Cara asah pisau tu dh btul & t'baik.Tp ln kli xyh la ank tu dok sblh bahaya.sbb mane la tau kot2 tkjut ke ape ke so tercucuk mata ank.x psl2 buta seumur hdp.Hati2 la skit k...
Terima kasih bro 🤩...setiap Kali asah pisau..tak tajam tajam pun..baru tahu Cara saya asah Salah rupanya....Hari ini baru saya puashati dgn pisau saya...tq so much for the video bro👍🙏
angle pisau pun bergantung dengan tujuan pisau digunakan. kalau potong sayur, isi ayam, daging boleh pakai angle tirus. kalau potong tulang ayam ke kenelah guna angle besar supaya mata pisau tak mudah tumpul dan bengkok. majoriti pisau dapur adalah stainless steel.
Memang jadi. Terima kasih kongsi ilmu. Cuma kalau korang nak betul2 30-40 darjah statik, korang jangan asah gerak pakai tangan tapi dayung pakai badan. Dayung badan ke depan dan ke belakang dan tangan biar statik gitu. Pastu ikut step dalam video ni. Tapi kalau lama2 dayung memang lenguhlah sikit haha.
👍👍terbaik... Klau nk asah beginner atau masakan biasa2 sgt sesuai kaedah ni. Saya ada juga pengalaman asah pisau tp pengasah pisau ni ada byk jenis... Yg ni sye rasa dalam gret 800 mcm slalu ada jual kt kedai... Nak lagi tajam pun ada sehingga 20000 gret... Mmg akan sgt tajam smpai bilah pisan tu bleh jd cermin, tp utk professional chef sesuai yg itu... mcm abg Syafiq mention dlm video ni👍👍 Apa2 pun terbaik video ni
mcm ni bagus dgn ilmu n telus beri tunjuk ajar.lps tengok sy terus subscribe..channel tempatan spt ini lebih bermanfaat jika dibandingkan dr channel indonesia..byk yg menipu je dgn tajuk yg baik tp hasil tak de..
Selalu asah 5-10 minit shj. Kalau betul2 tumpul pakai whetstone grit 400. Asah sampai dapatkan burr kemudian pakai 1000 grit utk haluskan kasar. 6000 grit lebih utk polish dan buang burr tu. Strop pakai kulit atau kertas kotak utk licinkan pisau tu. Sekejap shj 2-3 strop dah memadai. Untuk maintenance, pakai strope kulit macam dekat kedai gunting rambut selalu pakai tu utk luruskan mata pisau tersebut. Tapi step yang paling penting untuk dapatkan burr tu dahulu.
Oo.. klu saya buat sebelah dulu sampai disebelah lg rasa kesat @ basi besi tu terhakis.. Lepas tu asah sebelah lg. Asah sudut 30° dan 70°. Lepas asah, 6-8 bulan tahan..
Angle dlm 15-20 degree. Rendam batu asah sampai hilang buih. Batu asah biasa (yg selalu jumpa di kedai) grit antara 120-360# Bila tarik hampir sampai ke hujung pisau, kena angkat sedikit tangan. Kalau tangan kekal mcm memula, bahagian depan pisau tak kena asah.
Nak test ketajaman tajam atau tak gune kertas yang nipis 70gsm atau lagi nipis macam plastik. Kalau kertas tebal macam drawing block atau manila kad tu pisau tak berapa tajam pon boleh potong hiris.
Bang .. Adakah perlu utk sentiasa membasahkan batu asah & pisau sepanjang proses mengasah ? Terlalu banyak teknik asahan yg saya lihat , dengar & belajar . Ada yg kata mesti basahkan pisau dan batu asah waktu proses asahan . Mcm abg pula sy tgk santai steady hanya perlu rendamkan bati asah . Tentang cara dan teknik mengasah pula adakalanya bikin confuse 😂 , ada yg kata pisau perlu diasah ke arah depan sahaja , kalau asah tarik ke blkg pisau akan rosak dan tumpul . Ada jg mengaaah guna kedua arah dlm satu masa ' tolak sambil tarik ' . Ada pula yg mengasah seperti menggosok kertas pasir . Blh abg jelaskan ?