Persembahan dikir barat yang dipersembahkan khas sempena Hari Kebudayaan Malaysia 2015. Ahli kumpulan dikir barat yang terdiri daripada para pelajar Malaysia di Beijing ini sering mendapat jemputan daripada pelbagai pihak sama ada untuk persembahan rasmi mahupun tidak rasmi. Kami di sini ingin meluaskan pengetahuan rakyat China khususnya mengenai salah satu budaya Malaysia yang terkenal sebagai salah satu cara menarik pelancong untuk mengenali Malaysia. Ahli kumpulan ini sanggup meluangkan masa untuk berlatih tak kira siang mahupun malam di samping menuntut ilmu di negara Tembok Besar ini.
Hari Kebudayaan Malaysia atau dalam bahasa Mandarin (马来西亚文化节)[Malaixiya wenhuajie] ini julung kali diadakan pada tahun 2015 dan berharap majlis seperti ini dapat diteruskan lagi dan dipromosikan dengan lebih hebat lagi pada masa akan datang.
12 фев 2016