaupun perit nk terima kekalahan ni aq sebagai fans pahang kene mgaku yg kedah memang layak utk ke final. ape yg aq lihat dari game ni byk pemain dan bakat muda yg blh diketengahkan utk masuk skuad kebangsaan dan Badrol Bakhtiar masih berbisa dan hrp coach malaysia blh panggil pemain2 yg berkualiti seperti bad bukannya pemain yg hanya bersinar di klub tapi bile main utk negera main mcm x de smangat. aq hrp kedah blh kasi game yg padu spy JDT x mng dgn mudah. #goodluck kedah #hitam putih tetap dihati #kite semua saudara
16 Gol dalam dua perlawanan Kedah vs Pahang. Sama kuat sama gagah. Crazy game. Adrenaline aku naik turun naik turun berapa kali daa...Hebat Pahang & Kedah.
Final sebenar dah tamat... JDT lawan Kedah tu friendly match ja... Cuma mng dpt Piala..haha Pahang Kedah tu sama kuat.. Dh lama x tngk game mcm ni kt Malaysia... Dua2 team sama kuat... x mau kalah... #PahangKedahBrother
betoi tu.. game terbaik...game di kedah pon power. di sini pon power ...memang terbaik.. tahniah kpd smua pemain dan trima kasih kerana telah menyajikn permainan yg terbaik dan berkualiti...
syabas kedah...layak pi final..kita jumpa di final nnti..kahaq sungguh game malam ni..kepada pahang..pasukan anda adalah saingan dan lawan yg paling kuat penah kedah hadapi..pahang team yg lengkap..namun nasib tentukan.segalanya..congrat pahang #kedahPahangsaudara
Separuh akhir paling gila dlm sejarah piala msia apa tidaknya semua ckup lengkap dgn kualiti game serta gol yg menarik tidak lupa jgk kesopanan kedua dua penyokong dan yg paling tidak boleh aq lupa reaksi dickson lps bertukar jersi dgn sorang plyer kedah sempat lgi dia tanggalkn jersi kedah smbil melepskn kemarahan gagal bntu pahang layak ke final
🦏 badak hitam ' x de kesukanan bola sepak kt mlysia'... Badak hitam...' penalti Kedah ble terima... ." Tp badak Afrika ..tue ' ...' x de contoh UTK penyokong ' klu Mohd sumerah...kite Like Jew...Sb plyer ble terima kekalahan dlm bola.'
@@azizioca3340 hahaha lawak ada plak kira camtu.. Yang extra time klu nak ikutkan jadi macam 0-0 balik la setelah 90 minit di kedah dan 90 minit di pahang xda pemenang.. Klu mau adil betul2 extra time 15 minit di pahang kemudian stop, sambung 15 minit di kedah pulak minggu depan haha.. Pahang dapat extra time 30 minit di laman sendiri patut boleh guna kelebihan tu tapi tak nak gunakan...
@@noorazmanbnooraffendi3816 aku rasa komen bro kat atas tu dia faham maksud kelebihan jaringan tempat lawan.. Tapi maksud dia bila kedua team seri dan jaringan tempat lawan pun sama banyak, mcm situasi pahang-kedah ni, bro kat atas ni nak lepas 90 minit terus penalty, takda extra time..
Game of the year. Abh sora 1 taman kt umah tgk game ni. Tq kdh n phg player yg menyajikan game level tahap yg mmbanggakan. Tahniah jgk fans kdh n phg. Luv u all
Fuyooo....hebat memang hebat. Terbaiklah ke dua dua team...respectlah. Tahaniah buat kedah layak ke final semoga menjadi juara. Buat pahang jangan berputus asa,anda juga hebat. Kita sokong dengan semangat kesukanan. Salam sukan dari fan Perak TBG.
Pada aku kedua2 pasukan menunjujkan pelawanan yg menarik.. Ini yg kita mahu kan.. Semagat yang xpernah putus.. Bangga aku..walaupun aku dari johor.. Aku tetap sokong mana2 negri dalam bola sepak tanah air.. Tahniah kedah.. Dan terima kasih pahang menberi permainan yg baik.
@NORSALWALIZA BT JUAHAR - sya faham pedih nye hati kamu tu bila team gagal ke final..xpe cuba lgi tahun depan ok buat team pahang..team pahang da buat yg terbaik kan tpi kedah lebih bertuah jdi banyakkan bersabar dan cuba lgi tahun depan..✌
Pasukan utara (Kedah) vs pasukan selatan (Johor),aku sokong Kedah walaupun Pahang tewas, harapnya Kedah mampu memenangi piala Malaysia walaupun berdepan lawan yg kuat semua posisi nya
pada yg tak faham ked vs pah 3-3 90 minit pah vs ked 3-3 90 minit sf 1 dgn sf 2 sama so game dia bawa ke et dalam et, game ni jd neutral balik dan kedah berjaya sumbat gol away, seri jugak tp dikira kelebihan gol ditempat lawan gol away et dikira jugak, ini rule fifa mmg dah ada gol away dalam et ni sila buka balik game ucl 14/15 chelsea vs psg..
@@MM-ki9vi tu la.. tp org jd bingung sbb seri xdak penalti lepas et, sbb ramai dok kata dalam et mana boleh kira away gol. sbb tu rule fifa dalam et di-neutral-kan nak tengok home boleh leading ka tidak dalam et, tp dah away score bg seri jugak kt et, nak buat mcm mna kan mmg kira kelebihan gol tempat lawan la..
@@taibmun1080 sebenarya neutral tu xdak pon dalam rule fifa, kedah mmg lebih gol tempat lawan 5 bijik broo haha, tp geng2 bangang abadi ni x faham jugak sbb depa kata dalam et mana boleh guna gol away x adil lepas et xdak penalti.. tok depa nk penalti cemey hahaha tgk la 5 bijik kot kt away. fifa pon dah tulis lama dah rule ni, tp puak2 ni bodo xmau baca.. nak buat rule sendiri p join kedai besi kt negara jiran sebelah selatan sana la weyy
Nie baru di namakan perlawanan berkualiti sbb feel semangat die tu sampai. pape pun tahniah kpd kedah berjaya maju ke final dan juga kpd pahang kerana dapat pempertahankan rekod tanpa kalah distadium sendiri (org johor)
Tahniah kepada kedua team kedah and pahang kerana mempersembahkan perlawanan rancak macam ni .. dua2 tak mengalah bertarung demi tempt ke final. Pulun kedah pulun ! Dah rsa mcam final baqhng
Br balik dr stadium terus ada highlight ni..terima kasih admin laju upload..swmangat juang tinggi kedua pasukan cuma luck xde..tahniah..mcm final wehhh
Alhamdulillah..tahniah kedah..well done pahang... Sejarah Final Kedah vs JdT tahun 2017 berulang kembali... Insyaallah kali ni Kedah kembali mengangkat Piala Malaysia kembali...Insyaallah.. Pulun kedah pulun...
Apa² pun kedua² pasukan sudah memberi tentangan yang begitu kuat ! tidak kesah sama ada Pahang ke ? Kedah ke ? Selangor ke ? Mahupun JDT yg ke Final musim ni.. keseluruhanya adalah pasukan bolasepak Malaysia..kita sebagai penyokong yg perlu mewarnai malam bolasepak dgn cemerlang !! Goodluck utk Kedah & JDT yg akan berentap buat kali ke 2 dlm sejarah bolasepak final piala Malaysia selepas kali terakhir pada tahun 2017 !!!! Jumpa di stadium bukit Jalil pada 2 November 2019 jam 9 malam ! Siaran langsung di saluran RTM TV1 & siaran berdefinisi tinggi iaitu di saluran RTM HD SPORTS & aplikasi IFLIX !! 🔥🔥🔥🔥 #pulunkedahpulun 💛💚 #luaskankuasamu 💙❤️ #selangorsampaimati ❤️💛 #hogohpahanghogoh 💛💙 #kejoryobkejor 💛🖤💥
Tahniah Kedah Game ....mlm ni excellent seronok bnyk gol hihihi...tapi final selalunya game berhati2 x bnyk gol takut buat mistake yg makan diri... Good Luck Kedah n JDT We support Malaysian Football See U All at Bukit Jalil.., BYE
Aku tgk game ni, kalah ke menang mcm Adk beradik Team..... semangat lain mcm... Xde unsur2 Yg negatif dr semifinal Yg pertama lg dah nmpak kedua2 Team ni memang betul2 berjuang.... semangat utk berbakti pd Team tu power...
Tahniah! Kedua2 team bermain baik. Semoga kedah dapat menyaingi jdt. Jdt pasukan yang serba lengkap disemua posisi. Mereka pilihan juara tetapi malam final itu jawapan pasti.
mcm men futsal...apapun tahniah dua2 team...hrp kedah champ tahun ni nt....apapn Pahang ttp terbaik..tq bg saingan yg kuat pd Kedah...ni baru rare...mohon penyokong Pahang sokong Kedah nt di final Piala Malaysia 2019....biar jasa jadi kenangan....
FINAL JUARA PIALA FA VS JUARA LIGA SUPER.. yg mna dok kata kedah layak nasib tu tolong TENGOK SEJARAH FINAL PM🏆 2015 KEDAH VS SELANGOR 2016 KEDAH VS SELANGOR 2017 KEDAH VS JDT 2018 PERAK VS TERENGGANU 2019 KEDAH VS JDT
@@mohdaliff6198 cukup la piala fa kedah dpat..klau semua kedah nak ambil jdt nak ambil piala mna pulak🤣😂 maklumlah piala fa dgn piala malaysia kan jdt ckp piala sampah ja...
Menang kalah adat pertandingan abam-ll sume..pahang tetap juara bagi semua penyokong tok gajah..walaupon da menang jgn lah ckp yg bukan-ll ea..lepastu ingat final bertemu jdt☺..pape pon all the best kedah n jdt..😍😍
Game yang paling sengit pernah aku tengok kat darul aman...takda rasa nak marah kt player mana² ka..memang puas hati tengok. Sama-sama kuat pula tu, takleh lupa malam tu. Aku anggap game ni macam final 😂 kedah & pahang, we are brothers 🤜🏽🤛🏽
Dah lama aku tgk wam zaharulnizam. Dia ada kebolehan di posisi attacking medfielder..dia pemain yg kreatif dan technical dia bgs. Blh dribbling, long shot, dll...TCH kalo x nampak dia mmg rugi laa..
tahniah kedah....syabas pahang....game yang meruntun jiwa....mendebar jantung...kerja keras lebih dari 90 minit bukan mudah...itulah kerja pemain bolasepak...stamina luar dari biasa.... kedah kena perkuat segala sudut pasni...PULUN KEDAH PULUN
Game semalam..yup memang sedih pahang Tak pas ke final...tapi Aku bangga .Aku sanjung kedua2 pasukan...sangat sengit sangat terbaik permainan smalam...and Aku faham knape wakame Tak bleh nak kawal emosi smlam...maybe die nak tok gajah pegang 1 piala ketika die bersama dalam skuad tok gajah.walaupon Tak berjaya..jangan risau nama ko dah jadi idola dalam hati peminat bola sepak pahang..ko hero pahang..menang atau kalau tok gajah..peminat tetap setia..ini tahun bukan rezeki Kita..Kita Cuba next year...harap tiada perubahan yg ketara dalam penukaran pemain buat skuad tok gajah..#tokgajahtetapdihati
Ini game patut di hidang kn msa final nnt... Comeback is Real..Owg dok ckp kedah xleh nk pi final sbb gool tmpt lwan but Kedah dah buktikn diorg boleh wat comeback..Jom pakat Mai ramai2 sokong kedah msa final pi stadium Bukit jalil kita twaskn harimau selatan lak.. insya'Allah..Pulun kedah pulun
Kedah pantang kalah tu yg player kedah semangat. Tahniah jugak kepada pahang sbb bagi tentangan sengit. Kedah buat history tahun ni. Tambah lagi satu piala kedah. ✌️
Trbaik game kedah vs pahang. Walau xlepas ke final tp aku tetap bangga dgn smgt pahang. Tahniah kedah. Gud luck final lwn jdt..aku sokong hangpa smua kt final nnti.-fans tok gajah
Perlawanan berlangsung dalam suasana yang harmonis,semangat kesukanan yang tinggi,kedua dua pasukan bersaudara,Pahang bermain baik,Kedah bernasib baik kali ni,rezeki.Terima kasih Pahang.Terima kasih Kedah.
Yg mana salahkan keeper tu tngok jgk la klu 1 vs 1 bukan senang nk save... Dua² keeper ok je yg mmg ad mistake tpi knp klu pa pe mesti salah keeper klu menang mesti sebab striker... Sedih siot player bila menang xdihargai bila kalah dicaci
aku tk suka layan liga malaysia tapi bab piala malaysia mmg pilihan aku. especially bila kedah jumpa pahang or selangor, mmg mcm musuh tradisi since 2014 2015 mcm tu sebab depa asyik duk lawan ja dlm piala malaysia tapi apapun tahniah hijau kuning and ggwp pahang. what a great game pahang 🔥 and aku rasa game final mesti tk semeriah ni 🤭
Piala Malaysia x pernah mengewakan..mesti dramatik nya.. Tahun lepas final dramatik..sampai nak luruh jantung tgok..tahun ni semi dah dramatik..final x tau laa mcm mana.. Goodluck Kedah & JDT di final..harap dua2 team akan bagi persembahan terbaik.. #TeamKedahMenangPialaMalaysia2019
Aku sokong pasukan selangor tapi bila pahang dengan kedah score dua2 aku jerit bila goal..game ni mcm final best dah team2 pasukan malaysia skrg main ada kelas..buat selangor cuba next season kalah menang adat...tahniah jdt ke final sekali lagi..salam 1 malaysia guys kita melayu bersaudara islam..jgan gaduh2 ok