Seperkara nak ingat kan, bila hendak membela guinea pig atau hatta memana haiwan, tolong lah.... Sy ulang, tolong lah belajar dan kaji bagaimana pemakanan ya, cara penjagaannya. Belajar Do's & Don'ts. Jgn hentam bela dan bagi apa yg kita suka. Belajar sayur apa yg blh di makan oleh guinea pig. Hays adalah wajib utk penjagaan giginya kerana giginya sentiasa memanjang. Bila sy lihat setengah org meletakkan haiwan ini dlm sangkar yg kecil, dgn tapak sangkar dari besi dawai biasa ( ini boleh membuat kan guinea-pig kena bumble foot yg bernanah dan berlubang di tapak kaki ya). Diberi GP makan nasi ( ini boleh memberi kesan buruk pd GP. Alasan yg diberi oleh tuannya - sy tgk OK je. Kita pun, kalau terlalu lapar takda benda nak dimakan, orang bagi rumput pun kita akan makan, begitu juga dgn haiwan. Kesian haiwan sakit tapi tak reti nak bagi tahu pada kita. Jadi kita sebagai tuan ya, jagalah haiwan peliharaan kita sebaiknya.
@@hajaranira1405 yg paling penting, kena ada hays 24 jam eg Timothy Hays etc. Sayur spt daun romaine, butter head, tomato, baby carrot, timun boleh bg on daily basis mengikut kuantiti yg disarankan. Bagaimanapun, tak semua sayur yg boleh dimakan contoh spt iceberg salad kerana ini boleh memudaratkan GP. Boleh google semua info ni dari website utk GP
betul tu . mcm saya , kali pertama bela hamster yg kecik tu and bgitahu mak saya tu tak boleh ni tak boleh . and mak tanya , macam mana awak tahu ? 🤣 sbb saya kaji duluu tengok yt , search gugel and onther . sbb saya jenis yg syg haiwan 🥺
Dulu bela 4 ekor je 2 Jantan 2 Betina. Sekarang dah 80 ekor . Pagi2 bukak cage je semua keluar merayau tak tahu kemana , dah dekat nak Maghrib je Confirm semua dah ada kat dalam cage balik 😅 senang gila nak Jaga 😊
For those yang nak bela, Say NO to pet store cages. Buat research apa yang patut dulu before bela. I suggest instead bela 2. Bela 3 since diorg mmg sociable pet. Kalau sorg nanti stress sbb lonely. 👍👌
teringin nk bela dari zaman sblm spm lgi, tpi tak smpai hajat, guinea pig tu dh habis kena jual 😂 also bau dia bucuk sikit, mungkin kalau tak cukup time utk jaga trpaksa hold dulu ketinggian nk bela tu huhuhu
For my experience..gp tak la busuk sgt..kalau between arnah dgn gp..sumpah..arnab lagi busuk..haha..tapi serius gp perlu tmpt clean..najis and kencing dia tak la busuk.mkadang wangi pandan kalau i beri makan pandan haha..najis dia keras..but..tulh sehari najis dah berlambak..so kalau nak piara..memang kena minat dan syg btul2..haha..
Pernah bela gp,mmg best,paling suke time kte balik kje,xmsuk umh lgi dieorg dh bbunyi..bleh cam bau tuan die,n then ade sekor I bela nie,pantang nmpk ais cube or vanilla ais cream,mmg die akan dtg dekat I nk mkn...tapi syg becoz of cuace,mati gara2 stroke haba..rindu nk bela balik..
aq start bela dri 2012, xsemua sayuran boleh mkn, antara nya Kentang, time nie aq xtahu & puas aq research xjumpa yg bgthu kentang xleh...lepas aq bg, ptg tue yg jantan tue nazak perut mbesar & bontot kuar taek cair pstu goal..pg esk nye bini die lak goal (mybe u die, i die kot..haha),,n then esk nye bru r dlm group fb baru de org post about kentang some mknn yg xleh bg.
Betul dulu aku ada bela.. sepasang lps tu beranak bnyk.. lps tu kucing jiran aku gigit kaki dia wehh cacat tikus aku.. lps kejadian tu aku isytihar perang terhadap kucing hehehe
perkongsian yang menarik… actually, tulang mereka tak rapuh kalau kita beri diet yang betul. seeloknya boleh jumpa Veterinarian atau buat research yang lebih lagi sebelum membela apa2 haiwan. So kita ready untuk menjaga nyawa.
Guinea pig sya dalam rumah dia x duduk dlam sangkar tapi sya letak kt tempat santai dia x merayap ke mana² pun dok situ je dia senang nk jaga x mcm hamster sbb hamster pengotor & kadang suka menggigit
@@farafasha91 xlah,mcm arnab tp lgi ok dari arnab sbb klau letak guinea pig kt tempat tu,kt situ je la dia bila lalu dia bunyi tegur kita lpastu dia suka kena belai,dia x gigit klau mcm hamster kadang suka gigit & hamster kadang dia makan kawan dia.dlu sya x mnat tp bla tgok guinea pig adik sya jinak senang jaga sya pun beli la sekor bila panggil nama dia,dia buat bunyi nk suruh orang belai dia
@@farafasha91 sebut psal kencing bau sya teringat bearded dragon saya dulu mmg hancing menyegat baunya dr jauh dh dpt hidu bau hancing dia klau pegang tangan kita pun bau sampaikan hidung saya dpt cam bau kencing bearded dragon bila pergi rumah org ada bau hancing dia bermakna ada la dia bela bearded dragon
harga ikut baka jugak, dari rm50 ke 1k seekor. cage kena luas sebab deorang suka lari lari. lepastu kuat makan so banyak kos dekat makanan je lah. btw saya dah bela guinea pig 4 tahun and gambar profile ni guinea pig kesayangan saya :)
@@Fyrdaus_A.M94 better beli dari baby, sebab senang nak bonding sebab ambil masa nak jinakkan deorang. kena rajin main and usap deorang so lama lama deorang dah kenal and makin jinak.
@@Fyrdaus_A.M94 guinea pig haiwan bersosial, kena ada member, kalau nak beli sepasang jantan betina okay je cuma deorang senang membiak. kalau tak nak biakkan deorang better pair kan dengan sama jantina. btw bela guinea pig ni kena rajin sikit, setiap hari kena bersihkan rumah deorang sebab deorang setiap masa membuang (sebab usus deorang pendek) tapi kalau bersihkan hari hari tak bau busuk pun. saya sapu taik hari hari, tukar bedding 2/3 hari sekali ikut kerajinan haha
Kalau jenis American guinea pig paling murah - rasanya range dlm Rm50 - RM100. Kalau yg jenis Peruvian, Sheltie (yg ni kekdg org akan keliru dgn Peruvian) crested, Abyssinian, Teddy, skinny(tak ada bulu) mungkin mahal sikit. Dlm Rm200-400 psl sy dpt tahu yg harga sekrg harga GP dah naik. Tak pasti kalau boleh dpt harga RM200 lagi. Kalau jenis himalayan, texel mungkin naik lagi harganya. Kalau nak beli, better beli sepasang. Nak cari jantan - betina, kena bebaik kerana mudah membiak. Mudah sangat. Kalau nak beli jantan - jantan, pastikan mereka dpt bonding dgn baik. Pengalaman sy, kalau jantan - jantan bonding dari kecil, mungkin mereka akan OK. Kena pastikan dedua bukan dominant kalau tidak mmg akan selalu berperang. Sebab itu early introduction agak penting.
Sebab nampak macam babi. Macam kita la. Tengok rupa macam kuda, panggil kuda laut. Tengok rupa macam anjing, panggil anjing laut. Padahal takda kaitan pun kuda dan kuda laut