Alhamdulillah, terbaik MBE, memberi jalan penyelesaian kpd client utk temporary. Dengan tk cukup brg nya, tp still lagi boleh solve kn problem. Respect team MBE terutamanya tuan rizal, bukan bos biasa2, jenis bos yg buat keje sekali dgn anak buah. Semoga diberi rezeki yg melimpah ruah buat tuan dan team🤟
Ni baru la elok..x menyalahkan pihak yang tidak tahu mana salahnya..mcm ni baru betul cari makan..tegur pon kena dgn cara... terbaik.. video ni aku sokon MAH..kekalkan sifat ni.. melimpah ruah rezeki bersambung..johor ni banyak projek-projek wiring..kalau cara mcm ni aku bleh ejaskan job sini
Alhamdulillah sejak dr kecil lg sy sudah terbiasa dgn perkara elektrik ni...sbb arwah ayah sy dulu bekerja di Telekom sbg technician wiring... Dan byk juga yg sy tahu ttg elektrik serta cara penyambungan wayar elektrik jika terjd sesuatu yg berlaku ketika ada kerosakan atau sebagainya... Dan arwah ayah juga byk membantu warga taman di tempat kami tinggal jika ada masalah apa saja ttg elektrik ni...terima kasih ayah semoga ayah di tempat dlm golongan org2 yg beriman n tenang di sana..aamin.
Terbaik tuan...guru yg baik adalah guru yg selalu tinggi suara dan memarahi anak² muridnya agar ia akan tersemat dalam fikiran anak² didiknya apa yg disampaikan ....inilah guru yg sebenar-benarnya layak digelar guru....ilmu tu btl² sampai..hari ni sy dah dapat belajar 1 lg ilmu baru,sangkakan sy dah pandai,rupanya selama ni sy pandai-pandai jer🤣🤣🤦, Alhamdulillah...terima kasih abg Azrizal ....
Hakikatnya banyak pelajaran yang abang ni bagi kat rakyat malaysia..nak taknak je kita ni ambil ilmu free abang ni bagi..pengalaman bertahun tahun abang ni bagi kita,kita boleh faham sedikit sebanyak tentang ilmu elektrik ni..saya doakan mah bayu terus maju dalam lindungan Allah..semoga Abg serta team2 abg Allah beri taufik dan hidayah.mntk halalkan ilmu free dlm utube ni..bnyk belajar dr abg..dari kosong smpai tahu sikit2 dah pasal elektrik..cuma nak tnya...kan sarawak ada kursus2 yg abg buat ke?
Kalau ye pun ada salah, adab tu jaga la sikit. Ingat akak tu tahu ke wiring rumah ada earthing to ground ke tak? Ni cara dia cakap kat akak tu macam akak tu pulak yang salah wiring rumah tu. Adab bercakap dengan pelanggan kena jaga.
Ini 2 org x pernah kena mrh agaknya... Manja. Baru bos tu ckp nada mcm tu dh kata x beradab. Kakak tn rmh tu ok jer. Nada bos tu mcm tu utk peringatan kpd wireman yg buat keje tah mcm apa.
Marah? Takde nampak or dengar sape2 marah pun? Ini cara bercakap & berinteraksi orang kerja pakai tangan, tenaga, manpower. Kalau kat site dengar diorang cakap lagi bunyi kasar, sebab environment bising dan bahaya. So tak ada masa nak berlapik2 ni.
Betul bossku dgn video ni amat banyak ilmu dan cara yg serious dan jujur dan rajin menyelesai kan or rectify masalah yg dapat diselesaikan Takpe dgn invoice yg diberi amat berguna pasal Kita pengguna patut menghargai ilmu yg diberi kan dgn no talk only I respect this guy terimakasih abg
Terbaik bang ! saya bangga & seronok ada anak melayu yang knowledgeable dlm bidang engineering. First time tgk channel abang ni. Dalam engineering semua solution mmg straight fwd dan logic. Dulu saya minat electrical tp takut dgn elektrik. Penyudahnya belajar disiplin engineering yg lain tp still relate dgn building.
Terbaik abg ni bagi motivasi kat seluruh malaysia…Manfaat bagi semua..siap harga dia bagitau…so kita tau lah yg mana nak pilih dlm 3 harga yg abg ni bagi….semoga Abg ni dimurahkan rezeki…salam dari kuching sarawak….malaysia boleh..!!❤
ini baru the REAL HERO.. ini tak, ada sesetengah hamba ALLAH ni tgk video org pastu keja dok kondem, ini tak kena itu tak kena, mcm dia plak yg buat keja.. apa2 pun terbaik tuan 👍👍
Masalah: cable main under ground from meter to DB life loop (bersambung) (leaking) ke bumi.. Penyelesaian : tukar cable baru : Jika tanam ke tanah pakai cable pvc/swa/pvc 16mm 2 core.. Jika tidak tanam pakai cable pvc/pvc 16 mm 3 helai.. Earthing perlu buat jika keadaan bumi yang sedia ada tidak memuaskan.. Cable yg lama.. tanggal kan.. Harap dapat membantu.. Simple is hensem.. Detail is osem.. Semoga berjaya
tengok balik video ni sebab baru dapat tahu rumah tak ada earthing, guna socket tester DB tak trip.. check chamber, korek2 ada wayar hijau 4mm je, rod tak pasang.. terima kasih MBE atas pkongisan ilmu ni dan sedikit sebanyak beri kesedaran keselamatan sistem pebumian elektrik rumah ni.
Terbaik Tuan.... Alhamdulillah....Tuan rumah boleh merasa lega sedikit dari segi keselamatan keluarga-nya dari terkena renjatan elektrik walau pun hanya sementera waktu sahaja. Namun di harap Tuan rumah segerakan pemasangan pembumian (earthing) untok mengelakkan dari berulang lagi renjatan elektrik. Terima Kasih Mah Bayu dan Team, atas pertolongan menyelesaikan masaalah yg empunya rumah ini walau ia hanya sementara sahaja sekurang2nya dapat selamatkan keluarga ini dari bahaya letrik....Terima kasih Tuan ...sekali lagi saya ucapkan . Semoga Allah memberkati jasa baik Tuan...Aamiiin....
Brader nie lebih kurang LANDO ZAWAWI jugak. Lando hentam sistem dan cara turapan jalan. Lain org lain cara, yang penting sama² nak selamatkan nyawa. Buat kerja biar cermat dan ikhlas. Terima kasih brader wa support lu 👌🏼
Sbb tu kite jgn bising klu abg MAH ni sound marah2 kt wireman...ni melibatkan nyawa...netizen tlg amik yg positif...brader MAH jd mujur jd penyelamat pengguna elektrik
@@myvikcy3436 bukan sombong, dye penat n tersangat stress..kene paham dalaman dye mcmane walaupon itu bukan urusan kite...blajarlah bersangka baik..lgpown dye just inspect n explain n bukan keje duk jd technician wiring...
Assalamualaikum. Saya bkerja dgn pemaju juga. Ikutkan perkara tersebut boleh diambil bukti tersebut dan buat laporan surat aduan dan sertakan kos baiki kepada pemaju. Berjumpa dgn pihak tersebut utk lanjutan. Walaupun kesalahan itu sudah 5tahun blalu atau tamat tempoh rectification.. Masih boleh buat tuntutan kepada pihak tersebut. Saya jamin perkara ni pihak mereka mjaga setiap customer yg beli rumah dr mereka. Keselamatan dan keselesaan dan kualiti dlm ISO. Harap maklum.
Kadang2 boleh terjadi earthing terputus atau rosak masa renovation works dimana pekerja tak faham atau tidak tahu akan sistem pendawaian rumah atau bangunan selain dari kena 'game'.
Terbaik tuan, farid beruntung dapat guru yang bagus rugi kalau tak ambil ilmu bukan senang nak dapat ilmu fault finding ni ..nyawa taruhan nya kalau main dgn letrik ni.
Aku bab elektrik serius xtahu .. tapi aku suke tengok abg ni buat cara kerja dia.. yelah mungkin org mcm aku ni blh ambik ilmu sikit2 dari setiap cara kerja dia jelaskan kat kita.. tq bang semoga sentiasa waspada jugak. 😊😊😊
Yg phm susah kerja Elektrik ni ok la.sekarang ni terlalu ramai wireman yg tak bertanggungjawab.. custumer xtau...janji on lampu,kipas semua boleh guna.. safety belakang kira..sbb tu harga wiring yg betul2 ikut piawaian mahal mcm mah bayu buat..sy sendiri terus terang sekarang mmg ssh kalau buat kerja jujur pun....sbb tu sy buat kerja lain sm sekarang xharap pada elektrik shj..sy dulu belajar kejuruteraan elektrikal..dulu ok... sekarang ni org asing pun byk buat elektrik sbb tu harga xleh lawan diorang..tp sy caya rezeki Allah SWT atur dah elok...bg anda yg mencari wireman area utara boleh contact sy...semoga video mah bayu ni akan buat org sedar kepentingan earthing ni...sy pernah jumpa pakai 2.5mm earthing...ya Allah...ada yang xpakai mainsuis pun ada...hanya pakai automatik ja...nasib la....bila cas mahal kata org melayu xnak tolong Melayu...bukan xnak tolong..nak cari trouble shooting ni pun ssh...brg pun pakai brg mahal bukan brg biasa
Memang terbaikkk .. sebab itu saya percaya diaorang ni.. keselamatan itu penting .. ade orang buat kerja nak senang cabut wayar bumi je, benda2 lain tak nak check dengan betul lepas tu dapat duit hati senang nyawa customer dalam bahaya.. semoga korang dapat bantu orang2 di luar sana lagi aminnn..
Terbaik 👍👍👍👍👍 dari tuan Azrizal dan team MAH BAYU ENGINEERING SDN BHD semoga di permudahkan rezeki dan urusan tuan insyaallah amiiin 🤲🤲🤲🤲sistem pembumian sangat penting. dalam sesebuah rumah..Harap urusan Kakak serta keluarga lancar dan selamat selepas ini setelah pasang sistem pembumian.
Banyak ilmu tuan ni, tak sia2 follow, dpt belajar jgk, owner rumah beruntung sb panggil org yg betul.. And betul la, harga mahal tu dibayar sb kepakaran seseorang individu tu, bukan semua org ada kepakaran mcm ni.. Terbaik tuan, terima kasih utk ilmu tu
elektrik amat bahaya jika tidak dikendali dgn benar terutama main switch dan wiring. biar berbelanja utk repair kalau ada silap atau masalah. utk elak kerugian besar termasuk nyawa dan harta benda.
In sya Allah cikgu rizal nnti berkesempatan nak minta cikgu buat earthing dkt rumah saya dan check jgk elektrik dkt rumah saya Okey ke x..saya tgk gaya cikgu mcm seorang coach yg ada passion dgn pekerjaan apa yg dia buat dan lgi satu ini melibatkan elektrik Dan nyawa mmg xboleh main2 woo patutlah jgk cikgu bertegas dgn anak buah cikgu hal2 cmnie xboleh buat main2..
Kadang2 kita tak boleh nak pukul rata salahkan semua wireman..kadang kala ada pemaju yg sub kan kerja pada main con,main con pulak kebanyakkan pekerjanya foreigner,dan setiap kerja yg dilakukan oleh main con akan diperiksa oleh/inspection oleh C.O.W,dsn akan membuat testing and commissioning, tapi mungkin ada sikap endah tak endah,asalkan maincon siap kerja,lampu ok semua ok(asalkan tak ada masalah dalam masa tempoh warranty)lepas tu pemaju lepas tangan.Tapi bila aku dengar akan ni cakap pemaju adalah sri pajam...hmmm..bukan setakat M&E je aku dengar teruk tapi structure,water proffing dengar banyak masalah.Wallahu'aklam
pernah ikut pakcik keje wiring ni, dia time keje mmg tegas . dia ajar aku , smuaa clear jelas mmg mudah faham , aku rasa klau org lain mental lemah mmg tak lama keje dngn dia . sbelum2 ni pun sama . tak lama lah ikut keje dngn dia . sbb dia pun amik kontrak sub ,, gaji takda potongan epf dan socso .
Perhh gila la dah 5 tahun baru sedar. DB pun lain macam je....ok bro terbaik pencerahan. Bro awak punya content tu boleh jadi bukti ....jumpa je ajensi yg terbabit....boleh fight dan claim tu....
Mantap.. ini baru pakar yang kita perlukan untuk bagi info yang betul pasal elektrikal ni.. jangan buat main-main dengan elektrik ni.. bahaya.. kesian la kat kanak-kanak kalau terkena.. terima kasih kepada brother ni.. 👍👍👍
Mantap bro. Alhamdulillah. Banyak ilmu video ni. Kalau boleh pasangkan dulu la. Kesian akak tu. Semoga berjaya bisnes bro. Allah pasti berkati kamu & famili. 👍👍👍
Good job mah bayu...semoga anda sihat selalu dan dapat membuat video2 dan membuka mata pengguna...salute pada melayu yg dapat berjaya dlm bidang elektrikal...bangga dgn tuan
Baikkkk bossku dlm video Ini banyak ilmu yg dipelajari Moga abg electrical elite team Maju dlm business Ini dan kesejahteraan dlm sharing video Ini amat bermaafat dan dipermudahkan urusan
Steadby brother MAH, tegas2 bersebab. Datang inspection tapi bagi lecture terus, dari tak tahu apa2 , jadi tahu dah tuan rumah tu. Tq Farid, terus follow brother MAH ni. InsyaAllah banyak dapat belajar.
Gigih sy tgok video ni smpai habis. Mmg bahaya kalo ad leak current dr ground. Nsb xde kejadian buruk sepanjang akak tu dduk 5 tahun hnye terkena renjatan skit. Semoga mslh akak ni dpt diselesaikan n dapat claim dr developer blk kalo ad lawyer yg boleh tolong fight kn.
Terbaik. Ini mengakibatkan nyawa.pemaju ada yg ambil kontraktor yg cap ayam..sbb nk murah.kita mana tau. Dapat umah rasa seronok le. Bab letrik ni kita mana tau. Kita tau ON je. Adooi.Alhamdulillah. akak dan kuarga selamat
Abang Rizal @Mah Bayu Engineering Terbaiklah👍🙂 ilmu kongsian nie.. bahaya tu api ade kat body peralatan, nasib baik abg yang datang menyelesaikan masalah elektrik nie.. nanti kena buat sistem pembumian baru untuk tanam rod la abg kan..🙂
Mana mangkok ayun yg selalu salahkan MBE tu, yg acah2 pakar segala pakar wiring tu, nah tengok ni bro Rizal sendiri turun padang selamatkan system wiring yg bermasalah sekaligus dpt menyelamatkan nyawa pengguna. Lain kali yg acah2 terer tu jgn byk bunyi klu ilmu didada masi tak cukup, bikin malu diri sendiri je..apapun, terbaik MBE n bro Rizal..semoga murah rezeki Aamiin..
Xpayah la nak up2 si rizal ni. Mana2 wiremen yg bertauliah pasti akan buat benda yg sama juga. Skill troubleshooting tu je yg membezakan setiap wiremen.
Developer Seri Pajam Dev ya? Heheheheh. Tuan2 dan puan2 kalau nak tahu macam kualiti kerja developer ni boleh tanya penduduk Warisan Puteri Sikamat Seremban.
Bagus ilmu nie. Mmg ada je kontraktor letrik ni kaki lipat. Umah aku reno. Tambah soket. Di loop nye 7 soket kat 1 fius. Asal 1 soket je. Bila aku inspect dia kabo "biasa buat nie bro. Selamat". Selamat aoa kalau kat situ nanti nak letak 1 peti ais 4 pintu, dengan 2 oven. Mau trip manjang. Bila dah bising takmau kecoh2 aku terus amik orang lain buat kan loop baru and ada tambah fius kat MCB.
Kalau nak buat betul betul kena pakai 5mm copper bar sepanjang satu meter untuk di tanam. Pakai 5×1 mm copper strip sebagai earth conductor. Earth resistance bawah 1 ohm.
kontrektor wiring sekarang kerja banyak bypass x ikut buku...nak untung lebih wire pakai saiz kecik...earthing > 10ohm pun lulus je ...x ada org nak check pembumian rmh pengguna ni..Harap ada sport check yg dibuat oleh ST & TNB pada perumahan2 & kedai komersial...
assalamuailaikum tuan, dah dlm 7 tahun saya dlm bidang inspection bangunan ni mmg banyak kes begini kontraktor buat, mmg sya kagum la yg buat kerja wiring short earth DB x trip...pernah skali buat inspection airbnb punya unit DB terbakar skali tengok kontraktor wiring poin neutral dan life dekat contactor.. klu life x hairan la ni skali dgn neutral dia letak kat contactor.lepas tu contactor spec 13A untuk semua wiring patut pakai 32A atau atas dari tu.
Assalammualaikum Bang Terbaik Dan Terima Kasih Atas ILmu Yang Diajar...Semoga Tuan Dan Staf Sentiasa DiBerikan Kesihatan Yang Baik Dan Dilindungi Serta Diberkati Oleh Allah Subahanallahtaala
Salah 1 channel yt malaysia electrical professional MBE yg share ilmu sebegini... Bukan wireman budak2 TIKTOK yg tak tau hukum. Dia tahu kekemas jee... Hahahaha
Allahummabarik. Mahbayu ikhlas dalam kerja. Kerja itu ibadah. Dia tunjuk full solution dan saya rasa takde electrician yang akan kongsi trade secret mereka. Ini sebenarnya trade secret company tu tapi dia share online. Ada value besar dalam ilmu ni dia share.
Ilmu dan kepakaran abang memang saya dah respect , mungkin abang boleh lembutkan sikit percakapan abang . Risau terguris hati orang . ada yang hati tisu . Maaf kerana menegur . Salam
Ilmu/ maklumat yg disampaikan dgn cara yg agak KERAS atauTEGAS, PANTAS & BERDISIPLIN adalah sangat bersesuaian dgn situasi & kondisi yg sebegitu...!!! Lebih2 lagi senario kerja yg melibatkan NYAWA/ pertaruhan NYAWA, baik diri-sendiri atau org awam...!!! Sesiapa yg pernah berada dlm team/agensi yg sebegitu atau pernah menghadiri kursus yg melibatkan liputan atau bidang KESELAMATAN/SAR, sprt Bomba,Tentera,JPAM,Polis,TNB,Agensi Penguat-Kuasaan dan sebagai nya, mmg AMAT FAHAM dan BIASA dgn Cara Jurulatih/instruktor mengajar sebegitu...!!! Terima kasih...!!!
TERBAIK BRO... VERSI COMANDO GERAK KHAS MANTAP PANTAS CERGAS BERKUALITI KERJA&PENERANGAN INI YANG KITA MAHU TIDAK MEMBUANG MASA DENGAN BERBUAL KOSONG KETAWA BAGAI.. MOGA SUCSES... TIPTOP DIPERMUDAHKAN URUSAN OLEH ALLAH DIMURAHKAN REZEKI MENOLONG INSAN DENGAN KEPAKARAN YANG BERABAD LAMA DIPELAJARI HASIL YANG NENAFAAT SEBAGAI CONTOH PADA GENERASI MUDA LEBIH BERSEMANGAT MENIMBA ILMU KEMAHIRAN....
Mantap abg mah..buat pekerja dan kontraktor diluar sn,buat kerja dgn jujur..ikut spec dan standard..bkn semua org tau elektrik ne..hrp semua pekerja dan kontraktor jujur dan amanah
Maaf sekadar perkongsian..untuk buat earth baru just pecahkan 1 PCs tile yg berhampiran dgn DB (area car porch)buat pit ..so boleh jimatkan cost..tak perlu nk pecahkan 1line tile sampai ke depan..
Terbaik Abg sy takjub dengang abang sbb tk memburuk burukkan contraksion lain.sbb ade setengah orang mam buruk burukkan kerja orang lain itu xbaik .teruskan abang buat video agar kita dapat ilmu daripada abang muga abah d mudahkan Rizki yg melimpah n berkah amin...tq abang
Belum tentu bacaan yang betul2 berkesan akan dapat , jika betul untuk menghindar dari kehilangan jiwa perlu serius dalam mendapat sasaran sesuatu, tapi kebanyakan acuh tak acuh dan menerapkan prinsip asal boleh dan akhirnya orang lain merana dikemudian hari
Dia ni bagi penerangan ke....owner rumah atau marah tuan rumah.patutnya org yg wayering terdahulu yg buat.takan akak tu yg buat.....apalah mamat ni....macam mana dlm tahun pertama duduk rumah tu....tuan rumah takde kena renjetan letrik.tzan rumah tu...mana tahu apa apa pasal letrik.mesti ada org wayering lain yg buat kerja tak senonoh pemasangan