Jika anda ke Seremban & melalui Jalan Dato' Sheikh Ahmad & Jalan Yamtuan, pasti akan terlihat sebuah bangunan berseni bina Brutalist yang berdiri megah tetapi tidak pula diisi dengan pengunjung. Ia hanya berdiri tua menanti sesuatu yang tidak pasti akan membela nasibnya sedangkan pada 1980-an & awal 1990-an, Wisma Punca Emas merupakan sebuah pusat beli-belah yang dipenuhi pengunjung & antara yang terawal di Seremban. Rangkaian pelbagai kedai & pusat permainan video arked, itulah tarikannya. Antara pusat beli-belah sezaman dengannya ialah Plaza Peninsula (Jalan Tub Dr. Ismail), Gamma Supermarket (Jalan Tunku Hassan), Hanjo (Jalan Tunku Hassan) & Gold lama (kemudiannya dikenali sebagai The Store, Jalan Tuanku Munawir). Selain itu, ia juga merupakan tumpuan buat seisi keluarga dengan pelbagai premis yang menyajikan pelbagai jenis barangan & perkhidmatan sesuai dengan zamannya.
Malangnya, menjelang pertengahan 1990-an selepas munculnya beberapa pusat beli-belah yang jauh lebih moden & menarik seperti Terminal 1 Shopping Centre/Yaohan, Ocean/Centre Point & Seremban Parade/Parkson Grand, Wisma Punca Emas sudah tidak tidak relevan. Sejak itu pengunjung makin berkurangan & para peniaga mula meninggalkan premis masing-masing.
Ketika zamannya saya hanya beberapa kali ke sini. Pertama kali pada 1991 atau 1992 membeli-belah & 1994 menonton wayang di sini di panggung Odeon serta pada 1997 atau 1998 membeli pita video. Kemudian pada zaman suramnya menjelang alaf baru, saya & ayah pernah ke sini membeli VCD & DVD, selain menjadi pelanggan tetap sebuah kedai fotostat. Selepas ke kolej, saya tidak lagi mempunyai niat atau keinginan ke sini kerana tiada keperluan sebelum menyedari akan lambang nostalgia tempat ini sedekad kemudian. Pada 2014-2017, pernah ke sini untuk ke Klinik Janaki & kedai rekod muzik yang mana saya membeli beberapa keping CD lama yang dijual dengan harga yang sangat murah.
Minta maaf atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi telefon Android yang tidak seberapa.
Terima kasih kerana sudi menonton.
Sekadar perkongsian.
LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
💪🏼👹🏚️💪🏼
#penerokaanurban #negerisembilanurbex #urbanexplorarion #seremban #urbex #urbanexploration #serembanurbex #serembanurbanexploratiom #malaysianurbex #malaysianurbanexploration #abandoned #oldbuilding #oldshoppingmall #abandonedshoppingmall #brutalistarchitecture
16 сен 2024