Assalamualaikum semua. Semoga semua sihat-sihat sahaja.
Jika tak keberatan, mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhumah Siti Sarah Binti Raissudin dan juga kepada semua insan yang telah pergi meninggalkan kita. Terima kasih kepada semua yang telah memanjatkan doa yang baik-baik kepadanya sepanjang hayat hidupnya di atas muka bumi ini. Saya kembalikan semula semua doa-doa kalian dan semoga Allah memberkatinya.
Jangan lupa untuk sentiasa jaga diri dan keluarga tersayang. Semoga Allah memberkati kita semua. Allahumma Aminnn
5 окт 2024