Tarian Tor-Tor atau Tarian Gunung-Gunung adalah tarian yang dilakukan oleh raja-raja dan keturunannya di Mandailing. 'Tor' dalam bahasa Mandailing bermaksud gunung atau bukit, yang berasal dari bahasa Arab/Ibrani, iaitu 'Thur'. Tarian Tor-Tor di Mandailing dilakukan dengan irama yang perlahan dan gerak tarinya lemah-lembut dan gemalai. Ia tidak banyak formasi lantai dan lazimnya hanya setempat. Tarian Tor-Tor diiringi muzik yang disebut sebagai Onang-Onang. Tarian Tor-tor ini dikenali juga sebagai warisan Nabi Sulaiman AS yang berasal dari suku kaum Lewi atau Levi daripada Bani Israel yang diciptakan sekitar 3000 tahun yang lalu, ketika berhasil menguasai wilayah Saba'.
Sumber: JKKN Selangor
26 дек 2020