Alhamdulillah satu lagi MV kerjasama kami bersama Pondok AlBari’. Semoga penghasilannya ini, dapat membantu untuk segera Madrasah Pondok Pengajian AlBari’ segera terdiri kukuh. Teruskan menyumbang juga dengan melayari www.pondokalbari.com
Terbaik abg² rabbani ... 😍😍...bile dgr kemerduan suara abg² rabbani Terasa arwah ustaz asri masih ada .. Masha Allah..moga terus sukses .. Kalian mmg best 🙏..
Moga kita sentiasa mencintai Baginda Nabi S.A.W. membantu pondok albari yang juga membawa risalah kenabian dan mesej yg baik kepada generasi Al-Quran,marilah sama-sama menghulurkan sumbangan untuk pembinaan pondok..
Salam Ramadan Terus menerus bagi sokongan padu Semoga sukses terus berkarya bangga sangat Semoga diberi kesihatan yang bagus dan rezeki yang melimpah aamin ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya terbaik
Dengar lagu ni teringat Ustaz Asri. Moga Allah menganjarinya pahala berterusan atas usaha lagu2 selawat dan pujian pada Allah. Apa2 pun Rabbani terbaik!
Lagu ni menaikkan semangat kita utk lbh mencintai Rasulullah.. seriously rindu sgt Madinah & Mekah. Smoga Allah menjemput kita semua kesana. Amiin. Syabas team Rabbani. Terbaeeekkk!!!
Bulan puasa ni 2x terdengar, 1st dekat zayan fm, lepas tu dekat tv1 borak dulu baru buka.. suka sangat lagu ni 1st time dgr.. puas cari, mcm2 taip.. lirik pulak tau dekat selawat je sbb baru lagi dgr.. xtau tajuk dan kumpulan apa yg nyanyi.. Alhamdulillah jumpa jugak 🥰 Terbaik Rabbani, teruskan berkarya.. semoga satu hari nanti lagu2 akan trending kembali mcm dulu2.. dulu time kecik2 suka dgr lagu rabbani main dekat tv 👍🏻👍🏻👍🏻
Menangis aku dalam kereta dengar lagu ni, nasib sorang2. Terus terkenang masa Masjid Nabawi saat "mengadap" Rasulullah SAW. Terima kasih Zayan FM mainkan lagu yang bikin meremang ni.
Music fresh, sesuai dengan keadaan sekarang.. Tak old school.. Penasyid patut buat music yang segar, sesuai dengan jiwa anak2 muda, tak la boring sangat jika music slow.. Cara dakwah perlu seiring dengan keadaan semasa,agar mesej sampai kepada semua orang..