Тёмный

PAS DUA KEM? SALING BERBEZA PENDAPATGISBH ISU PANAS DAN HANGAT DALAM NEGARA! 

ORAITNOPO Channel
Подписаться 182 тыс.
Просмотров 2,7 тыс.
50% 1

Pas dilihat mempunyai dua kem pimpinan apabila berbeza pendirian berhubung isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).
Tiga pemimpin tertinggi Pas telah memberikan pandangan berbeza mengenai pertubuhan yang sudah pun diputuskan sebagai kumpulan ajaran sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa masyarakat berhenti daripada menghukum selagi kes membabitkan GISBH belum diputuskan mahkamah.
“Seharusnya kita perlu membiarkan siasatan lengkap oleh pihak polis, agensi penyiasat, badan berautoriti agama sehinggalah keputusan daripada mahkamah.
“Budaya membuat ‘keputusan’ sebelum mahkamah memutuskan sesuatu perkara sepatutnya dihentikan,” katanya menerusi kenyataan.
Pendirian Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dilihat hampir senada dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang meminta tindakan terhadap GISBH dibuat secara cermat dan teliti supaya tidak menghukum ahli yang tidak bersalah.
===============================================================================
Menerusi kenyataan pada 22 September lalu, Takiyuddin berkata, partinya percaya sisi-sisi positif GISBH, termasuk jaringan perniagaan yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil.
Jelasnya, tindakan tidak adil terhadap GISBH itu mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak yang dianggapnya “mahu menangguk di air keruh”.
Namun, Pas dilihat tidak sependapat berhubung isu GISBH yang kini berdepan dengan empat akta setakat ini iaitu Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Akta Kanun Keseksaan.
Sehari selepas kenyataan Takiyuddin yang mengundang kecaman orang ramai, Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari pula bersuara.
==========================================================================
Wakil rakyat bagi Parlimen Pasir Mas itu menggesa pihak berkuasa untuk membanteras penyelewangan GISBH hingga ke akar umbi.
Bahkan, Fadhli mempersoal kegagalan pihak berkuasa agama mengesan kegiatan kumpulan terbabit sejak dari awal lagi.
Dalam masa sama, sikap pemimpin Pas yang masih ada seperti mempertahankan GISBH mengundang tanda tanya orang ramai.
Hal ini memandangkan sudah ramai bekas pengikut GISBH mendedahkan pelbagai keburukan yang berlaku dalam kumpulan itu termasuk tidak memberi gaji kepada pekerja mereka.
Isu GISBH heboh diperkatakan selepas polis melancarkan Op Global pada awal September lalu dengan menyerbu rumah amal kendalian syarikat itu yang didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.
Hasil serbuan itu, seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan selain membawa kepada penahanan 359 pengikut GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut.
Bemula semalam, seramai 24 orang termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali direman lima hari.
Ia bagi membantu siasatan susulan laporan polis berkaitan pekerja GISBH dijadikan ‘buruh paksa’ kumpulan itu.
Sumber Berita
1. harapandaily.c...
2. www.malaysiaki...
#malaysia #skandalhangatGISBh #paspartiajaransesat
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel

Опубликовано:

 

30 сен 2024

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 8   
@zaitonmarican6754
@zaitonmarican6754 12 часов назад
Pas kena bungkos dgn Rakyat dun mahkota hidup2 pas ni.tahu apa..mereka pandai kipas pandai fitnah yg lain biasa.aja..kem berbeza ke..lantak dia lah.
@mohdisa3262
@mohdisa3262 10 часов назад
Mohon pihak berkuasa siasat juga parti PAS selepas tragedi GISBH yg meloyakan Dan menjijikkan..... PAS sudah mengelabah....
@DSAI4PM10
@DSAI4PM10 12 часов назад
terbaik bro
@zidan5475
@zidan5475 11 часов назад
PASpis pusssss dh tk lama...tnggu masa nk melingkoppp....!!👍👍👍😆😆😆😆tnggu PRU 16 nanti pasti haru biru kelabu asap.#✔️🤔😆😆😆
@NewAccount-ox4wf
@NewAccount-ox4wf 48 минут назад
Geng2 gisb diorang undi pas lah..mana nak nyer dia undi kerajaan 😂😂
@loolee6083
@loolee6083 6 часов назад
FADLI SAHARI TK TAHU APA HUBUNGAN INTIM LEBAI² PAS DGN GISBH... PEMIMPIN TETINGI PAS BAIK DIAM DARI BECAKAP MENGIKUT KETERANGAN KPN PENGIKUT GISB TELIBAT DGN JENAYAH & MUFTI MENGESAHKAN KUMPULAN GISBH SESAT...
@ARLIANA25
@ARLIANA25 11 часов назад
Mahyudin kata pemimpin pas sesat patut sokong mempertahankan gisb
@jasontvfamilyjasonfam
@jasontvfamilyjasonfam 10 часов назад
lebih baik jangan percaya,ini semua adalah pelakon
Далее
pumpkins #shorts
00:39
Просмотров 30 млн
Bangga, khabib petik nama Jojo
1:29
Просмотров 1,8 тыс.
pumpkins #shorts
00:39
Просмотров 30 млн