Program Kem Jati Diri dijalankan selama dua hari pada 29 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024 sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan oleh murid tajaan Yayasan Selangor. Seramai 130 orang pelajar daripada lima buah sekolah iaitu SAM Bestari, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, MITS Alam Impian Klang, SAM Muhammadiah dan SMK Seri Bedena mengambil bahagian dalam program ini.Program ini membantu murid dari segenap aspek kehidupan sebagai pelajar melalui kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan murid. Disamping membina disiplin diri yang lebih baik bagi membentuk pelajar cemerlang dan berketerampilan unggul.
#YS #YayasanSelangor #kemjatidiri
#AdaApaDenganYayasanSelangor
#KitaSelangorMajuBersama
30 июн 2024