Тёмный

Proton Wira - Full Overhaul gearbox auto F3A21 (Part 1: buka gearbox) 

Matt Fuyver
Подписаться 739
Просмотров 25 тыс.
50% 1

Assalamualaikum ... bertemu lagi kita. Kali ini saya akan share teknik lengkap overhaul gear box automatik Proton Wira 3 speed model F3A21.
Gear box adalah sebuah komponen untuk menggandakan daya yang diterima daripada enjin sebelum sampai ke roda bagi menggerakkan sesebuah kenderaan. Dengan kuasa yang terhad daripada enjin, komponen ini boleh menggandakan torque serta merta atau mengurangkan torque mengikut keperluan pemanduan.
Gearbox automatik adalah antara penciptaan paling kreatif manusia jika difikirkan. Ia anugerah Ilahi sekaligus menggambarkan kebijaksanaan Allah SWT pemilik segala ilmu di alam semesta ini.
Gearbox automatik boleh menukarkan kelajuan dari gear 1 sehingga gear maksima tanpa perlu pemandu mengarahkannya. Hanya tekan throttle pedal sahaja ia mampu bertukar shift dengan sendirinya. Sangat menakjubkan.
Bagi kenderaan manual, sistem kuasa enjin bersambungan terus dengan transmisi manual dan roda secara terus tetapi sistem transimi automatik tidak. Di antara enjin dan transmisi automatik terdapat sistem hidraulik yang menjadi pengganda daya empar sebelum masuk ke sistem transimi automatik dan ke roda. Sebab itu jika kenderaan automatik kehabisan tenaga bateri, enjinnya tidak boleh dihidupkan hanya dengan menolak dan terus tukar ke gear 1 seperti kenderaan manual melainkan dengan menggantikan bateri baru untuk hidupkan enjin seperti biasa.
Di dalam gearbox automatik terdapat komponen seperti Torque converter, oil pump, front clutch, rear clutch, low & reverse clutch dan overdrive clutch. Ia disusun bersama dalam 1 barisan. Kebolehfungsiannya 100% bergantung pada bagaimana aliran bendalir hidraulik tersebut.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya cara dan kaedah yang diamalkan di bengkel-bengkel.
Jika video ini bermanfaat pada anda, tolong share dan subscribe channel saya ( Matt Fuyver) ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian dari saya :
~Matt Fuyver / Chegu Faiz~

Авто/Мото

Опубликовано:

 

1 фев 2023

Поделиться:

Ссылка:

Скачать:

Готовим ссылку...

Добавить в:

Мой плейлист
Посмотреть позже
Комментарии : 30   
@universalstudio7411
@universalstudio7411 6 месяцев назад
Boleh overhoul enjin belum tentu boleh overhoul gear box.. Klu boleh overhoul gearbox dgn enjin kira lavel Master la.. Respect sifu🙏🙏🙏
@drcarworkshop1203
@drcarworkshop1203 Год назад
Terbaik...gearbox myvi ad video..
@wanies69
@wanies69 Год назад
Terbaikkk
@mattfuyver
@mattfuyver Год назад
Tq
@sopianismail2840
@sopianismail2840 Год назад
terima kaseh cikgu
@mattfuyver
@mattfuyver Год назад
Sama²
@danilopia1296
@danilopia1296 5 месяцев назад
👍👍👍👍👍👍
@gamer8537umar
@gamer8537umar 7 месяцев назад
Tuan buat video overhaul untuk gearbox naza citra
@apachermsproxy3988
@apachermsproxy3988 Год назад
Semoga bermanfaat dengan video ini. Di mana nak beli part dia tuan. Termasuk o ring. Tapi ni saya punya gerarbox auto proton saga iswara 1.5
@rozaqaseh6358
@rozaqaseh6358 Месяц назад
Assalamualaikum bang...nak tanya ada satu spring bentuknya kecil jer hujungnya tengah pulak besar..boleh tahu x kedudukan nya dimana?? Panjang spring dalam 1inc...mohon bantuan..🙏🙏🙏
@yusufabdul4119
@yusufabdul4119 11 месяцев назад
as salam,,bang nak tanya control shaft tu ada bering dan spring lagi tak kat situ,,sebab masa time buka tibe² ada spring dan bering melompat,,, gearbox Iswara 1.5 kode fk3212
@JayNakrong
@JayNakrong Год назад
Boek
@mattfuyver
@mattfuyver Год назад
tq
@arzzpahang
@arzzpahang 9 месяцев назад
Tuan.. knp ada sesetengah wira mmc auto ratio lain2.. mcm kereta saya meraung 90kmh 3.6k rpm. Wira lain gearbox auto sama ada yg maintain bawah 3k rpm
@mahadzirmuhamadakher2297
@mahadzirmuhamadakher2297 10 месяцев назад
kedai kt ns
@fahmifahmi419
@fahmifahmi419 8 месяцев назад
Assalamualaikum bos nak tanya kord nombor gearbox F4A212MRD3 nombor kod ni gearbox 1.6 ke 1.8
@zackhafiz
@zackhafiz Год назад
request gearbox axia guru..dah sub..terbaik
@mattfuyver
@mattfuyver Год назад
In shaa Allah..ada rezeki nanti sy cuba buat video
@muizothman3748
@muizothman3748 Год назад
Gear box auto saga iswara dengan wira sama x boss...
@uzsaepudicn8316
@uzsaepudicn8316 11 месяцев назад
Gear R untuk posisi karet nya,ada di mna ya..thank
@MaswiraOfficialTv
@MaswiraOfficialTv 11 месяцев назад
Kedai d mana
@user-vc2ew6gj2g
@user-vc2ew6gj2g Год назад
Nak tanya kenapa kereta wira saya hanya boleh masuk gear r sahaja gear d,2, dan L jadi kosong
@mattfuyver
@mattfuyver Год назад
Banyak faktor...jika kosong masa pagi / suhu sejuk...dan ok bila suhu panas selalunya berkaitan O ring dah keras. Masa suhu panas jadi lembut sedikit baru kereta boleh gerak D,L,2...Kena tukar O-ring tu ( overhaul gbox)
@mezzo2666
@mezzo2666 9 месяцев назад
salam tumpang tanya, apa kesan kalau pasang clutch plate yang tajam duk bawah yang lengkung duk atas...
@universalstudio7411
@universalstudio7411 6 месяцев назад
Try buat bang nti baru tau jd cmne.. Dh tau nti boleh share
@diadokmai
@diadokmai Год назад
Include paid promotion..hg dpt bayaran apa2 ka? Ka depa sponsor barang?
@mahadzirmuhamadakher2297
@mahadzirmuhamadakher2297 10 месяцев назад
kt na
@gempakterinfo6656
@gempakterinfo6656 Год назад
CIKGU.. gearbox wir 1.5 auto. Gear (D) boleh gerak low je. Apabila laju, gear tak nak Up speed la, terpaksa bawak 30kmh je. Nape ye. Bila injin betul2 panas dalm 20minit. Baru gear boleh up speed! Boleh cikgu kongsikan apakah masalah gearbox yg saya hadapi sekarang ini.
@mattfuyver
@mattfuyver Год назад
Boleh jd getah O ring dah keras atas faktor usia..bila enjin dah panas, sifat O ring yang keras tadi akan sedikit lembut. Ia boleh mewujudkan sifat 'seal' semula dan membolehkan gear bertukar spt biasa. Utk rawatan awal, boleh cuba masukkan treatment dulu. Caranya tukar minyak gear + filter + treatment. Run dulu mcm biasa utk aktiviti seharian, tgk macammana feedback/hasil. Jika masih tak ok, kena overhaul. Utk overhaul boleh rujuk video sy ni (overhaul valvebody, overhaul gbox auto f3a21).
@gempakterinfo6656
@gempakterinfo6656 Год назад
@@mattfuyver Terima kasih Cikgu. Atas penerangan yang teperinci. Sy Guna Treetment beli di shope terus Ok.. try dulu dapat tahan 1tahun pon jadi lah. Next baru Overhaul.
Далее
Overhaul gearbox manual model F5M21
10:54
Просмотров 40 тыс.
kenapa gearbox auto 1.6  masuk gear reverse tak jalan
7:48
KENALI PART DALAM GEARBOX AUTO
25:49
Просмотров 1,4 тыс.
Proton Wira - Full Overhaul Valvebody Wira Auto F3A21
28:29
Reparación transmisión automática☻ modelo F4a22
17:32
cara membuka gearbox code 222/232
13:06
Просмотров 9 тыс.
Ovohaul gearbox perodua kelisa 1.0
10:02
Просмотров 40 тыс.
Это самая гигантская машина!
0:26