Assalamualaikum Puan.. Sangat2 membantu panduan yg puan perjelaskan untk kami yg belum ke Mekah.. Semoga Allah saja yg akan membalas kan budi baik puan.. Aamiin Ya Rabbilalamin 🤲
Assalamualaikum Puan. Sangat bermanfaat video Puan. Terima kasih banyak. Saya doakan semoga Puan dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa amin yaRabbalAlamin.
Syukur... Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Sesungguhnya hambaMu ini akan menyahut panggilanMu. Mudahkan lah urusannya, berilah dia kesihatan yang baik. Dan terimalah segala amalannya. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pengampun dan Maha Mendengar.. aamiin
Syukur alhamdulillah. T.kasih. sgt2 mmbantu bg sya yg skan pergi buat pertama kali. Smoga dmurahkn rezrki dan sentiasa berada dlm kasih ssyang Allah. Aamiin..
TQ very good information. Sy memg dah lama xpakai kain dlm, sbb memg pakai seluar pnjg ddlm jubah. Selesa & mudah bergerak. In Sya Allah nak pi umrah xlama lg ni.
MasyaaAllah barakallahu fiikum, sangat bermanfaat, ana dulu umrah langsung ke mekah, saat sampai ke hotel karena merasa kotor langsung mandi, ada teman yg sdh sering umrah katanya tdk boleh mandi sebelum umrah wajib, ana merasa bersalah, tapi ana waktu itu berpikir... Kan badan merasa kotor terutama bagian dalem.
Mungkin kawan tak bagi mandi kerana takut ada rambut gugur yg boleh kena dam. Tapi itu tak masalah kalau kita pandai jaga semua larangan ihram. Jangan mandi menggunakan sabun wangi, tidak meyikat rambut hingga gugur dan tidak menjaga larangan ihram lain. Mandi tak masalah. Lebih baik dan sempurna ibadah tawaf umrah, saei dalam keadaan bersih setelah berlama dalam pesawat dan bas. InsyaaAllah
@@lenkamal ..Allahumma Aamiin..mmg sgt2 rindu kpd rasulullah SAW,rindu baitullah dan keharuman raudah..😭😭rindu kpd sahabat2 jemaah ..team dr slngor,klang,kl dan jb..kmi 3 branak je dr kedah..d bawah travel agency Al fajr travel.slh seorang jemaah group kmi ..mminggl d HSI sebaik tiba d Msia..Al fatihah bt arwah mk cik naimah asnawi dr jb😢
@@lenkamal Syukur alhamdulillah 🤲🏻 terimakasih banyak perkongsiannya.boleh share dimana nk beli hand shock yg mcm ditunjukkn??lebih senang sy nk membeli😊
Alhamdulillah setelah mendengar penjelasan dr Ustaz Abdul Hakim Abdat dan Ustaz Muhtarom sesiapa yg melakukan umrah berkali2 dlm.satu lawatan itu terkeluar dr sunnah. Umrah hanya berlaku dlm satu lawatan saja.
Alhamdulillah. Ada pelbagai pendapat tentang perkara ini. Sunnah bermakna apa yang Rasullullah swt lakukan dan kita ikut. 1 umrah dalam 1 lawatan. Tetapi pendapat bagi mereka yang jauh perjalanan, susah pergi (kerana kos kewangan), kerana masalah perjalanan.. itu berbeza. Peluang berada di sana digunakan sebaiknya, umrah untuk sendiri dan ulangan sebagai badal untuk keluarga. Kita raikan pendapat masing², asalkan tidak melanggar hukum dan rukun. InsyaaAllah.
@Len Kamal Dlm ibadat kita ikut contoh dan panduan dr Rasulullah dan tidak pakai akal semata. Apa tujuan kita melakukan lebih dr sekali umrah dlm satu lawatan, pasti mengharapkan pahala. Apakah kita pasti Allah redha dgn perbuatan kita padahal Allah menyebut supaya menjadi Rasulullah contoh dlm ibadat. Dengar kuliah ustaz Muhtarom.Abu Abdul Aziz yg sgt2 terkesan di hati berbeza dr ustaz2 lainnya.
Iya.. kalau ikut TA, mutawif akan segerakan selesai umrah. Walau sampai Mekah jam 11 malam pun.. selesai umrah pertama, terlepas ihram dan 13 larangan umrah.
Terima kasih puan. Sangat bermanfaat buat saya yg pertama kali nak mengerjakan Umrah. Cuma saya nak tahu, pakaian dalam pula mcm mana ya puan? Done subscribe.
Terima kasih sebab subscribe. Pakaian dalam baju dalam bawa seperti biasa, pakai satu, bawa spare 2 (ini basuh, keringkan, bawa hanger dan penyepit). Bagi seluar dalam, ada ramai kata pakai disposible underwear, tetapi secara peribadi, saya tak selesa pakai tu, jadi saya memang bawa sekurangnya 5 helai seluar dalam yang selesa yang memang saya pakai, DAN mesti pakai pantiliner. Panty liner is a must untuk kita memastikan kesucian kita sentiasa.
@@lenkamal puan.. saya ingin bertanya.. saya ni jenis keluar keputihan kalau berjalan banyak.. soalan saya: 1. semasa tawaf jika berlaku keadaan tersebut, saya kena bersihkan dahulu dan tukar pantyliner ke? 2. Bagaiman pula jika ia berlaku selepas saya selesai tawaf.. perlukah saya bersuci dan berwuduk semula untuk saie? X tau nak rujuk siapa.. terjumpa video ni dalam proses persediaan ke umrah insyaAllah tahun ni.. banyak manfaat dan sgt jelas pencerahannya
Klau pertama kali umrah...pergi suami & istri saja patut bilik berdua atau kita cari pakej bertiga wanita/prempuan shj dan suami pakej brtiga lelaki shj,sbb masing2 blum ada pengalaman d mekah/madinah.Kalau kita dduk brdua suami istri..kita tetap akan berkumpul dlm grup wanita shj dan lelaki2 shj
Dua2 pon boleh..tpi rasanya lbh selesa bilik b2 dgn suami je.nnti kat sana kita cari la kwn pompuan yg 1 group dgn kita..tapi ok je klu x dpt kwn pompuan pon, pergi masjid bjnji la ngn husband lps solat nk jmpa kat mna utk blk hotel. Sebab ruang solat laki pompuan kan asing.yg ptg hp kena on roaming atau beli simcard yg kat sana..sng nak call,whatsapp.
@@daisylily8298 trima kasih atas penerangan sbb lebih memberi keyakinan dlm membuat pilihan...smoga kita sentiasa mdpt rahmat allah swt & d prmudahkn segala urusan ..insya allah
Masyaallah..jazakallah..saya memang tertanya2 mcm keadaan kalau direct trus ke mekah utk tunai umrah.nk kena tukar baju lain ke x..blh mandi ke x...terima kasih byk2 puan bg penerangan yg cukup jelas..
Waalikumsalam. Boleh. Pastikan ingredient dia tanpa haiwan (halal) dan tanpa bau. Ini termasuk dalam larangan ihram. Tidak boleh memakai atau mencium bau-bauan. Saya bukan Ustazah. Apapun penjagaan diri perlu termasuk kulit terutama musim panas (kering) dan musim sejuk (juga kering). Supaya kita dapat menjalankan ibadah dengan selesa. Jika bibir pecah², kan tak selesa dan sakit. Sama juga jika kulit muka breakout. Sakit dan tak selesa. Boleh pakai, cari yg sesuai, halal, tanpa bau.
Sama2... Alhamdulillah kalau dah terbiasa pakai seluar panjang di dalam skirt panjang atau jubah panjang. Seluar jenis legging atau jenis loose pants ni masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Kalau legging, senang ke tandas, kita angkat jubah dan naikkan seluar legging, kita yakin dia tak melurut ke bawah dan tak terkena najis atau kotoran lain di tandas. Tetapi jika kita tergesa-gesa, berlari atau naik tangga, dia akan menampakkan bentuk kaki pula ye. Seluar longgar di dalam pula, kena penjagaan lebih waktu ke tandas, sebab dia melurut ke bawah. Tetapi kalau kita angkat jubah nak lari atau jalan laju, senang juga, tak nampak bentuk kaki, aurat terjaga. Puan Saimah timbang2 kan mana yang sesuai dengan keadaan Puan. Dua2 pun ok, asalkan dalam jubah pakai seluar. Saya sangat galakkan kita muslimah, dalam jubah panjang pakai seluar, bukan kain dalam, bukan kain dalam jenis seluar. Kalau kita tengok orang Arab pun, mesti mereka pakai seluar di dalam jubah mereka. InsyaaAllah, kita berusaha jaga aurat kita, malaikat jaga kita, Allah jaga kita. Sesungguhnya menjaga aurat bagi seorang wanita itu adalah perjuangan. Amin
Terima kasih... itu lah alasan kenapa sy lagi selesa guna legging lg pun dgn legging sy terasa sy dah guna kain dalam selain guna juga kain dlm terutama jika kain jarang... xnak nmpk bayang kaki tu... kalau guna yg longgar sy kna pakai seluar legging pendek lg pula...🤭 berapa lapis dah tu...😂😂
Waalaikumsalam. Az, barang semua boleh bawa masuk, tapi beg kecik. Beg besar, guard perempuan akan check detail sikit lah. Luggage semua tak boleh bawa masuk. Makanan kering macam roti, kurma, setakat sy bawa masih boleh lepas. Barang ambil wudhu boleh. Quran, buku, handphone, anak sy bawa ipad main game dia dalam tu (iskk, iskk) pun boleh bawa masuk. Untuk yg bawa anak baby, lebih longgar lagi, susu, flusk, stroller juga boleh bawa masuk dalam masjid. Tetapi stroller masih belum boleh bawa ke dataran Kaabah. Tingkat 1 dan dalam masjid boleh.
Syukur. Ada.. nanti saya link kan. Bawa anak ni seronok. Ada step sebelum pergi, waktu pergi, waktu di sana, dan waktu dah balik. Satu nikmat kalau dapat bawa anak². Suka sy dengar. Nanti sy link kan ye.
Waalaikumsalam. Boleh. Kerana larangan ihram adalah seperti sarung tangan, pelitup muka, niqab kerana ia melekap ke anggota yg sepatutnya terbuka. Telekung labuh tidak dikira menutup bahagian bawah pergelangan tangan.
@@lenkamal Terima Kasih sis..byk video sis yg saya tgk... semoga Allah mengganjari pahala yg besar utk sis...doakan saya dan suami dipermudahkan urusan utk ke tanah suci juga urusan di tanah suci dan beroleh hj mabrur 🤍
Sama². Sy doakan semua lancar perjalanan pasangan ini, dimudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, diangkat segala dosanya dan diterima setiap ibadahnya. Sesungguhnya hambaMu ini menyahut panggilanMu Ya Allah.. Amin