Siapa nak serius nak jadi pelawak tu boleh dengar nasihat abang senior Mad Sabah. Layan lawak Mad Sabah dengan Snek Bising by ML Studios s.shopee.com.my/8A9yk0SjA7 #madsabah #hiburan
aku rasa Mad Sabah ni la satu2nya stand up comedian yg aku masih tgk smpi skng. bkn saja krna relatability sbb aku org Sabah, tp sbb lawak dia mmg padu. Punchline, timing, tone, dynamic, crowd work and expression dia smua padu. sbgi consumer stand up comedy Indonesia, aku sgt2 lah mgharapkan kita akn ada lebih bnyk stand up comedian. tp jgn yg underground. mana yg ada duit tu, invest la. bg diorang ruang. klu mmg tidak dpt masuk tv, buat community youtube saja pun cukup la.
Lawak sekarang banyak lawak membahan je.....lepas tu ketawa sendiri,xtau lah kalau lawak mcm ni masih ramai yang suka lagi....bg aku lah, lawak membahan ni patut di elakkan lah...
ye betul,masa muda2 dulu suka lawak2 membahan ni..ye memang kelakae..tapi bila da semakin dewasa ni, fikir2 balik agak toxic sebenarnya lawak macam tu sebab ianya merendah rendahkan maruah orang..
Lebih minat tengok Comedy Indonesia. Peserta Stand Up Comedy Indonesia(SUCI) dari mula SUCI hingga sekarang masih relevan lawak diorang. Peserta SUCI yang aku minat Mamat Alkatiri, Dodi Mulyanto, Abdur Arsyad, Arie Keriting, Praz Teguh, Rigen, Yono Bakrie & banyak lagi. Pelawak lain yang legend Indonesia aku minat Haji Bolot, Haji Malih, Nunung, Parto, Azis Gagap, Sule, Andre & seangkatannya. Pelawak baru di Indonesia yang lawak diorang bagus adalah Dickie Difi, Inyonk, Umi, Fajar Sadboy, Alwi. Kat Malaysia yang aku suka cuma Bocey, Zero, Puteh, UBI, Danial Zaini.
aku sampai sekarang suka amir raja lawak , dia punya lawak tiada tandingan , kadang dia punya lawak sampai kan dia sendiri tak faham dia buat lawak apa.. tu la unik nya amir raja lawak punya melawak .. di luar jangkaan kita sebagai penonton .
Pelawak yg mampu buat lawak spontan dan punyai aura lawak..Masa kini aku rasa Tak ada lagi.😂haha..selepas 2 legenda2 pelawak pergi tinggalkan kita..Masa kini..semuanya kena buat jalan cerita.."baru sampai"lawaknya..kdg Tak sampai😅
sebenarnya ada je bro. bagi aku kalau cakap pasal aura lawak zizan dan jep tu masih lagi kekadang dia belum cakap tengok riak wajah orang dah boleh gelak. dan masih juga relevant. hambar sikit tu biasa sebab bukan senang nak buat orang gelak ketawa 🙌🏼
tu yg kau nampak. hakikatnya tu cara org kongsi rezeki. dlm masa sama cari pelapis. yg di ajak tu plak jenis subs da beratus ribu.. marketing tu. takan nk ajak org video byk tapi views bepuluh je ye dak?
Malaysia patut ada satu komuniti stand up. sebab dengan komuniti yang saling support ni akan lebih kuat. contohnya di Indonesia atau mereka lebih dikenali sebagai komika. Mereka berasal dari pertandingan SUCI dan selepas keluar mereka ada komuniti di platform youtube yang menghimpunkan komika2 tersebut.
Jep still the lejen.. bayangkan tgh sedih dia boleh twist orang ketawa.. siapa je boleh buat.. and konsisten tiap minggu buat program lawak.. senario pun jrg punchline dia betul2 kelakar.. orang skrg rindu kenangan senario je.. kalau tgk video lama senario balik.. lawak dia biasa2 je.. cuma smnjak shuib takde dia dah tumpul sikit.. kalau dulu shuib feeder.. nak2 pulak kalau ada salih yaakob.. mmg klakar..
Penghibur nombor 1: Senario dan pelawak2 zaman p ramlee (bujang lapok, ar tompel, mat sentul, wahid satay dan etc) Hilarious: Din beramboi dan jambu Sketsa verse style: Hamid ghurka, yahya sulong, ali maidin, imuda, mat over, sabri yunus, jalil hamid, harun salim bachik Keletah: Jozan dan ac mizal Freshy: Bocey dan zero Moral: Shiro Deep meaning: Mad sabah dan rayza mukmin Karakter: Man Wordplay: Wan wala Pedas: Amir raja lawak Trademark signature: Ropie, che' man, joey dan bell ngasri Bijak: Sepah dan rahim Petah: Abon dan ebby yus Fizikal: Param, puteh, osman kering dan bob kuman Idea: Nabil Nakal: Syuk balas Sarcastic: Harith iskandar, douglas lim dan afdlin shauki Mimic: Jamali shadat dan danial Slang: Acappan dan sathiya Musician: Ali mamak dan salih yaacob One man film: Mr os dan ar badul Ramah: Shamsul ghau2 dan farouk hussein Santai: Pak uda dan pak jabit Last but not least (wanita), not actually comedian but:- Natural "beauty" comedian with their own style: Sarimah ibrahim, sharifah shahirah, ogy ahmad daud, raja azura, norkhiriah, jihan, amy mastura, erra fazira, didie elias, yusni jaafar, sherry alhadad, kartina aziz, elly mazlein, adibah noor
Video dia ni ada satu je aku gelak tak bersuara, yang dia tegur couple ni, aku rasa Chinese...Mad Sabah ni tanya boyfriend tu girlfriend dia ni faham ke bahasa melayu...boyfriend dia geleng kepala. Mad Sabah terus cakap "Miss, dah 2 jam kat sini..." aku punya gelak tak keluar suara mat hahaha
ryan bakery tu dulu lah....dulu kerja bahagian penerbangan.....so dia create lawak2 dia berdasarkan apa yg dh dia alami masa kerja kat airport blh tgk kat channel youtbe abg zarul umbrella BDG ....n rasa nya smua org pernah ada atau momen zaman2 kita kecik2 dulu senang cite membesar nak ke dewasa ahhh gitu lawak dia blh relate dgn smua generasi....apa ni mad sabah selekk ahh bak kata ryan bakery 😅😂
Ramai pelawak di Malaysia tidak dapat kekal lama kerana 1. Lawak syok sendiri (gelak sendiri) 2. Lawak bahan orang 3. Lawak menjerit-jerit (bingit lebih) 4. Lawak ulang-ulang 5. Lawak format sama ( asyik2 format sketsa)
Pelawak dulu tak sama macam sekarang, dulu banyak spontan, ada gaya, cara tersendiri, ambilk satu contoh, yasin senario, kadang tengok muka, gaya dia pun dah buat orang ketawa, pelawak dulu pun ada jugak dia punya jalan cerita, sebelum lakon layar di buat tapi tak la macam sekarang, ntah apa², banyak mengarut, lepastu cepat jadi artis segera, orang pun kenal, senang dapat job sana sini, pelawak sekarang sendiri bercakap, sendiri buat lawak, lepastu ketawa sendiri..
setuju !!! aku pun minat tengok sana punya comedy .. lagi2 kalau time diorang gombal .. memang best gila tak fake .. pelawak kita skrg byk tiru sana punya style gombal (pickupline) .. so dia jadi boring sbb aku dh hafal dh semua gombal indonesia 🤣
Arabic. Words اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Romanic Words Allahumma Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad The 5 Extras Zikrs Subhanallahi Wa Bihamdih Subhanallahil 'Aziim Subhanallah Alhamdulillah Laa ilaa ha illallahu Allahuakbar Astaghfirullahal 'Aziim Allazi Laa ilaa ha illaa Huwal Hayyul Qoyyumu wa atuubu ilaih Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil
Before I got married, around me said I can do joke. Even my boss laugh at me said, if you enter rajalawak, in woman version, you will win. And one time ago, everytime I went to my rend house friend, her housemate really like me said, she can always smile and feel funny when I had around. Some said I am an entertainer when pain, meet me feel release. I dont know lah. I feel Im not funny pun. Maybe I have a natural joke that people will smile if I talking. Natural talent with inteligent comedian. Cewwwahhh But my husband dream want to be a singer. I said, you cannot. You too old. And only me say you handsome, dont know others. Then he said want to be a comedian. I said, ha... Comedian ok. Motivator to inspire people and add comedy in it. He had degree of caunseling, motivation, psichology but never use it until age 40++ . What a waste. But what to do. Who want take chronic patient and oku work? Wallahualam
we are same because.....saya adalah penyeri dlm keluarga....bak kata sedara saya masuk MLM confirm ke final 😂 last saya teringin nak jadi mcm jihan muse,kak lina pom2(elly mazlein),rina nose causee saya nak sngt jadi pelawak wanita sbb pelawak wanita kat malaysia sngt lah limited yew guys kecuali jihan muse
Mad Sabah ni stand up comedy (berbahasa Melayu) yg sangat berbakat. Stand up comedy dengan lawak dekat TV tak sama. Aku lagi enjoy layan stand up comedy dr tengok lawak2 kat tv. lawak kat TV bosan. aku taktau la mungkin factor umur aku kot. Pilihan masing2.
Betul Mad... Rancangan komedi kurang di Malaysia. Makanya pelawak kena buat konten sendiri untuk survive bakat dan kemahiran mereka. Contoh Douglas Lim, Nizam Jentik Jentik..Daniel Ramai bakat lain yg dah terkubur..
Hang cakap memang ada isi bang. Terbaik. Cuma kalau hang maintain guna loghat Sabah lagi baik, tak payah campur loghat KL ni. Tak puas aku dengar. Loghat Sabah ni aku betul betul suka
Problem utama buat stand up comedy content di media sosial, lawak cepat basi dan lawak kau dah tak eksklusif. Semua orang boleh tengok bila-bila masa. Stand up comedy ni penting kena engage dengan penonton, ni macam mana nak buat tour jual tiket sold out kalau semua lawak kau orang boleh tengok free kat media sosial.
Lawak zaman dulu lebih kepada penyampaian sopan dan mendidik teladan. Lawak zaman sekarang bahasa kurang sopan, membahan dan mendidik utk menjawab2 cakap/teguran. Ingat..selain ayat2 acah tailong, ayat2 lawak juga mmpu mencorak keperibadian dan minda masyarakat.
Belajar cara dave chappelle buat lawak. Dia bawak penonton masuk dalam cerita dia, pastu baru dia bagi punchline. Tgk byk kali special dia pun x jemu. Terlalu byk crowd work pun annoying gak.